"Yah.. Seolmin". Encik Kim memanggil aku.
"Ya?". Kataku sambil membersihkan meja makan ini. Aku sedang lap dengan teliti supaya tiada bekas minyak dan aku ingin meja ini kelihatan berkilat. Maklumlah, meja makan Encik Kim adalah kaca jadi perlu dijaga dengan baik.
"Oi, boleh berhenti buat kerja tak? Aku tengah cakap ni". Bebel Encik Kim beserta dengan jelingan yang diberi.
"Arasseo.." Jawabku dengan keluhan dan berhenti mengelap meja. Aku menolehkan badanku untuk melihat Encik Kim.
"Nanti aku nak kau ikut aku pergi mall sebab aku nak beli baju baru. Kau jadi tukang angkat barang aku faham?". Kata Encik Kim.
"Kepala hotak dia.."
"Aku ni orang gaji bukan kuli!"
"Sabar Seolmin.. dia kan boss kita. Kenalah hormat"
"Yelah~". Jawabku selamba dan memberi senyuman palsu.
"Cara kau cakap macam kau tak nak tolong aku je?". Kata Encik Kim.
"Eh.. tak! Bukan macam tu.. hehe". Kataku sambil ketawa kekok. Aku geram je dengan majikan aku ni.
Sekurang-kurangnya, aku bebas dari Aunty Jung dan Minyoung. Mereka selalu merosakkan kebahagiaan aku. Pasal rumah tu, aku dah tak kisah. Biarlah Aunty Jung yang ambil. Aku nak kerja dan kumpul duit supaya dapat beli rumah baru untuk aku seorang sahaja.
"Lepas kau dah lap meja ni, kau pergi naik atas cepat pakai baju yang cantik dan elok. Faham?". Kata Encik Kim.
"Baik, Encik". Kataku.
---
Aku sudah siap memakai baju yang lebih kemas dan selesa. Aku tidak suka pakaian yang terlalu berfesyen.
Aku menyikat rambutku dengan kemas kemudian aku segera keluar dari kamarku dan berjalan menuruni anak-anak tangga ini.
Aku berjalan menuju ke ruang tamu.
Encik Kim sedang menunggu aku sambil duduk di atas sofa.
"Encik Kim! Saya dah siap". Kataku.
Encik Kim segera bangun dari sofa ini dan memandangku. Encik Kim diam seketika dan melihat penampilanku.
Aku berasa hairan.
"Aku ada salah pakai ke?"
Aku melihat pakaianku.
"Elok je?"
"Encik? Kenapa diam? Jomlah pergi sebab nanti saya ada banyak kerja lagi nak buat. Saya kena masak untuk makan malam kita nanti--"
"Ok, jom". Encik Kim memegang tanganku dan membawaku menuju ke pintu.
Aku berasa agak terperanjat kerana sentuhannya. Aku tak pernah sentuh lelaki melainkan arwah bapa aku.
"Ehem.. tangan e-encik?". Kataku dengan sedikit tergagap.
Encik Kim tersedar apa yang dilakukannya dan segera menempis tanganku.
"Bongok, dia yang sentuh tangan aku lepas tu dia tolak tangan aku dengan kasar pula.."
"Cepat keluar.." Kata Encik Kim.
Aku berjalan keluar dari rumah ini dan mengikuti dengan Encik Kim yang berjalan di belakangku. Dia mengunci pintu rumahnya menggunakan kad.
Aku jakun.
"Canggihnya rumah encik ni"
Encik Kim berjalan menuju ke keretanya.
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfiction• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •