40;

2K 160 5
                                    

Pada pagi itu, Taeyoon unnie dan omma datang ke rumah untuk menjenguk keadaan kami berdua. Hari perkahwinan tidak lama lagi. Jadi, masih ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan sebelum menetapkan hari perkahwinan kami. Omma tidak sabar dan tidak mahu menunggu lama.

"Annyeonghaseyo, omma~ Taeyoon unnie~". Aku memberi senyuman manis dan memeluk mereka berdua.

"Kamu berdua apa khabar? Sihat?". Soal omma padaku.

"Kami baik-baik saja dan sihat, omma. Kamu semua macam mana sihat juga?". Soalku pula.

"Syukurlah kami semua baik-baik saja". Kata omma dengan senyuman. "Appa mana?". Soalku. "Dia ada kerja sikit, sebab tu dia tak dapat join kami ke sini". Kata omma. Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham.

Taehyung senyum dan sempat memeluk ibunya, "Bogosipeoyo omma~". Katanya seperti budak.

"Aigoo.. dah besar pun masih nak bermanja". Kata omma kemudian dia ketawa.




Aku senyum, "Baiklah, omma dan unnie duduklah dulu". Kataku dan mengalu-alukan mereka duduk di sofa. Taehyung menemani mereka dan berbual-bual sementara aku pergi ke dapur untuk membuat air minum.

Ketika aku sedang membuat minuman, aku sempat mendengar perbualan mereka.





"Taehyung-ah, kenapa dengan Seolmin tu? Pucat semacam je? Dia nampak macam penat.. dia mengandung ke?". Soal kakaknya.

Taehyung terkejut mendengar soalan kakaknya yang tidak masuk akal.

"Ya~ omma pun sangka dia sedang mengandung sebab, biasanya orang yang tengah mengandung ni dia cepat penat". Kata omma pula.

Taehyung gelak, "Apa yang korang cakap ni? Dia tak mengandung lah. Kami belum kahwin.. em.. t-takkan dia tiba-tiba mengandung pula? Saya belum 'sentuh' dia lagi". Kata Taehyung.

"Oh yakah.. hehe mianhae~". Jawab kakaknya dengan segan.

"Dia ada buat kerja berat-berat ke sejak kebelakangan ni?". Soal omma dengan risau.





Taehyung menggelengkan kepala, "Aniyo? Saya selalu tolong dia angkat barang yang berat jadi, dia tak lah penat sangat. Tapi.. beberapa hari yang lepas.. em.. kami ada masalah sikit". Kata Taehyung.

Aku hanya mampu mengeluh dan sambung membancuh teh suam ini.

"Aish.. kenapa Taehyung bagitau masalah kami kat omma dan Taeyoon unnie? Aku tak nak diorang risaukan aku"





"Masalah apa tu?". Soal omma. Taeyoon unnie juga kelihatan fokus untuk mendengar penjelasan Taehyung.

"Kami sempat melawat ibu saudara dia kat hospital hari tu.. tapi, ibu saudara dia marah dan masih bencikan dia.. saya kasihankan dia omma. Dia tak dapat tidur lena.. lepastu, makan pun tak ada selera. Dia selalu luangkan masa berseorangan dekat balkoni sambil tengok pemandangan. Jadi, saya tak berani nak ganggu dia.. tapi saya dah cuba pujuk dia supaya jangan bersedih lagi". Kata Taehyung.

"Aigoo, kasihan anak-anak omma ni.. omma faham perasaan Seolmin. Kamu kena selalu pujuk dan teman dia, Taehyung-ah.. omma tak nak tengok dia tertekan. Kamu bawalah dia keluar dan bersiar-siar, janganlah selalu terperap kat rumah. Makin tertekan lah dia nanti.." Nasihat omma pada Taehyung.






Taehyung hanya senyum simpati.

"Saya ada ajak dia keluar juga semalam tapi dia tak nak.. katanya, dia malas dan takde mood". Kata Taehyung lagi.

"Alah~ biasalah perempuan memang macam tu senang emosi dan mood selalu bertukar". Kata Taeyoon unnie.

"Oh.. yakah? Susah juga eh jadi perempuan ni hehe~". Taehyung bergurau.













unwanted love • k.th [C]Where stories live. Discover now