ACCIDENT
Amore menunggang bigbike miliknya.Di hadapan sana ada lampu isyarat.Bigbikenya dihentikan di hadapan sekali.Flightnya pada pukul 5 petang.Dia masih ada masa nak pergi universiti dan berjumpa dengan Ezekiel.
Ezekiel baru menyedari yang Amore berada di sebelah keretanya.Cermin kereta diturunkan.
"Hey,Nerine.Kau nak pergi mana?"
Amore menoleh.Serta merta bibirnya mengukir senyuman.
"Aku ingat nak jumpa kau kat universiti.Last last jumpa kau kat sini.Hm...apa kata kita pergi makan?"Cadang Amore.Ezekiel mengangguk.
"Boleh juga.Dekat mana?"
"Follow me."Balas Amore.Serentak itu lampu isyarat bertukar kepada warna hijau.Amore terus memecut bigbikenya.
BUM!
Ezekiel terkejut tatkala melihat satu insiden yang berlaku di hadapannya.Dia lantas keluar dari kereta.Tubuh Amore dilumuri darah akibat dilanggar oleh satu kereta yang tidak dikenali.
Ezekiel menepuk pipi Amore.Tetapi,Amore tidak memberi tindak balas.Mata Amore sudah terpejam rapat dengan kepalanya yang dipenuhi darah.
Amore selamat menjalani pembedahan.Ezekiel rasa bersyukur sangat sangat sebab Amore selamat.Tapi,orang yang melanggar Amore tadi sudah melarikan diri.Ini adalah kes langgar lari.
Dia takkan melaporkan kepada pihak polis.Dia akan uruskan hal ini dengan caranya sendiri.
Wajahnya merah akibat dia menangis.Air matanya yang masih bersisa dilap perlahan.Jari jemari Amore kemas di dalam genggamannya.Dia bertekad akan mencari siapa yang membuat Amore begitu.
"Kau dah selesaikan kerja kau?"Soal Jude kepada William.
"Sudah.Aku rasa dia dah mati."Jawab William.Tangannya digenggam erat.Rasa bersalah mula menebal dalam dirinya.
"Bagus.Dia memang patut mati sebab identiti dia dah terdedah.Kau boleh pergi."
William keluar dari bilik.Wajahnya diraup kasar.Kesal.
YOU ARE READING
EZEKIEL NERINE
Romance(Another Mafia's Novel by Lovely Sherry) "I would rather break my own heart than yours." Dia seorang gadis yang berdarah campuran dari keluarga Perez dan Fe Luenne.Dia tidak suka darah Fe Luenne yang mengalir di dalam dirinya.Dia benci bapa kandungn...