CHAPTER 1

13.5K 327 0
                                    

EZEKIEL,MY FIRST TIME MET YOU.

"Kemasukan pelajar baharu ke universiti.Kemasukan adalah percuma.Anda dikehendaki menjalani ujian khas sebelum memasuki universiti."

Amore membaca bait bait setiap perkataan yang terpapar di dalam skrin laptop milik Abangnya.

"Kalau kau berjaya lepasi ujian khas,kau dapat masuk Private Area."

Amore mengangkat kening.Private area?Macam menarik saja.

"Private area?"Amore mengulanginya.Jude mengangguk.

"Sekarang ni,diorang tengah mencari seorang pelajar yang layak tinggal dengan Ezekiel.Motifnya lebih senang nak berbincang pasal pelajaran.Ezekiel pelajar yang digilai ramai tau kat universiti.Lagipun,dia ni pelajar Top 3."Terang Jude.Amore mengangguk faham.

"Dah ready?Jom kita pergi daftar."Kata Jude.

"Okey,jom."

Majlis pendaftaran itu tadi berjalan dengan lancar.Sekarang ini,ujian khas sedang berlansung.

Ujian dia senang saja.Kebanyakannya soalan dalam bahasa asing.Bagi yang tidak fasih berbahasa asing itu mungkin sukar bagi mereka hendak menjawab soalan.

Kelihatan seorang lelaki berkulit sawo matang,berbadan tegap dan mempunyai sepasang mata berwarna biru cair berdiri tidak jauh dari mereka.

"Dia target kita.Ingat,Amore.Hati hati.He's our enemy."Kata Jude.Amore tersenyum kecil.

Benar kata Jude.Dengan mempunyai rupa paras seperti target mereka,pasti lelaki itu menjadi kegilaan gadis gadis.Patutlah ramai yang daftar nak jadi rakan serumah Ezekiel di Private Area.

--------

Keputusan untuk menjadi rakan serumah dengan Ezekiel sudah ditampalkan di papan notis.Nama yang terpapar di situ adalah nama Amore.Amore hanya beriak biasa.

Kelihatan ramai gadis gadis berada di papan notis berderkatan merungut.Ada juga yang mengutuk Amore.Amore hanya mengabaikannya saja.Jude sudah balik sebentar tadi.Katanya,ada hal.

"Miss Amore?"

Amore menoleh.Dia membalas senyuman si pemanggilnya walaupun mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

"Mari ikut saya.Saya tunjukkan rumah awak di Private Area."

Amore hanya mengangguk.Tidak banyak cakap.

Mereka sampai di Private Area dengan menaiki kereta.Ada beberapa rumah mewah di Private Area ini.Malah,ada pengawal bertugas di pintu masuk sebelum mereka memasuki kawasan itu.Jadi,kawalan keselamatan di sini sangat ketat.

Amore mengikut lelaki dalam lingkungan 40-an tadi masuk ke dalam salah satu rumah di Private Area.Kata laluan dimasukkan sebelum masuk.

Rumah ini sangat mewah.Perabot di dalam rumah pun bukan perabot biasa.Kebanyakannya diimport dari luar negara.

"She is so cute."Soal satu suara yang datang dari ruang tamu.Amore menoleh.Kelihatan dua orang lelaki berada di situ.Termasuklah Ezekiel.Amore hanya membalas dengan senyuman.

"So,this is Amore Nerine.Rakan serumah Ezekiel.Please,treat her well ya Ez?"

Ezekiel mengangguk.Sedikit pun tiada senyuman pada wajahnya.

"Kamu nak masuk hari ni ataupun masuk esok?"Soal lelaki tua itu.

"Maybe esok."Jawab Amore ringkas.Dia mengangguk.

"Tiada paksaan untuk tinggal dalam rumah ni.Tapi,at least balik sini seminggu sekali."Sambungnya lagi.Amore mengangguk.

COVER BY:

ummulemonade

THANK YOU VERY MUCH❤

EZEKIEL NERINEWhere stories live. Discover now