BUK!
"AH!". Encik Kim jerit.
Aku terjatuh dari katil lalu jatuh atas tubuh Encik Kim.
Encik Kim meraung kesakitan kerana tubuhnya sakit dihempap oleh aku. Encik Kim memegang tubuhku dan cuba menolak aku, namun gagal.
"Yah!". Jerit Encik Kim lagi.
Aku terbangun dan tersedar dari tidur. Aku masih mamai namun fikiranku masih waras. Aku segera bangun dari tubuh Encik, "M-Maaf.. Encik saya tak sengaja nak hempap badan Encik". Kataku dengan rasa bersalah.
"Aish.. jinjja.. awal pagi dah rosakkan mood aku! Pergi lah sana!". Kata Encik Kim.
Aku duduk di atas katil.
Encik Kim bangun dari lantai dan mengemas segala barangnya lalu disimpan di tempat asal.
"Kau keluar dari bilik aku dan masakkan sarapan. Faham?". Kata Encik Kim.
Aku mengeluh, "Baiklah". Kataku.
Aku bangun dari katil ini dan segera berjalan keluar dari biliknya. Aku menutup pintunya dengan rapat.
"Aish.. kenapa aku ni bangang sangat? Apahal boleh terjatuh dari katil padahal katil Encik Kim besar". Bebelku seorang diri.
Di kamar, Encik Kim sempat menyambung tidurnya sementara aku perlu masak sarapan.
(A/N: o....k.... Kat GIF tu taehyung tak pakai baju tolong abaikan wahai readers yg innocent LAH SANGAT--)
Aku pergi ke kamar asalku lalu mengambil tuala dan masuk ke dalam tandas untuk mandi dan bersiap.
Selepas beberapa minit, aku telah selesai berpakaian kemas dan segera keluar dari kamarku lalu berjalan menuju ke dapur untuk masak sarapan. Aku berasa hairan sebab semalam bukan main dia acah baik kat aku.
Tiba-tiba, jadi jahat balik.
"Ah! Kisah pula aku"
"Bangang punya boss"
Aku hanya masak roti bakar bersama dengan telur goreng dan sedikit salad. Encik Kim kan model jadi kena jaga badan kan?.
Selepas beberapa minit, aku segera menghidangkan makanan itu di atas meja.
"Aish.. Encik ni masih tidur ke?". Kataku sendirian.
Aku berjalan keluar dari dapur ini dan singgah ke biliknya.
Aku mengetuk pintunya.
Tok tok tok
"Encik? Dah siap ke? Saya dah masakkan sarapan untuk kita".
"Sabarlah aku baru siap mandilah! Nak pakai baju jap!". Jeritnya di sebalik pintu ini.
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfic• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •