Aku dan Taehyung telah tiba di rumah tanpa bercakap dan memandang antara satu sama lain akibat kejadian cium tadi. Aku berasa sangat malu dan ia memberi impak yang mendalam pada aku kerana sebelum ini aku tidak pernah bercinta mahupun bercium dengan lelaki!.
Aku hanya diam. Manakala, Taehyung mengeluh dan memandangku dengan perasaan bersalah ke atas tindakan yang dilakukannya pada aku tadi.
Kami masuk ke dalam rumah ini bersama-sama dan aku segera duduk di sofa.
"Seolmin-ah.. a-aku minta maaf". Kata Taehyung pada aku dan dia duduk di sebelahku.
Aku senyum, "Tak apa saya tak marah awak. Saya cuma rasa kekok sebab.. s-saya pertama kali dicium". Kataku.
"Aku tak tahu kenapa aku bodoh sangat cium kau masa tu!". Kata Taehyung dengan perasaan gementar.
"Tak apa. Kan saya dah cakap saya tak marah awak pun, saya cuma rasa kekok je". Kataku.
"Betulkah?". Soalnya untuk meminta kepastian.
"Ya~". Jawabku dengan senyuman.
"Kau cintakan aku ke?". Soalnya.
Aku berasa agak malu dan segan untuk bercakap mengenai hal itu.
"Ah.. macam mana nak cakap ni?"
"S-Saya harap.. awak tak marah". Kataku.
"Aku takkan marahkan kau. Aku cuma nak kau jujur pada aku". Kata Taehyung.
"S-Sebenarnya.. saya dah mula rasa sayang pada awak sebab awak selalu beri perhatian pada saya dan ambil berat pasal saya. Walaupun, awak juga pernah layan saya agak biadab. Saya tahu yang saya tak sepatutnya suka pada awak t-tapi.. saya tak tahu kenapa boleh jadi macam ni. Saya dah lama tak rasa 'disayangi' macam ni". Kataku.
"Tak salah pun kalau kau dah sayangkan aku. Lagipun, aku pun sedang berjinak-jinak untuk sesuaikan diri dengan kau. Personaliti kita berdua sangat berbeza dan aku nak kenal kau dengan lebih mendalam lagi. Aku pun dah mula sayangkan kau sebab kau lain dengan perempuan lain yang aku pernah jumpa. Aku rasa senang bila keluarga aku dapat terima kau juga". Katanya.
Taehyung memegang tanganku dan kami berdua senyum.
"Aku tak kisah kalau kau kena dicaci oleh orang luar atau dihina ahli keluarga kau yang kejam tu. Aku sedia jadi tembok untuk melindungi kau. Aku sedia tempuhi masa susah dan senang untuk kau Seolmin. Yang penting kau gembira dan bersama dengan aku". Kata Taehyung dengan serius.
"Saya tak sangka pelan kita gagal dan akhirnya, kita berdua akan jatuh cinta tak lama lagi". Kataku dengan senyuman.
"Aku pun tak sangka Seolmin". Kata Taehyung.
"Taehyung-ah~ terima kasih sebab--"
"Shhh! Jangan cakap terima kasih pada aku! Kau dah penat kan? Kau pergi mandi dulu lepastu kita rehat. Hari ni kita buat movie marathon nak tak?". Soalnya.
"Movie marathon? Apa tu?". Soalku dengan hairan.
"Oh.. aku lupa yang kau ni ketinggalan zaman sikit haha. Tak apa, kau tak perlu fikir pasal tu dulu. Kau naik atas cepat dan mandi arasseo? Biar saya yang prepare semua". Katanya.
Aku hanya mampu ketawa.
"Aish.. yelah~ awak pun pergi mandi tau sebab saya tak nak peluk dengan awak kalau awak busuk!". Kataku.
"Siapa nak peluk awak?". Katanya dengan nada perli.
"Tak nak peluk sudah~ saya pun tak nak peluk awak". Kataku.
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fanfikce• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •