"Good morning!". Aku ucapkan dan cuba bangunkan Encik Kim dari tidurnya.
Encik Kim mengeluh kuat kemudian dia menguap dengan mulut yang besar. Dia menggerakkan badannya dan melakukan sedikit senaman ringan iaitu melakukan stretching.
Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya.
Dia melihat aku dengan mamai. Rambutnya juga agak kusut.
"Annyeong!". Kataku dengan ceria.
"Ah.. sakitnya". Encik Kim memegang kepalanya. Mungkin akibat daripada minum arak terlalu banyak semalam.
"Em.. m-macam mana aku boleh ada kat sini?". Soalnya.
"Semalam Encik mabuk. Jadi, saya biarkan awak baring sini". Kataku.
Dia hairan, "Hah? Yakah?". Katanya seolah-olah tidak percaya.
"Betul lah? Semalam Encik beria-ria minta saya temankan Encik tidur kat sofa ni tapi saya tolak. Tapi, saya dah bagi bantal dan selimut supaya awak tidur selesa. Encik kalau mabuk memang manja ke? Lepastu malam tu, awak asyik panggil nama saya je". Kataku sambil ketawa kecil.
"M-Mana ada aku buat macam tu!". Katanya dan dia kelihatan agak gementar.
"Terserah pada awak kalau tak percaya. Semalam awak memang manja gila sampai saya malas nak layan Encik. Saya rimas dan geli tau?". Kataku.
"Jangan perasan yang aku nak bermanja dengan kau eh?". Katanya sambil menjeling matanya pada aku.
Aku senyum sinis, "Saya tak perasan? Saya cuma cakap benda betul". Kataku.
Encik Kim ketawa dengan senyuman sinis, "Merepek lah kau ni.." Katanya.
Aku hanya mengendahkan kata-katanya.
"Encik Kim sila mandi ya? Awak busuk tau tak! Bau arak! Eeeeuu~". Kataku dan menutup hidungku.
"Sabarlah! Nak pergi mandi lah ni!". Bebelnya.
"Apa-apa jelah~ saya dah masakkan sarapan. Tolong mandi cepat sikit nanti, kalau makanan tu dibiarkan lama nanti sejuk". Kataku.
Encik Kim buat bodoh dan bangun dari sofa ini lalu berjalan menaiki tangga. Dia berjalan menuju ke kamarnya lalu menghempas pintunya dengan kuat.
"Eh?? Marah ke?". Kataku.
---
Aku dan Encik Kim makan sarapan bersama-sama tanpa bercakap dan pandang antara satu sama lain.
Suasana agak kekok.
"Apahal rasa macam akward sangat ni?"
"Em.."
Aku melihat wajah Encik Kim dan dia sedang kusyuk makan sambil memandang makanannya.
"Ehem.." Aku berpura-pura batuk.
Encik Kim memandang aku.
"Wae?". Katanya.
"Em tak ada apa-apa lah hehe.." Aku ketawa kekok.
Encik Kim memandangku dengan serius, "Tengah hari nanti awak ikut saya". Katanya.
Aku berasa hairan, "Pergi mana?". Kataku.
"Jumpa parents aku dan cakap pasal perkahwinan kita". Katanya.
Aku berasa terkejut dan bercampur dengan perasaan takut.
"Alamak.. aku lupa yang aku kena kahwin dengan Encik Kim sebab fitnah. T-Tapi kalau Aunty Jung dan Minyoung tahu pasal hal ni m-macam mana??--"
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfiction• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •