"Seolmin-ah~~".
Aku terdengar suara Taehyung di telingaku yang membuatku tersedar dari tidur lenaku. Cahaya mula memasuki penglihatanku yang membuatku berasa agak silau.
Aku mula meronta dan tubuhku berasa lenguh.
"Aigoo ya~". Kataku dengan suara yang agak serak basah dan masih mengantuk. Aku membuat senaman ringan iaitu stretching pada tanganku dan kakiku.
"Palli ireona! Kita nak pergi rumah omma dan appa". Katanya.
Aku telah sedar sepenuhnya dan memandang wajahnya.
"Rumah omma dan appa?". Soalku dengan hairan.
"Yup~ awak tak ingat ke yang kita dah nak kahwin? Kita kan nak kena pilih baju kat butik nanti". Katanya.
"Ah~ yakah?". Kataku sambil menggaru kepala sambil senyum kekok.
"Aish.. takkan awak tak tau?". Katanya.
"Ni kan pengalaman pertama saya, mana lah saya tau". Kataku.
"Hm, arasseo. Cepat bangun dan bersiap ok? Kita pergi rumah omma dan appa". Katanya.
Aku hanya menganggukkan kepala.
Di rumah ibu bapa Taehyung
Taeyoon unnie membuka pintu itu sambil mendukung anak lelakinya yang kira-kira berumur 5 tahun.
"Hah~ sampai pun. Cepat masuk, omma dan appa dah tunggu tu. Kita sarapan bersama ya?". Kata Taeyoon.
"Ne". Jawab Taehyung. Kami berdua masuk ke dalam rumah ini bersama-sama.
Kedua orang tua Taehyung ternampak kami dan mereka berada di dapur sedang menghidangkan makanan.
"Seolmin-ah~ gembira awak datang sini lagi". Kata omma dan dia memelukku. Aku senyum gembira dan membalas pelukannya.
"Saya rindu dengan omma dan appa". Kataku.
Aku sudah menganggap mereka seperti kedua orang tuaku sendiri. Sudah lama aku tidak merasa disayangi begini.
Omma melepaskan pelukan dan memandangku, "Kamu dan Taehyung macam mana? Sihat?". Soalnya.
"Kami baik-baik saja omma. Macam biasalah Taehyung selalu kacau saya dan bergurau dengan saya". Kataku.
Taehyung memandangku, "Yah.. mana ada!". Katanya.
Aku hanya senyum sinis.
"Jom lah makan. Mesti kamu berdua dah lapar kan? Kita akan pergi ke butik nanti untuk pilih gaun dan kemeja yang sesuai untuk kamu berdua". Kata omma.
"Baiklah". Jawab Taehyung sambil senyum.
Kami bersama-sama berkumpul di meja makan yang besar dan duduk bersama untuk menikmati sarapan yang enak di pagi yang indah ini.
Selepas itu, kami sekeluarga pergi ke butik yang dimaksudkan oleh omma. Aku sangka butik biasa, rupanya butik besar dan mempunyai gaun serta tuxedo yang mahal-mahal.
Aku berasa agak risau.
"Taehyung-ah~ gaun kat sini mahal lah". Bisikku pada Taehyung.
Taehyung memandangku.
"Mana ada mahal? Biasa jelah. Baju kahwin memang mahal lah sayang oii~ mana ada main murah-murah sekarang". Kata Taehyung.
"Ni harga standard ke?". Soalku.
"Ya". Jawabnya sambil senyum.
"Omma tak sabar nak tengok Seolmin dan Taehyung pakai baju kahwin! Sukanya!". Kata omma dengan gembira.
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
أدب الهواة• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •