"Yah, Seolmin-ssi!". Jerit Encik Kim dari tingkat bawah.
Aku sedang mengemas pakaianku dan katilku sehingga tidak sedar yang aku telah mengambil banyak masa.
"Omo.. encik Kim tengah tunggu aku ke?" Soalku sendirian.
Aku terpaksa membiarkan pakaianku yang lain berada di begku dan mujur aku sudah menukar pakaian yang lebih kemas. Aku segera melihat wajahku pada cermin, "Ok~ dah cantik lah tu". Puji diri sendiri.
Aku segera keluar dari bilik itu dan berjalan secara berhati-hati dengan menuruni anak-anak tangga ini.
"KANG SEOLMIN!". Jerit Encik Kim lagi.
"Aish! Mamat ni tak reti sabar ke apa??"
"Saya dah sampai!". Jeritku dan berlari menuju ke ruang tamu.
Tetapi tiada orang. Aku memandang ke kiri dan ke kanan tetapi tiada pun gerangan Encik Kim ditemui.
"Mana dia pergi ni?"
"Oi.. aku kat belakang lah!". Tengking Encik Kim yang membuatku terperanjat sehingga melatah.
"Eh.. mak kau coklat!". Aku melatah secara tiba-tiba dan membuat gaya seperti ingin bersilat. Aku terkejut kerana ternampak Encik Kim berada di belakang aku tanpa aku sedari. Aku segera membetulkan posisiku seperti manusia normal sambil senyum kekok.
Taehyung memandangku dengan hairan, "Mak aku coklat?". Katanya.
"T-Tak.. bukan tu maksud saya.. em.. s-saya terperanjat tadi. Maaf encik". Kataku dengan berkali-kali menundukkan tubuhku tanda hormat.
Encik Kim menjelingku dan berjalan menghampiri aku, "Kau ni memang macam ni ke? Aku tengok kau ni macam orang gila je". Kata Encik Kim.
Aku terkejut.
"Apa? Orang gila?"
"Aku masih waras lah!"
"Berani betul dia cakap aku gila? Hmph!"
Aku mengerut dahi bertanda aku sedang geram namun aku perlu menahan perasaan aku kerana dia adalah majikan aku, "Saya bukan orang gila lah! Saya m-memang macam ni.." Kataku.
Dia ketawa sinis, "Yelah? Aku tengok kau ni macam baru keluar dari gua dan tak tahu apa-apa". Katanya.
"Saya bukan tak tahu apa-apa.. saya cuma jarang keluar rumah kerana saya dilarang untuk keluar rumah kecuali bila disuruh". Kataku.
"Hm, k? Aku tak nak ambil tahu pun pasal kisah hidup kau pun.. duh?. Sekarang, aku nak kau masuk dapur dan masakkan aku makanan kegemaran aku". Kata Encik Kim.
"Em.. apa makanan kegemaran encik?". Soalku.
"Omurice". Katanya sambil senyum.
Aku senyum menahan ketawa.
"Omurice? Pft.. HAHAHAHAHA moyang aku pun boleh masaklah!"
(A/N: kalau korang tak tahu apa tu Omurice, sebenarnya Omurice tu nasi goreng pataya HAHA)
"Hehe.." Aku ketawa kecil.
Encik Kim menjeling aku, "Pahal kau ketawa? Aku buat lawak ke?". Soalnya.
Aku menukar raut wajahku menjadi serius, "Tak". Jawabku.
"Kau pergi masak sekarang, cepat!". Katanya.
"Ergh.."
"Ne!". Kataku dan segera berjalan menuju ke dapur untuk memulakan masakanku.
Encik Kim duduk di sofa seperti seorang raja sambil menonton televisyen. Dia siap baring lagi atas sofa itu.
Aku hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan Encik Kim yang agak pelik.
Selepas beberapa minit, akhirnya Omurice yang aku masak dengan penuh ikhlas ini telah siap.
"Seolmin-ssi! Dah siap ke belum tu? Kau masak dalam dapur ke buat dapur hah?? Lama betul lah kau ni!". Encik Kim bebel.
"Mamat ni tak reti sabar ke? Bagi lempang kang!"
Aku hanya mampu bebel dalam hati.
"Dah siap encik~". Kataku. Aku membawa sepinggan Omurice menuju ke meja makan. Encik Kim bangun dari sofanya dan berjalan menuju ke meja makan ini.
"Sila duduk encik". Kataku dengan senyuman. Encik Kim segera duduk di atas kerusi.
Encik Kim tenung Omurice itu lama-lama.
"Tak baik tengok lama-lama.. makanlah". Kataku.
"Sebelum aku nak makan, aku perlu menilai masakan kau dulu sebelum mengambil kau sebagai pekerja tetap aku". Kata Encik Kim.
"Hm.. setakat ni Omurice ni nampak cantik dan sedap di bahagian luar. Baiklah, aku akan rasa masakan kau sekarang. Tapi, kalau tak sedap.. aku akan pecat kau serta-merta. Faham?". Kata Encik Kim dengan serius.
"Ne.." Jawabku dengan perasaan yang agak gementar.
Encik Kim mengambil sudu dan garfunya lalu mula memakan Omurice itu. Encik Kim mengunyah dan cuba menilai rasanya.
"Macam mana encik? Ok tak rasanya?". Soalku dengan tidak sabar untuk mendengar komennya.
"Kau bernasib baik hari ni sebab masakan kau sedap. Maka, aku ambil kau jadi pembantu rumah aku". Kata Encik Kim tanpa reaksi wajah. Aku tidak kisah pasal wajah dia yang penting aku ada kerja dan tempat tinggal.
Aku berasa bersyukur kerana terserempak dengan Encik Kim jika tidak, malam ini aku akan tidur di jalanan. Aku tahu Tuhan mesti akan memberi petunjuk yang baik supaya aku dapat teruskan kehidupanku.
Mujur masih ada insan yang membantuku walaupun agak tidak ikhlas dan sombong. Tetapi, tidak mengapa yang penting aku ada tempat untuk tidur dan mencari rezeki yang halal.
Aku berhenti mengelamun dan memandang Encik Kim yang sedang makan dengan penuh selera.
"Encik makan elok-elok~ jangan sampai tersedak makanan pula". Kataku.
Encik Kim hanya meneruskan makan tanpa bersuara. Lagipun, dia sedang makan kerana tidak elok jika makan sambil bercakap.
"Saya perlu naik ke atas semula encik, sebab saya perlu sambung untuk mengemas pakaian saya. Encik teruskan makan ya?". Kataku.
"Kau tak nak makan ke?". Soal Encik Kim.
"Tak apa. Saya belum lapar lagi". Kataku sambil senyum.
"Suka hati kaulah.. hm dah lah pergi buat kerja kau". Kata Encik Kim.
"Dia halau aku?? Tsk.. tak guna.."
Aku menjelingnya dan meninggalkan Encik Kim seorang diri. Aku berjalan menuju ke tangga dan melangkah naik anak-anak tangga ini lalu masuk ke dalam bilik.
+
Terima kasih kerana menyukai buku ini!
Sila vote/comments 😍❤

ANDA SEDANG MEMBACA
unwanted love • k.th [C]
Fanfiction• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •