"Saya nak nombor telefon Jimin". Kata Taehyung dengan tenang. Dia langsung tidak menunjukkan reaksi marahnya ketika menanya tentang Jimin.
Tapi yang peliknya, apahal dia tiba-tiba minta nombor telefon Jimin kat aku?.
"Wae?". Soalku dengan hairan dan memandangnya.
"Saya ada hal penting nak cakap dengan dia. Hanya perbualan man to man so.. awak takkan faham". Kata Taehyung dengan senyuman.
Aku berasa ragu-ragu, "Em.. awak nak marah dia pasal hari tu lagi ke?". Kataku.
"Ani.." Jawabnya selamba.
"Habistu.. kenapa?". Kataku.
Taehyung mengeluh kerana dia mulai rasa bosan akibat aku banyak bertanya, "Boleh tak awak bagi je dulu? Saya taulah apa saya nak buat. Awak jangan risau.. saya takkan marah dia". Katanya.
Aku terpaksa akur dengan kata-katanya, "Aish.. yelah". Kataku dan memberitahu nombor telefon Jimin pada Taehyung.
Taehyung segera menaip nombor telefon Jimin dan simpan di dalam kontak nombornya.
"Dah puas hati? Kalau awak cari gaduh dengan dia dulu, saya pukul awak". Kataku.
Taehyung berasa terkejut, "Awak sanggup pukul saya hanya untuk bela Jimin??". Katanya dengan dramatik.
"Mengadanya si Tae ni"
"Saya takkan pukul awak kalau awak tak buat salah. Kalau Jimin buat salah, saya akan pukul dia. So, adil kan?". Kataku dengan senyuman.
Taehyung senyum kekok, "Awak ni macam-macam lah.. aigoo~". Kata Taehyung.
Aku hanya ketawa.
Taehyung juga senyum. Taehyung sudah bersiap dengan berpakaian segak. Pada hari ini, Taehyung ada interview di syarikatnya. Dia mula berjalan dan membawa beg galasnya lalu berjalan menuju ke pintu.
Aku menemaninya sehingga di pintu ini sahaja. Dia sedang memakai kasut dan bersedia untuk pergi ke kerja.
"Ok lah.. saya pergi dulu~ annyeong". Kata Taehyung.
"Annyeong~". Kataku dan memberi senyuman manisku padanya.
"Bila dah siap nanti, saya akan balik cepat dan bawakan tteokbeokki. Macam mana ok tak jagiya?". Katanya dengan senyuman manis.
Aku senyum ketika terdengar tentang makanan, "Nak! Gomawo oppa~". Kataku.
"Uish, dengar pasal makanan laju je eh?". Kata Taehyung dengan gelak. "Mestilah.. saya suka makan". Kataku dengan ketawa kekok.
"Arasseo~ nanti kita makan sama-sama". Kata Taehyung. Aku hanya menganggukkan kepala dengan senyuman.
"Tu je?". Kata Taehyung dengan sedikit kecewa.
Aku hairan.
"Kenapa?". Soalku.
Taehyung menunjukkan bibirnya dengan jari telunjuknya sambil memuncungkan bibir. "I want 뽀뽀! (Ppoppo)". Katanya dengan suara manja.
Aku berasa agak malu dan menjengketkan kaki kerana tubuhku amat rendah. Kepalaku hanya berada di paras bahunya.
Aku mencium bibir Taehyung dengan masa yang sangat singkat kemudian aku segera melepaskan ciuman dan menutup wajahku menggunakan tapak tanganku. Jantungku berdegup kencang.
Taehyung memelukku.
"Aigoo~ awak malu eh?". Kata Taehyung sambil gelak.
Aku membuka tapak tanganku dan kepalaku perlahan-lahan mendongak ke atas untuk melihat wajahnya.
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfiction• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •