45;

2K 161 11
                                    

3 minggu kemudian

Pagi itu, perut dan tekak aku berasa tidak enak dan loya. Aku terus tersedar dari tidurku. Aku menoleh tubuhku sedikit untuk melihat keadaan suamiku.

Dia sedang tidur dengan nyenyak sambil berdengkur.

Tiba-tiba, kepalaku berasa pening menyebabkan aku bertambah loya. Aku seperti ingin muntah. Sebelum perkara tidak diingini berlaku, aku segera bangun dari katil ini berjalan dengan pantas menuju ke dalam tandas. Aku segera menutup pintu tandas ini dengan rapat tanpa membuat sebarang bunyi.



Aku berdiri di hadapan sinki dan menundukkan badanku.




Tekakku bertambah loya dan aku muntah lendir. Aku berada di dalam tandas hampir 15 minit kerana asyik muntah. Aku membasuh mulutku setelah tekakku sudah berasa lega. Namun, kepalaku masih berada sedikit pening.

"Aku salah makan ke semalam?.."



"Perut aku masuk angin kot.."





Tiba-tiba, bahuku disentuh menyebabkan aku terperanjat dan segera menoleh ke belakang. Rupanya, Taehyung yang separa tidur berdiri teguh dihadapanku dengan rambut serabainya serta baju pijama yang sudah ronyok.

"Mak aih.. aku ingat hantu mana lah--"

"Aku tutup pintu tadi tapi kenapa dia boleh tau aku kat sini? Dia tadi kan tidur mati.."


Dia menggosok-gosok kedua matanya kerana penglihatannya kurang jelas.



"Awak muntah ke?". Soalnya.

"Macam mana dia tahu??"


"M-Macam mana a-awak tau s-saya--"

Dia memegang bahuku dan memandang tepat pada wajahku dengan reaksi yang risau.

"Kwaenchana? Awak sakit ke?". Soalnya bertubi-tubi.

Aku hanya mampu memberikan senyuman kekok, "Em.. saya sakit sikit je ni.. tadi tekak saya rasa loya tulah saya muntah tadi.. kepala saya pun pening juga.." Kataku.

"Kalau awak muntah-muntah, mesti ada sesuatu yang tak kena ni.." Kata Taehyung dengan curiga.


"A-Apa yang tak kena?". Soalku.


Tiba-tiba, ekspresi wajah Taehyung berubah menjadi terkejut dan matanya terbuka besar seperti dia menyedari sesuatu.

"Wae?". Soalku lagi dengan perasaan ingin tahu.



"Jagiya.."








"A-Awak mengandung ke?". Kata Taehyung.









Aku terkejut.

"Aish.. macam mana aku boleh lupa pasal perkara macam ni.. patutlah aku tak period bulan lepas.."



"Tapi betulkah?"






"S-Saya tak pastilah~ Awak yakin ke saya mengandung? Tapi macam mana awak boleh agak?". Soalku.

"Entah? Saya main teka je hehe~". Kata Taehyung sambil ketawa.

"Hmmm.." Aku mengeluh dan menundukkan kepalaku dan Taehyung berasa hairan dengan kelakuanku.









"Awak tak apa-apa?". Soal Taehyung.

Aku senyum paksa untuk menyembunyikan perasaan sebenarku, "S-Saya takutlah.."

unwanted love • k.th [C]Where stories live. Discover now