(A/N: author cuma nak cakap.. yang GIF kat atas tu Taehyung nampak so damn handsome AHHHHHHH *fangirling ohoho*)
Taehyung ternampak aku sedang berdiri di balkoni keseorangan sambil merenung jauh.
Taehyung senyum sinis dan cuba mendekatiku tanpa pengetahuan aku.
"Boo!". Taehyung mengejutkan aku dengan memberi pelukan pada pinggangku.
"Ah!". Aku terjerit akibat terkejut.
Dia memelukku dari belakang dengan erat dan menyandarkan kepalanya pada bahuku. Tubuhku kaku kerana aku berasa sangat kekok kerana tidak pernah dipeluk seperti ini.
"Yah! Awak ni tiba-tiba peluk saya macam ni kenapa?? Kalau saya terjatuh dari balkoni ni macam mana? Aish jinjja~". Aku membebel seperti kanak-kanak.
"Hehe~ mianhae. Kalau awak jatuh saya akan tangkap hati awak dulu". Katanya.
"Merepeklah awak ni". Kataku sambil ketawa.
Taehyung melepaskan pelukan dan memandangku dengan pandangan yang membuatkan aku jatuh cinta.
"Awak buat apa kat sini sorang-sorang? Saya cari awak kat bilik, lepastu kat dapur, and then kat ruang tamu sebab selalunya tiga tempat tu je awak selalu ada. Kenapa awak tiba-tiba pergi balkoni?". Soal Taehyung seperti penyiasat.
"Saya saja pergi sini nak tengok pemandangan kat sini. Kenapa salah ke? Atau awak rindu saya?". Kataku dengan senyuman sinis.
"Uh? Mana ada! Saya saja je tanya". Katanya dan mengalihkan pandangan. Dia kelihatan agak malu.
Aku ketawa.
Taehyung memandangku dengan hairan.
"Kenapa awak ketawa?". Soalnya.
"Awak ni suka simpan emosi awak dari saya. Tak salah pun kalau awak nak tunjukkan emosi awak tu pada saya. Saya tengok awak nampak comel". Kataku sambil ketawa lagi.
"I'm manly! Mestilah kena jaga muka. Saya adalah lelaki sejati". Katanya dengan berlagak.
"Perasannya!". Kataku.
Taehyung senyum sinis.
"Uhm.. saya nak tanya boleh?". Kataku dengan serius.
Taehyung berasa hairan kerana nada suaraku sudah berubah berbanding tadi, "Tanyalah". Kata Taehyung pada aku.
"Awak akan pergi ke Jepun ke minggu depan?". Soalku.
"Ya, kenapa? Ada apa-apa masalah ke?". Kata Taehyung.
Aku menundukkan kepala dan menunjukkan senyuman kekok, "Saya risau kalau saya rindukan awak nanti. Tapi, saya.. tak ada telefon untuk melepaskan rindu saya pada awak. Saya akan sentiasa teringat pada awak Taehyung". Kataku dengan segan.
Taehyung senyum, "Hehe~ rindu juga dia ni kat saya ya?". Katanya.
"Mestilah~ awak tak rindukan saya ke nanti? Hm, awak mesti tak rindu pada saya kan? Sebab awak kan sibuk bekerja dan penat. Awak mesti akan terlupa tentang keadaan saya--".
Taehyung meletakkan jarinya pada bibirku dan menghalangku untuk bercakap. Aku terkejut dan memandangnya dengan mata yang berkedip sebanyak beberapa kali.
"Kenapa awak cakap macam tu?". Kata Taehyung dengan serius juga. Jari Taehyung perlahan-lahan ditanggal dari bibirku.
"S-Saya rasa awak akan sibuk sepanjang hari tu nanti sebab tu saya kata macam tu". Kataku dengan sedikit kecewa.
![](https://img.wattpad.com/cover/143599219-288-k330608.jpg)
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfic• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •