39;

1.9K 161 17
                                        

Taehyung tidak berhenti memujuk aku. Aku asyik menangis sejak tadi dan aku hanya baring di atas katilnya. Basah bantal ini dibuat oleh aku.

"Seolmin-ah.. sudah-sudah lah tu menangis.. awak dah nangis hampir setengah jam tau. Saya risaukan awak tau tak?". Kata Taehyung. Dia baring di sebelahku dan memeluk tubuhku dari belakang. Dia cuba menenangkan aku.

Aku menangis dan tidak berkata apa-apa. Sakit hatiku, hanya Tuhan sahaja tahu betapa sakitnya hatiku ini.

Aku memusingkan badanku untuk melihat wajah Taehyung. Dia memandangku dengan riak wajah yang risau. Tangannya mengusap lembut rambut kemudian dia menyentuh wajahku lalu membantu untuk lap air mataku.

Taehyung mengeluh, "Saya tak nak awak bersedih lagi~ saya tak sanggup tengok awak merana macam ni. Awak tak kasihankan saya yang sedang risaukan awak ni ke? Saya cuma nak tengok awak senyum semula.."

Tangan kananku menyentuh wajah Taehyung dan mengusap pipinya yang lembut.




"Saya tak apa-apa Taehyung.. s-saya cuma rasa sedih sangat sebab Aunty Jung masih bencikan saya.. s-saya tak tau apa kesalahan saya pada dia, Taehyung. Saya ni jahat ke?". Kataku dengan suara yang agak serak basah akibat menangis tadi.

"Tak.. awak sangat baik seperti seorang malaikat.. sebab tu lah saya suka awak. Kadang-kala awak ni terlalu baik. Saya akan selalu berada di sisi awak dalam suka dan duka. Saya nak awak tabah dan kuat untuk saya Seolmin.." Kata Taehyung.





Aku perlahan-lahan mengukirkan senyuman.

"Saya cintakan awak Taehyung.." Kataku dengan perlahan. Tanganku perlahan-lahan turun dan memegang tangannya pula.

"Saya pun cintakan awak sangat-sangat.." Kata Taehyung.



Tiba-tiba, matanya mula berair seperti hendak menangis.

Taehyung menutup matanya seketika dan mengeluh. Air matanya mengalir ke pipinya.

"T-Taehyung? Kenapa awak menangis ni?". Soalku.

Aku lap air matanya dan tangan Taehyung pantas memegang tangan kananku. Namun, tanganku masih menyentuh pipinya dan Taehyung hanya memegang tanganku. Tangannya berasa sangat hangat dan aku berasa sangat selesa berada di dalam dakapannya.

Taehyung perlahan-lahan membuka matanya dan kami memandang antara satu sama lain.



"Uljima.." Kataku dengan sedih.

"Kwaenchana, s-saya menangis sebab saya tak sanggup lihat awak berada dalam kesusahan dan kesakitan.. kenapa bukan saya je tanggung semua tu? Saya tak suka perempuan macam awak ni bersedih". Katanya.

"Apa awak cakap ni? Taehyung, ni semua memang takdir saya.. saya tak nak awak terlibat dalam kesusahan yang saya alami. Cukuplah sekadar awak memujuk saya, itu sudah mencukupi.." Kataku.

"Tapi, saya--"






Aku mendekatkan wajahku padanya dan bibirku perlahan-lahan mencium bibirnya yang lembab. Mataku ditutup dan Taehyung berasa agak terkejut dengan tindakanku.

Taehyung menyentuh pinggangku dan aku memegang bajunya dengan erat.

Taehyung juga menutup matanya kembali dan membalas ciumanku. Tangan Taehyung menyentuh tubuhku.

Ciuman kali ini agak lama..

(A/N: HAHAHAHAHA APA BENDA AKU TAIP NI YA AMPUNNN)









"T-Tae.."

Dia masih mahu menciumku sehingga aku tidak sempat berkata apa-apa. Tangannya masih menyentuh tubuhku.

unwanted love • k.th [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang