"Aku tak nak ketuklah!". Encik Kim berdegil untuk mengetuk pintu rumah ibu dan bapanya. Aku menarik lengannya dengan kuat.
"Awak jangan degil boleh tak? Kita dah penat-penat ke sini lepastu nak blah macam tu je ke?". Bebelku.
"Aku boss kau, pahal nak buat arahan sendiri hah? Dah jom balik!". Katanya.
"Kalau awak tak nak ketuk pintu rumah ni, biar saya yang buat!". Kataku.
Encik Kim memandangku dengan mata yang terbeliak, "Yah! Jangan--"
Tangan kananku mengetuk pintu itu.
Tok tok tok
"Annyeonghaseyo~". Kataku.
Encik Kim menepuk dahinya dengan keluhan yang kuat, "Aish!".
"Matilah aku". Kata Encik Kim di dalam hatinya.
Selepas beberapa minit, pintu itu dibuka secara perlahan dan menunjukkan seorang perempuan yang berumur agak-agak 20 lebih dan wajahnya seiras dengan Encik Kim.
"Aku rasa ni mesti kakak dia.."
"Annyeonghaseyo~". Kataku dengan menundukkan tubuhku sebanyak 90°.
Perempuan itu senyum pelat pada aku kemudian pandangannya mengalih pada Encik Kim.
"Kenapa kau datang kat sini lagi? Tak serik lagi ke kau nak susahkan omma dan appa? Baliklah kau.. aku tak nak tengok omma dan appa bersedih lagi sebab kau". Kata kakaknya tetapi dia tidak meninggikan suaranya. Mungkin dia cuba bersikap lembut depan aku.
"Taeyoon nuna~ s-saya nak minta maaf pada kamu semua.." Kata Encik Kim.
"Sudahlah Taehyung.. perempuan mana pula kau bawak ni hah? Tak cukup lagi ke perempuan yang kau dating selama ni? Lelaki jenis apa kau ni?". Kata kakaknya dengan memberi jelingan pada Encik Kim.
Encik Kim hanya menundukkan kepalanya dan diam.
"A-Aniyo! Saya bukan teman wanita Encik Kim. Saya adalah pembantu rumahnya.. sebenarnya saya nak bawa dia kat sini. Cik Kim, dia kata yang dia rasa bersalah selama ni kerana dia abaikan keluarganya.. dia nak minta maaf. Dia cuma takut kerana bimbang dihalau lagi dan dibenci oleh omma dan appa dia. Saya cuma berharap kalian boleh berbincang dengan baik di dalam rumah?". Kataku dengan senyuman manis.
"Betulkah Taehyung?". Soal kakaknya pada Encik Kim.
Encik Kim mendongak kepalanya untuk melihat wajah kakaknya. Kemudian, dia menangis dan berlutut lalu memeluk kaki kakaknya. "Nuna.. s-saya minta maaf sebab abaikan kamu semua selama ni. Saya tahu saya salah.. saya dah menyesal! Saya sayangkan korang dan rindu korang. Tolong maafkan saya? Saya nak jumpa omma dan appa.." Kata Encik Kim dengan menangis teresak-esak.
"Pertama kali aku tengok Encik Kim menangis seperti ni.."
Kakaknya juga menangis, "Taehyung-ah.. bangun.. janganlah macam ni". Kata kakaknya.
"Andwae! Saya nak nuna maafkan saya dulu!". Katanya.
"Yelah.. s-saya dah maafkan awak. Tolonglah bangun~". Katanya.
Encik Kim perlahan-lahan bangun dan dia segera memeluk kakaknya dengan erat. Mereka saling berpelukan sambil menangis.
Aku menahan rasa sedih dalam hati dan berasa terharu kerana melihat mereka sudah berbaik. Tapi, Encik Kim masih belum berbaik dengan kedua orang tuanya.
Kakaknya melepaskan pelukan dan memegang wajah Encik Kim, "Dah lama saya tak peluk awak macam ni.. rindu nak bergurau dengan awak. Hm.. kamu berdua masuk ke dalam dulu ya? Nanti peminat nampak awak kat sini susah kita nanti". Katanya dengan senyuman dan lap air mata Encik Kim.
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfiction• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •