34;

2K 160 4
                                    

Kami berasa penat kerana petang tadi kami banyak menghabiskan masa bersiar-siar. Aku dan Taehyung hanya makan makanan yang simple pada malam ini iaitu, nasi goreng kimchi.

Aku berasa penat untuk memasak dan aku bernasib baik kerana Taehyung seorang yang memahami. Dia juga penat. Kami makan bersama-sama sambil menonton televisyen. Kami kelihatan seperti kanak-kanak yang sedang bergembira menonton televisyen sambil makan.

Kami sedang kusyuk menonton televisyen dan tiba-tiba telefonku berdering.

Aku mengambil telefonku rupanya Jimin sedang menelefon aku. Taehyung memandangku dan dia segera mengambil suis televisyen untuk mengurangkan bunyi bising.

Aku menjawab panggilan Jimin.







"Yeoboseyo--"

"Seolmin! Palli datang kat Balai Polis Seoul.. M-Minyoung kena tahan polis!". Aku mendengar suara Jimin yang kedengaran sangat panik membuatkan aku berasa curiga.

"K-Kau kat mana sekarang??". Soalku dengan gementar.

"Aku kat balai polis ni.. cepat datang! Nanti aku jelaskan semuanya kat sana nanti.." Kata Jimin.

"Arasseo! Tunggu kami". Kataku dengan penuh kerisauan. Taehyung memandangku dengan serius kerana ingin tahu.

"Baiklah.. aku pergi sekarang!". Kata Jimin dan dia menamatkan panggilan sebelum aku berkata apa-apa. Jantung berdebar-debar dan aku memandang Taehyung.






Taehyung membantu meletakkan sepinggan nasi gorengku dan miliknya di atas meja.

"Wae?? Ada apa?". Soal Taehyung.

Aku berasa takut sehingga aku mengalirkan air mata. Taehyung panik melihat reaksi berubah sehingga 360°.

"Jimin telefon saya.. d-dia kata sepupu saya, Minyoung kena tahan polis.. kita perlu ke Balai Polis Seoul sekarang.. tolong saya Taehyung~". Aku memeluk Taehyung dan menangis pada bahunya.

"Kita bergerak ke sana sekarang.. uljima~ saya ada dengan awak". Kata Taehyung dan dia mencium dahiku.














Balai Polis Seoul

Aku dan Taehyung segera berjalan menuju ke kaunter. Aku ternampak Jimin sedang duduk di sebuah kerusi kelihatan risau dan tertekan. Rambutnya kusut dan dia langsung tidak perasan akan kehadiran kami.

"Park Jimin!". Aku jerit.

Jimin terkejut dan dia menoleh kepalanya. Dia ternampak kami lalu segera bangun dari kerusi itu dan berjalan mendekati kami berdua.

"J-Jimin.. apa dah jadi ni! Bagitau aku.." Aku menangis lagi.

"Shhh~ kau bertenang dulu.. jangan menangis~". Kata Jimin.

"Mana Minyoung?". Soalku.

"Dia dekat bilik siasatan sekarang untuk sesi soal jawab". Kata Jimin. Aku berasa sangat susah hati dan mahu berjumpa dengan Minyoung kerana berasa rindu. Walaupun dia pernah buat jahat pada aku, dia tetap ahli keluarga aku.

"Bagitau aku apa sebenarnya yang dah terjadi! Macam mana boleh jadi macam ni?.." Kataku.

"Panjang ceritanya.. a-aku akan cuba bagitau kau satu persatu". Kata Jimin. Aku hanya mengangukkan kepalaku kemudian aku lap air mataku sendiri. Taehyung mengusap belakang tubuhku dengan perlahan-lahan agar aku berasa tenang.

Aku berasa tenang dan bersedia untuk mendengar penjelasan Jimin.













Flashback

unwanted love • k.th [C]Where stories live. Discover now