Taehyung
Aku keluar dari keretaku dengan diiringi oleh pembantu peribadiku iaitu Jungkook dan beberapa staf serta 3 orang bodyguard.
Terdapat banyak wartawan, tukang fotografi dan peminat yang sibuk mengerumuni keretaku dan mengambil gambar yang banyak.
Aku belum bersedia untuk keluar dari keretaku kerana terlalu banyak wartawan. Aku berasa hairan kerana sebelum ini wartawan dan tukang mengambil gambar tidak lah begitu banyak.
"Hyung, apahal ramai photographer ni? Wartawan pun berlambak. Kau buat apa hah?". Soal Jungkook.
"Mana lah aku tahu". Jawabku selamba.
"Kau jangan main-main lah wei.. selalunya tak macam ni tau?". Kata Jungkook.
"Ada aku kisah? Aku cuma nak keluar dari tempat ni dan nak mula shooting. Tak pasal-pasal aku kena marah dengan makcik tu lagi!". Kataku dengan geram.
"Aish~ yelah. Jap, aku call Puan Ming suruh pengawal tu halau wartawan dan photographer ni". Kata Jungkook dan dia telah mengeluarkan telefon untuk menelefon manager aku iaitu Puan Ming. Kau belum kenal Puan Ming lagi? Dia punya bebel sampai ke tahun depan tak habis.
"Tak payahlah! Aku suruh bodyguard ni halang kita dari diorang tu je". Kataku.
"Kalau macam tu, apa tunggu lagi? Keluarlah?". Kata Jungkook.
"Kau lah keluar dulu". Kataku dan segera memakai cermin mata hitam.
Jungkook menjelingku dan membuka pintu kereta ini tanpa berfikir panjang. Bunyi riuh dan cahaya kamera berkelip-kelip telah bermula. Mujur aku memakai cermin mata hitam kerana silaunya tidak begitu terang.
"Tepi! Tepi!". Jerit Jungkook.
Aku segera keluar dengan diiringi 3 orang bodyguard dan beberapa staf yang cuba melindungi aku.
"Encik Kim Taehyung, kami mendengar bahawa anda telah menemui teman wanita baharu. Betulkah?". Kata wartawan itu.
"Terdapat spekulasi yang encik berjumpa dengan seorang wanita tak dikenali oleh semua orang? Adakah dia teman wanita baru encik?"
"Encik Taehyung, betulkah ada wanita baharu?".
"Oppa! Oppa!". Jerit peminat-peminat itu.
"Kim Taehyung oppa dah ada girlfriend baru kah?". Soal peminat-peminat itu.
Bertubi-tubi soalan yang diberi oleh wartawan-wartawan dan peminat setiaku. Jungkook juga berasa hairan tetapi dia tiada masa untuk berfikir tentang itu kerana dia perlu menghalang aku daripada paparazzi ini.
"Maaf, saya sibuk.. saya perlu pergi sekarang". Kataku dengan senyuman palsu.
"Tapi Encik--"
"Jangan ganggu Kim Taehyung!". Kata Jungkook kepada wartawan-wartawan tersebut.
Aku terus berjalan sehingga tiba di pintu masuk sebuah syarikat yang perlu aku melakukan penggambaran sebentar lagi. Mereka menjerit memanggilku.
Setelah kami masuk ke dalam, aku segera membuka cermin mataku dan mengeluh panjang.
"Korang dah boleh pergi sekarang. Sila tinggalkan aku dan Taehyung kat sini. Terima kasih". Kata Jungkook kepada staf dan bodyguard tersebut.
Aku memandang Jungkook, "Pahal dengan budak ni?--"
Jungkook mendekati aku, "Hyung~ aku nak berkata jujur pada aku. Betulkah kau ada teman wanita baru lagi? Habis tu Maddie tu kau nak campak mana hah?". Soal Jungkook dengan serius.

ANDA SEDANG MEMBACA
unwanted love • k.th [C]
Fanfiction• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •