Hospital
"Minyoung-ah!". Aku memanggil namanya.
Minyoung sedang duduk di atas kerusi di hadapan bilik ICU. Dia menangis seorang diri. Ketika aku memanggil namanya, dia menoleh kepalanya dan ternampak aku.
Minyoung segera bangun dari kerusi itu.
Aku dan Taehyung segera mendekati dia dan aku memeluknya, "A-Apa yang dah terjadi ni? Macam mana Aunty Jung boleh m-masuk ICU?". Kataku.
Aku cuba menenangkannya kerana dia sedang menangis teresak-esak menyebabkan dia sukar untuk bercakap sekarang.
Aku mengusap belakang tubuhnya. Taehyung memandang kami dengan simpati dan dia memandangku. Aku juga membalas dengan senyuman lemah pada Taehyung.
"Penyakit omma semakin teruk.. doktor kata diorang sedang periksa keadaan dia dan perlu buat pembedahan dengan segera untuk buang sel kanser tu sebelum ia makin merebak dalam tubuh dia. Sekarang buah pinggang sebelah kanan omma telah terkena kanser.. j-jadi.. buah pinggang dia perlu dibuang. Tapi n-nyawa omma sangat terancam sekarang sebab.. d-dia sangat lemah". Kata Minyoung.
"D-Doktor kata.. k-kita perlu bersedia pada bila-bila masa.." Kata Minyoung.
"A-Aku takut Seolmin.." Kata Minyoung dengan tangisan.
Kata-katanya memberi impak pada diriku kerana aku berasa sangat takut akan kehilangan insan yang aku sayangi. Aku berasa sangat sedih dan cuba berfikir secara positif.
"M-Minyoung.. kau janganlah fikir macam tu ya? Kita kena berfikiran positif dan banyak berdoa.. saya tak nak awak bersedih macam ni--"
Tiba-tiba, seorang jururawat perempuan keluar dari bilik ICU itu dan berjalan mendekati kami. Aku melepaskan pelukan dan Minyoung segera lap air matanya yang sudah mengalir pada pipinya.
"Awak Cik Lee Minyoung?". Soal jururawat itu pada Minyoung.
"Ya, saya Lee Minyoung". Kata Minyoung sambil menganggukkan kepalanya.
"Baiklah, pesakit itu perlu dibedah segera dan kami perlukan persetujuan dari Cik. Kemudian, Cik perlu tanda tangan pada surat persetujuan untuk membenarkan pembedahan itu dijalankan". Katanya.
"Saya setuju untuk jalankan pembedahan itu.." Kata Minyoung tanpa berfikir panjang kerana dia sangat merisaukan keadaan ibunya.
"Ok, Cik harus ikut saya sekarang". Kata jururawat itu. Minyoung menganggukkan kepalanya lagi. Dia memandangku, "S-Saya pergi dulu.." Katanya.
"Arasseo.." Kataku dengan senyuman.
Dia berjalan meninggalkan kami berdua dan mengikuti jururawat itu.
"Awak jangan bersedih ya?". Kata Taehyung padaku.
Aku memandangnya, "Saya takut kalau terjadi perkara yang tak diingini pada Aunty Jung.." Kataku.
"Awak perlu kuat jagiya.. saya ada dengan awak kalau awak bersedih". Katanya dan memeluk pinggangku.
"Gomawo.." Kataku dengan senyuman.
Taehyung hanya membalas dengan senyuman kemudian dia mengusap rambutku.
---
Aku, Taehyung dan Minyoung menunggu di luar bilik pembedahan dengan penuh kesabaran. Hatiku berdebar-debar dan berharap agar keadaan Aunty Jung baik-baik sahaja. Minyoung murung dan asyik termenung dari tadi.
Hari sudah pun petang dan aku ingin membawa Minyoung makan di kafeteria sementara Aunty Jung sedang dibedah. Aku risau jika Minyoung tidak sehingga menyebabkan dia jatuh sakit.
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfiction• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •