Pada keesokannya, Aku dan Minyoung menikmati kopi suam sambil bersembang di atas sofa.
"Terima kasih sebab bagi aku tidur sini satu malam.. tapi kejap lagi aku kena balik sebab aku nak urus banyak hal". Kata Minyoung sambil senyum.
"Sama-sama~ lain kali datang sini lagi lah ya?". Kataku dengan senyuman.
"Kalau ada kesempatan nanti aku datang hehe~". Katanya.
"Em.. omma kau macam mana? Makin sihat?". Soalku.
"Hm.. dia sekarang ada kat hospital sebab sakit tenat~ aku tengah pening macam mana nak sembuhkan penyakit omma tu.. sekarang aku dah berhenti kerja. Aku nak cari duit dari mana sekarang?". Kata Minyoung kecewa.
"Kau kerja kat mana-mana asalkan bukan tempat yang macam kau kerja tu. Kau kena jauhkan diri kau dari benda-benda kotor macam tu.. tak elok. Pasal duit tu kau kena banyak bersabar dulu, aku akan cuba tolong kau juga". Kataku.
"Duit perubatan omma mahal.. macam mana aku nak bayar? Aku tak sanggup tengok dia macam tu lama-lama". Kata Minyoung.
Aku mengeluh dan senyum lemah, "Kau kena banyak bersabar dan berdoa pada Tuhan supaya urusan kau dipermudahkan. Pasal duit tu kau tak perlu risau sebab aku akan tolong kau bayar sikit-sikit". Kataku.
"Tak apalah~ aku tak nak menyusahkan kau lagi. Cukuplah setakat korang tanggung duit jaminan aku. Aku dah banyak menyusahkan Jimin juga.." Katanya sambil menyentuh tanganku.
"Tapi--"
"Tak apa Seolmin.. aku akan cuba bayar perubatan hospital perlahan-lahan. Aku tak nak beratkan beban korang. Cukuplah aku dah menyusahkan banyak orang. Aku dah cukup berdosa Seolmin.. aku nak berubah jadi orang baik". Kata Minyoung.
"Minyoung.. orang yang ikhlas nak bantu kau tu bukan perkara yang dilarang. Kau satu-satunya keluarga aku sekarang, aku perlu bantu kau. Aku sayangkan korang berdua. Aku nak Aunty Jung sihat macam dulu. Niat kau untuk menjadi orang yang baik tu perkara yang sangat elok Minyoung. Aku gembira bila kau cuba untuk berubah. Biarlah aku dan Taehyung tolong kau ya?". Kataku.
Minyoung meletakkan kopinya di atas meja dan memelukku dengan erat.
"Aku rasa beruntung ada kau.. terima kasih banyak-banyak Seolmin-ah.. hanya Tuhan dapat balas kebaikan dan kemurahan hati kau dan suami kau". Kataku.
Aku berasa hairan.
"Sejak bila pula aku kahwin haha.."
Aku melepaskan pelukan sambil senyum.
"Sama-sama.." Kataku.
"Em.. sebenarnya, aku belum kahwin". Kataku dengan gelak.
Minyoung terkejut, "Ha?? Habis tu kenapa korang berdua tinggal bersama?". Kata Minyoung dengan terkejut. "Taehyung yang tolong aku selama ni Minyoung.. aku takkan ada kat sini tanpa dia. Dia banyak tolong aku. Sebelum kami bercinta, aku orang gaji dia". Kataku dengan senyuman.
"Oh? Jinjja? Wah.. hebatnya~ macam dalam drama lah pula". Kata Minyoung dengan gelak.
"Hahaha tak sangka kan? Aku dan Taehyung akan berkahwin 2 bulan lagi". Kataku.
"Tahniah Seolmin~ aku harap hubungan kau dengan bakal suami kau akan berkekalan selamanya. Korang berdua secocok sangat". Kata Minyoung.
"Terima kasih~". Kataku dengan senyuman.
"Good morning!".
Tiba-tiba, aku terdengar suara orang yang sedang jerit. Aku dan Minyoung menolehkan kepala dan rupanya, Jimin.
![](https://img.wattpad.com/cover/143599219-288-k330608.jpg)
YOU ARE READING
unwanted love • k.th [C]
Fiksi Penggemar• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung × readers •