Setelah selesai urusan pendaftaran diri di Universiti, masa sedang mencemburui kisah Alya dan Hariz.
Tangan kiri Hariz semakin erat genggam tangan Alya. Idris yang masih diangkat Hariz memeluk babanya erat tak mahu pergi. Adam hanya berdiri di sisi peluk kaki babanya.
"saya tak nak tinggalkan awak." Hariz buat lip-sync tanpa keluarkan bunyi. Alya melepaskan tangan Hariz dan pegang kedua-dua belah pipi Hariz. "kita boleh survive. Insyallah." balas Alya.
"Baba." Adam tarik baju kemeja Hariz. Hariz pandang ke arah anaknya, Adam. "lama ke baba duk sini."
"tak lama. Nanti baba balik okay." balas Hariz pada Adam. Idris tahu dia bakal tinggalkan babanya jadi dia dari tadi peluk babanya tak nak lepas.
"Abang salam ummi dulu." pinta Alya. Alya mengambil Idris dari Hariz lalu diangkatnya pula. Adam ditarik ke sebelah pehanya sementara Hariz ambil waktu dengan Ummi abah mereka.
Puan Mariam tunggu dalam kereta katanya kaki sakit berdiri lama-lama. Jadi Hariz pergi mendekati pintu kereta. "Ummi terima kasih jagakan anak-anak Riz. Cukup masa Riz balas budi Abah Ummi." cakap Hariz dalam nada yang perlahan. Puan Mariam peluk anak lelakinya erat.
"sampai mana pun Riz. Jadi apa pun Riz. Ummi bangga dengan Riz. Ummi bangga lahirkan anak macam Riz. Kejar impian Riz. Biar ummi jaga adam idris dengan abah." balas Puan Mariam peluk anak lelaki nya erat. Ada lah sedikit airmata itu menitis.
Tiba giliran Encik Abu pula. Encik Abu tersenyum awkward di hadapan Hariz. "abah bangga dengan apa yang Riz ada. Abah umur Riz pun takde apa lagi. Tapi Riz dah ada. Buat yang terbaik." pendek saja kata kata Encik Abu. Hariz memeluk ayahnya erat disaksikan Puan Mariam mengusap belakang badan Hariz. Tak sangka harus tinggal jauh dengan Hariz sekarang ni.
Hadif tak ikut atas alasan ada tuisyen. Jadi mereka dah salam bro di rumah bersama airmata Hadif. Hariz ni keras sikit susah naw nak nangis nya.
Tiba giliran untuk Alya dan anak anaknya. "Idris come." pinta Hariz lalu Idris tolak tangan ibunya untuk turun. Hariz melutut di hadapan Adam dan Idris yang kecil.
"Adam siapa?"
"abang."
"Idris siapa?"
"adik."
"abang kena buat apa?"
"jaga adik dengan ibu." Adam terus memeluk Idris di hadapan babanya. "Okay good." Hariz pun memeluk anak-anak lelaki nya erat. "Baba balik nanti okay."
"Adam Idris. Come here." panggil Puan Mariam lalu Adam dan Idris pergi ke arah nenek dan datuknya.
Mereka berdua berpelukan erat.
"take care, sayang. I love you." ucap Hariz di telinga Alya. Alya tak dapat tahan airmatanya bila harus berpisah dengan suaminya. "jangan lupa call abang bila dah sampai rumah." bisik Hariz lagi. Alya mengangguk.
"tutup mata abang tau kalau ada girl girl cantik." sempat Alya melawak.
"I love you more baby." balas Alya.
***
Tiba saja di rumah, Alya terus mengangkat Idris untuk dibawa ke bilik. Budak tu sudah berdengkur dek menangis meratapi babanya lepastu terus tidur. "Adam ambil pampers adik dalam kereta." pinta Alya memancitkan perjalanan Adam untuk ikutnya naik ke bilik. Adam pun pergi balik ke arah datuknya.
"tuk, ibu nak pampersh."
***
Tiba waktu Alya pula daftar diri nun jauh di sana. Beratus kilometer dengan Hariz dan anak anak.
"Adam promise ibu jaga adik okay. Dengar cakap nenek dengan atuk okay?" Alya tunjuk thumbs up pada Adam. Adam meniru simbol itu kepada Alya. "Okay good." Alya peluk Adam dan Idris erat.
"ibu sayang Adam Idris " Alya cium Adam dan Idris banyak kali.
teresak-esak Alya menangis dikala kereta Encik Abu hilang dari pandangannya. Dia bukan apa tapi dia akan rindukan anaknya.
Balik saja ke dorm terus dapat call dari Hariz Hubbsbaby😘
Alya terus angkat call. Penuh wajah Hariz di skrin sebaik mereka video call. "abang dah habis orientasi ke?" tegur Alya sambil sedut hingus.
"haah baru habis. Ummi dah balik ke?" Alya menggangguk. Hariz tersenyum kelat baru nak jumpa anak-anaknya tapi tak mengapa lah lain kali boleh video call Puan Mariam kan.
"Abang, Ya rindu anak anak ." menitis terus airmata Alya mengadu pada Hariz. "Hey hey jangan lah macam ni." Hariz memujuk.
"Sayang. Pandang saya." pinta Hariz. Alya tak layan dia masih dengan memek muka manja sedang menangis. "Nur Fara Alya Binti Ahmad." Alya memandang Hariz di skrin telefon.
"Awak sendiri cakap dekat saya kita kena kuat lawan ni. Sekarang awak pulak yang nangis. Saya dahlah takde dekat sana." seloroh Hariz pantas Alya mengelap airmatanya.
"abang ni. Tipulah abang tak sedih kan masa Alya Adam dengan Idris haritu balik." Alya persoalkan kisah Hariz haritu.
"Iiitu ittu lain..itu lain lah." Hariz mula tergagap terang-terang haritu dia mengadu manja teruk.
Throwback...
Alya kembali call Hariz selepas berjaya tidurkan Adam dan Hariz. Muka Hariz memenuhi skrin laptop. Alya juga tapi jauh sikit.
"sayang, adam idris mana?" soal Hariz lihat sekeliling Alya takde Adam dan Idris yang sering menyempit setiap kali mereka skype.
"dah tidur. Idris on the way balik sini terus melayang, adam dapat tonik terus melayang." jawab Alya. Hariz diam akur nak jumpa tiga-tiga makhluk mendiami hatinya. Takpelah jumpa yang paling ibu pun okay juga.
"Sayang." Hariz menjuihkan bibirnya. Mula dah tu nak start. "kenapa?"
"Abang rindu Ya."
"Yaa pun rindu abang. Kenapa kena jauh jauh belajar. Belajar dekat Selangor banyak kan." Alya pula merengek menjuihkan bibirnya.
"Nak peluk. Tapi Ya jauh. Abang nak nangis lah gini. Takde siapa nak peluk abang." Hariz semakin manja. Alya bangun dan mendekati skrin tunjuk nak peluk. Hariz tadahkan badan konon nak peluk tapi tak dapat.
"ishh memang semua nak cabar emosi abang ni kenapa? Ya masuk sini boleh tak?" Geram Hariz macam meroyan disuruhnya Alya masuk tempat belajarnya. Hariz meroyan lawak tergelak Alya dibuatnya.
"eyyy gatal sangat ni kenapa?"
End throwback
"Ya i love you. Jaga diri dekat tempat orang. Abang jauh ni. Jangan nakal nanti abang babab." manja nyaa Hariz. Sis jatuh cinta.

YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
De TodoSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...