"Yah.. Seolmin! Kau boleh berhenti jalan tak?". Encik Kim asyik memanggilku.
Kami telah tiba di tempat parkir dan aku terus berjalan menuju ke kereta Encik Kim tanpa bersuara dengan air mata yang masih mengalir.
Encik Kim menarik lenganku membuatkan aku berhenti berjalan.
"Kau kenapa tak dengar cakap aku hah?--"
"LEPASKAN AKU LAH!". Aku jerit dan menempis tangannya. Aku berasa amat tertekan.
Aku tidak mahu berjumpa sesiapa buat masa sekarang.
"Kau dah kenapa ni?". Soal Encik Kim dengan hairan.
Aku senyum sinis, "Kau ambil lah baju bodoh kau ni! Aku penat! Semua orang kat dunia ni tak pernah faham aku.." Kataku dengan membaling beg plastik berisi pakaiannya kepada Encik Kim.
Encik Kim segera mengambil beg plastik itu.
Encik Kim cuba mendekatiku dengan baik, "Seolmin-ah.. kalau kau ada masalah, kau bagitau pada aku. Mungkin aku boleh tolong kau?". Kata Encik Kim.
"Kau boleh tolong ambil semula kebahagiaan aku yang lalu dan bagi pada aku semula? Boleh kau buat semua tu?". Kataku.
Encik Kim hanya diam dan mengeluh perlahan, "Aku tahu.. mendapatkan kebahagiaan bukan senang. Tapi, aku rasa kau terlalu tertekan sebab tu fikiran kau agak serabut sekarang. Kau bertenang ya?.. jom balik rumah ya? Kau tak perlu buat kerja-kerja kat rumah hari ni. Kau berehat je". Kata Encik Kim.
Aku hanya diam.
"Jangan risau, aku ada dengan kau. Kau boleh luahkan segala masalah kau nanti bila kita dah sampai rumah. Sekarang, kita balik dulu". Kata Encik Kim dan memeluk bahuku.
Kepalaku berasa pening dan kakiku mula berasa lemah.
Tiba-tiba, aku pengsan.
Encik Kim terkejut dan segera menyambut tubuhku sebelum aku jatuh ke atas lantai.
"S-Seolmin?.. Seolmin!". Encik Kim panik. Dia mula berasa cemas dan jantungnya berdebar.
Aku hanya nampak kegelapan.
---
Aku perlahan-lahan membuka kedua kelopak mataku dan kepalaku berasa sedikit pening.
"Ah.. sakit kepala"
Aku memegang kepalaku dan memandang sekelilingku.
"A-Aku kat mana ni?"
"Jap.. bilik ni macam aku kenal"
"B-Bilik.. Encik Kim??"
"Dah bangun?".
Aku segera menoleh kepalaku di tepi sebelah kiriku dan ternampak Encik Kim sedang duduk di atas sofa miliknya dan kemudian dia segera berdiri dari tempat duduk itu lalu berjalan menghampiri aku.
"K-Kenapa saya ada kat sini?". Soalku.
Encik Kim memandangku.
"Kau pengsan.. sebab kau terlalu tertekan". Kata Encik Kim.
Aku hanya diam. "Maaf kalau saya susahkan Encik". Kataku dengan berasa malu kerana kelakuanku yang biadab tadi.
"Tak apa. Sekarang, kau berehat dulu. Aku ada bawa Maddie datang rumah untuk masak dan jaga kau". Kata Encik Kim.
Aku berasa agak hairan, "Siapa Maddie Encik?". Soalku.
"Tumpang lalu~ saya bawakan bubur ayam ni". Kata seorang perempuan yang cantik dengan membawa sedulang makanan.
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfiction• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •