35;

2K 162 3
                                    

"Dia disyaki mengedar dadah dan kami terpaksa menahannya untuk meneruskan siasatan kami. Dia merupakan pekerja di kelab malam itu yang beroperasi secara haram, tanpa lesen. Bukan dia seorang sahaja kami tahan tapi pekerja-pekerja lain juga". Kata Polis itu kepada kami.

"T-Tuan.. dia terpaksa melakukan kerja itu kerana perlukan wang dengan segera sebab ibunya sakit tenat. Tolong lepaskan dia.." Kataku dengan rayuan.

"Maafkan kami cik, kami tak dibenarkan melepaskan dia dengan sesuka hati kerana dia telah melanggar peraturan dan undang-undang negara. Berkemungkinan dia juga akan dipenjara selama 3 tahun dengan Akta yang berkaitan. Saya hanya menjalankan tugas". Kata Polis itu.

Aku berasa kecewa dan hatiku remuk.







"Tuan! Apa yang saya boleh lakukan untuk dia bebas dari ditahan? Dia tidak bersalah Tuan. Dia terdesak untuk melakukan kerja-kerja tu". Kata Jimin.

"Kalau kamu mahu dia dibebaskan, maka kamu harus membayar jaminan untuk membebaskan dia". Katanya.

"B-Berapa harga jaminannya?". Kata Jimin dengan rayuan.






"Mengikut akta yang berkaitan.."

Polis itu sedang menyemak beberapa fail.

".. kamu perlu bayar jaminan sebanyak RM10,000. Adakah anda setuju mahu membayar duit sebanyak itu?". Kata Polis itu. Aku terkejut apabila mendengar harga jaminan tersebut. Hatiku bertambah gelisah.

Jimin juga berasa susah hati.

"T-Taehyung-ah.. mana kita nak cari duit sebanyak tu?". Kataku dengan risau.

"Apa kata awak duduk sini dulu, saya dan Jimin pergi ke luar sekejap.. saya nak bincang hal penting dengan dia. Arasseo?". Kata Taehyung.








"Arasseo.." Kataku.

Taehyung mengajak Jimin ke luar untuk membincangkan sesuatu.







Selepas beberapa minit, mereka berdua kembali ke sini dan duduk semula.

"Tuan, kami dah buat keputusan untuk membayar jaminan Lee Minyoung". Kata Jimin.

Aku terkejut dan memandangnya. "Macam mana korang nak bayar jaminan sebanyak tu?". Soalku.

"Seolmin, saya dan Jimin mengambil keputusan untuk bayar jaminan sepupu awak tu. Jimin bayar RM5000 dan saya bayar RM5000 dengan cek". Kata Taehyung. Jimin memandangku dengan senyuman.

Aku berasa lega dan gembira sehingga aku menangis lagi. Jimin mengusap rambutku, "Uljima.. dia akan dibebaskan kejap lagi". Kata Jimin.

Taehyung dan Jimin berbincang dengan Polis itu mengenai jaminan itu. Akhirnya, pembayaran jaminan selesai dan Polis itu membawa kami bertiga menuju ke penjara iaitu bilik tahanan untuk pesalah yang sedang dalam siasatan. Minyoung akan dibebaskan tidak lama lagi.

Kami telah tiba di penjara tempat Minyoung dikurung buat sementara waktu. Dia memakai baju seragam penjara dan dia sedang duduk di atas lantai dengan merana. Dia termenung jauh dan matanya kelihatan bengkak akibat menangis.

"Cik Lee Minyoung". Kata Polis itu.

Minyoung sedar lamunannya dan terkejut apabila ternampak kami.









Dia hanya diam dan menundukkan kepalanya.

"Kamu dibebaskan atas jaminan mereka". Kata Polis itu dan dia membuka kunci pintu penjara ini dan Minyoung perlahan-lahan bangun.

Di saat pintu itu dibuka, Jimin berjalan mendekati Minyoung dengan pantas dan dia memeluk Minyoung dengan erat. Dia mula mengalirkan air matanya lagi dan memeluk Jimin dengan erat juga.

unwanted love • k.th [C]Where stories live. Discover now