CHAPTER 15

4.8K 165 1
                                    

I AM HERE,NERINE.

Amore merangkul lengan Ezekiel.Gadis itu mencari kelibat Rose.Wajah Ezekiel pula masam pagi pagi ini.

"There she is!"Kata Amore ceria.Rose sedang bersarapan di Coffee Center.Ezekiel menghentikan langkahnya.

"Kau serius ke Nerine?Kau takkan cemburu kalau aku bercakap dengan dia nanti?"

Amore menggelengkan kepalanya.Rambut Ezekiel dibetulkan sedikit.

"Betul ni?"Soal Ezekiel lagi.Meminta kepastian.

"Ya,sayangku Ezekiel.Aku takkan cemburu.Dah,pergi sana.Talk to her.Ingat,jangan kasar dengan dia okey?"

Ezekiel mengangguk.Amore mengenyitkan matanya pada Ezekiel.Ezekiel melangkah dengan teragak agak.Namun,dia tetap juga melangkah merapati Rose.Amore hanya melihat dari jauh.

"Ez?"

Rose terkejut saat melihat Ezekiel duduk di hadapannya.

"Aku nak bincang pasal hubungan kita."Kata Ezekiel mahu tak mahu.Wajahnya beku langsung tiada riak.

"Saya nak mintak maaf sebab tinggalkan awak dulu.Saya just nak kita kembali macam dulu.Kita boleh jadi kawan kan?"

"Senang je kau cakap kan?Lepas kau tidur dengan si Mike tu,kau nak aku terima kau sebagai kawan?What a bullshit,Rose.Aku dah tak ada apa apa kaitan dengan kau.Aku harap kau berhenti ganggu aku."

Ezekiel terus pergi dari situ.Rose mengeluh.Betul kata Mike,Ezekiel tidak mungkin mahukan dirinya lagi.

------

"So,how?Dia ada mintak getback ke?"Soal Amore teruja.Ezekiel menjilat sedikit ais krim coklat di tangannya.

Ezekiel mengangguk.

"Tapi,aku tolak."

Senyuman Amore mati.

"Kenapa pulak?"

"Nerine,kau tak boleh paksa aku untuk terima dia semula."Balas Ezekiel.Amore mengeluh berat.

"Aku tak nak kisah kau dan Rose jadi macam kisah aku dengan William."

Ezekiel menoleh kearah Amore.Wajah gadis itu sudah berubah.Pasti William itu adalah lelaki yang dilihatnya tempoh hari di pantai.

"Dulu,aku pun macam kau dengan Rose.Bezanya,dia tunang aku.Lepas dua tahun bertunang,dia accident.Dia hilang ingatan sampai sekarang.Sampai sekarang dia tak ingat aku.Adik perempuan aku,nama dia Anna.Dia rawat William.Anna selalu tenangkan dia kalau dia emosi William bercelaru.Aku?Aku langsung tak dibenarkan berjumpa dengan Liam.Semakin hari,William dah makin pulih.Dia dikeluarkan dari hospital lepas tiga minggu.Dua tahun lepas tu,diorang berkahwin tanpa pengetahuan aku."

Amore mengesat air matanya.Ezekiel merangkul bahu gadis itu.Kasihan Amore.Kalau dia jadi,William dia takkan membuat begitu pada Amore.

"Sampai sekarang aku macam ni.Mama dengan Papa dah lama meninggal dunia.Abang aku pula bukannya kisahkan aku.Aku tak tahu kenapa aku dipinggirkan dari keluarga."

Ezekiel mengucup ubun ubun Amore.

"Tak apa Nerine.Aku ada."

Sadis.

Kasihan Amore.Dia sepatutnya tidak diperlakukan sebegini.

EZEKIEL NERINEWhere stories live. Discover now