Aku sedang menunggu Jimin di sebuah kafé sambil minum kopi suam. Makananku belum disentuh lagi.
"Aish.. mana Jimin ni? Boleh botak aku duduk kat sini lama-lama"
"Taehyung-ssi?".
Aku terdengar suara seorang lelaki yang sedang memanggil namaku lalu aku segera menolehkan kepalaku.
Jimin telah tiba dan dia memberi senyuman kekok pada aku.
Aku bangun dan mengalu-alukan dia untuk di duduk di hadapanku. Aku juga memberi senyuman yang sangat kekok kerana dulu kami bergaduh tentang Seolmin dan tiba-tiba kali ini kami berbaik dan ingin bercakap tentang Seolmin pula.
"Maaf, aku hampir sesat tadi.. em.. kau dah tunggu lama ke?". Soal Jimin dan dia melebarkan punggungnya untuk di duduk di atas kerusi.
"Em.. aku sampai sini awal 15 minit. Tak lah awal sangat". Kataku.
"Padahal aku dah hampir nak keluar dari kafé ni ergh.."
"Oh, kau kata nak tanya pasal Seolmin kan?". Soal Jimin.
"Ya, aku nak ambil tahu lebih pasal dia. Kau tak nak order makanan?". Kataku.
"Ah.. ok~". Katanya. Jimin memanggil pelayan itu dan menempa makanan dan minuman yang dia mahu. Pelayan menulis segala yang diminta di sebuah buku catatan kecil itu. "Ok~ tunggu sebentar ya?". Kata pelayan itu.
"Ne~". Kata Jimin.
Kami sempat berbual kosong selama beberapa minit, akhirnya makanan dan minuman yang ditempanya telah tiba di meja kami. Jimin telah mengeluarkan dompet dari poket seluarnya untuk membayar makanan dan minuman itu tetapi aku telah membayarnya dengan pantas.
Jimin terkejut, "Eh.. tak--"
"Tak apa. Aku yang ajak kau kat sini, biar aku yang belanja". Kataku.
"Oh.. kamsahabnida". Kata Jimin dengan senyuman.
"Sama-sama~". Kataku dengan senyuman.
Aku dan Jimin mula makan bersama, "So.. kau nak tanya apa pasal Seolmin?". Kata Jimin sambil mengunyah makanannya.
Aku berfikir seketika, "Uhmm.. betulkah Seolmin dia cuma sekolah sampai dia 16 tahun je?". Soalku.
Jimin menganggukkan kepalanya, "Ya.. dia sekolah sampai 16 tahun je sebab Aunty Jung suruh dia berhenti sekolah. Dia suruh Seolmin duduk kat rumah dan buat semua kerja rumah yang dia suruh. Seolmin ni pandai orangnya, dia pelajar cemerlang masa kat sekolah dulu". Kata Jimin.
Aku berasa tidak berpuas hati dengan tindak Aunty Jung yang tidak masuk akal, "Kenapa Aunty Jung buat macam tu?". Soalku.
"Masa tu Aunty Jung masih sihat dan dia bekerja keras untuk cari rezeki. Mereka agak susah dulu.. lagipun Aunty Jung ni suka membazirkan duit. Minyoung pula sekolah masa tu. Seolmin juga dilarang keluar rumah selalu dan sangat jarang keluar rumah.. sebab tu dia jakun bila keluar rumah dan pergi ke tempat yang dia tak pernah pergi". Kata Jimin.
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Dia pernah bercinta tak?". Soal Taehyung pada Jimin.
"Dia tak pernah bercinta.. tapi dia pernah kata kat aku yang dia pernah suka seseorang kat sekolah dulu tapi, dia tak berani nak luahkan perasaan dia. Dia sebenarnya seorang yang berani cuma masa tu dia rasa takut.." Kata Jimin.
"Maksudnya, aku orang pertama bercinta dengan dia?". Kataku.
Jimin senyum, "Ya". Katanya.
Aku senyum bangga, "Aku rasa gembira jadi orang pertamanya". Kataku.
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfic• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •