Taehyung memberitahu berita gembira ini kepada keluarganya dan mereka sangat terkejut dengan berita ini kerana aku mengandung tanpa disangka.
Minyoung, Jimin dan kawan baik Taehyung iaitu, Maddie dan Jungkook juga telah mengetahui berita ini sehingga mereka sanggup datang melawat untuk menjenguk keadaanku.
Aku berasa sangat gembira mendengar ucapan tahniah kepada aku dan Taehyung. Mereka juga sangat mengambil berat tentang kesihatanku dan mengalakkan aku untuk duduk di rumah pada waktu ini dan tidak melakukan kerja yang berat. Kandunganku masih awal dan aku perlu menjaga diriku dengan baik.
Aku berasa gembira apabila omma dan Taeyoon unnie membantuku sambil mengajarku tentang banyak perkara yang baharu.
Sepanjang waktu aku mengandung, omma akan tinggal bersama kami untuk menjaga aku sementara Taehyung akan pergi ke kerja kerana dia ditawarkan kerja oleh syarikatnya.
Selepas 5 bulan
Aku mengusap-usap perutku yang sudah mula membesar. Aku berasa tidak sabar untuk melahirkan anak perempuan pertamaku. Taehyung telah menamakannya, Kim Yejin. Namanya ringkas tetapi manis didengar.
Aku sedang masak sarapan untuk Taehyung kerana dia perlu pergi ke kerja pada hari ini. Dia masih berada di atas untuk bersiap-siap.
Selepas beberapa minit, aku telah selesai masak dan menghidangkan di atas pinggan dengan elok.
"Seolmin??".
Aku mendengar suara Taehyung dan kepalaku segera menoleh. Dia telah siap memakai baju kasual seperti biasa yang dipakainya ketika berjalan di luar.
"Oh? Awak dah bersiap?--"
"Yah! Kenapa awak masak untuk saya?? Awak kan perlu berehat.." Taehyung membebel dan segera berjalan mendekatiku.
"Wae? Saya cuma memasak je? Bukan angkat barang berat pun~ lagipun, omma pergi ke pasar sekejap nak beli barang makan. Dah lama saya tak masak untuk awak tau.." Kataku dengan memuncungkan bibirku.
Taehyung hanya mampu senyum dan memelukku pinggangku, "Arasseo.. mianhae.. saya tak halang awak untuk buat kerja tapi saya cuma risaukan keadaan awak dan bayi kita. Lain kali kalau awak perlukan bantuan, awak panggil saya ya?". Kata Taehyung dengan senyuman.
"Ok.." Kataku dan aku mencium pipinya.
Taehyung senyum malu dan ketawa kecil. Walaupun kami sudah bersama selama 1 tahun lebih, tetapi kami masih seperti pasangan yang baru bercinta.
"Mhm.. macam sedap je? Apa tu?". Soal Taehyung.
"Saya cuma masak nasi goreng cina dengan telur goreng je". Kataku.
"Saya dah lama tak rasa masakan awak~". Kata Taehyung dengan senyuman teruja. Dia membawa pinggan itu ke atas meja makan dan dia membawaku untuk duduk di sebelahnya.
"Awak dah makan?". Soal Taehyung lagi.
"Dah~". Jawabku dengan jawapan yang ringkas.
"Dah minum susu tak?". Soalnya lagi.
"Dah~". Kataku sambil gelak. Taehyung ketawa melihat gelagatku.
Tangan kanan Taehyung mengusap lembut perutku yang sedang membesar ini, "Appa tak sabar nak tengok Yejin~ appa teringin nak pegang kamu~". Kata Taehyung dengan nada aegyo.
Aku ketawa, "Saya pun tak sabar nak tengok Yejin, mesti dia seiras dengan awak". Kataku.
"Aniya~ dia akan seiras dengan kita berdua~". Kata Taehyung.

ANDA SEDANG MEMBACA
unwanted love • k.th [C]
Фанфик• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •