Sekarang ini hujung minggu.Amore rasa lebih baik dia tidak pulang ke rumah sekarang.Aiden memberitahu kepadanya yang dia demam tadi.
"Kau nak pergi mana?Balik rumah?"Tanya Ezekiel.Amore menggeleng.
"Aku nak pergi lawat Aiden kejap.Dia tak sihat."
Ezekiel seperti biasa duduk di atas meja sambil belajar.Dia hanya memerhati gerak geri Amore sehingga gadis itu keluar dari rumah.
Mana Natalie?Bukankah mereka berdua serumah?Bukan ke sepatutnya Natalie yang jaga dia?
Ezekiel mengangkat bahu.Malas nak memikirkan tentang hal itu.
Amore menekan loceng rumah.Kelihatan wajah seorang gadis disebalik pintu.Dia terkejut.Bukankah ini tunang Aiden?
"Cari Aiden ke?Dia ada kat atas."Balasnya sambil memberikan ruang untuk Amore masuk.
Amore sempat menjeling kearah ruang tamu sebelum menuju ke tingkat atas.Seperti yang dilihat semalam,itu adalah teman lelaki tunang Aiden.
Amore membuka pintu bilik Aiden.Kelihatan Aiden sedang baring di atas katilnya.
"Amore."Panggil Aiden.Suaranya serak.Wajahnya pucat.
Amore melekapkan belakang telapak tangannya pada dahi Aiden.Panas.
"I tak sangka pula housemate you tunang you sendiri."Kata Amore.Aiden hanya mengiyakan.
"I malas nak ganggu dia sebenarnya.Sebab tu I suruh you datang sini.You ada bawa buburkan?"
"Ada."Balas Amore sambil memberikan semangkuk bubur yang dibuat olehnya di rumah tadi.
Amore duduk bersembang dengan Aiden sekejap sebelum meminta diri untuk pulang.
Masuk saja ke dalam rumah,Amore melihat Ezekiel yang nyenyak tidur di atas sofa.Amore tersenyum kecil.Ezekiel nampak lebih kacak bila tidur macam ni.
Entah mengapa tangannya gatal hendak menyentuh wajah itu.
TAP!
Ezekiel menangkap tangan Amore.Amore terkejut.
"Dah puas belek muka aku?"
Amore menarik tangannya.Cis,dia tak tahu pula yang Ezekiel berpura pura tidur.Tak guna.Jadi scene klise pula.Macam novel novel romantis di luar sana.Pasti ayat yang dikatakan oleh Ezekiel tadi menjadi coretan penulis.
Amore berdiri.Dia mahu pergi dari situ.Malu sebenarnya.
Ezekiel pantas menarik lengan Amore lalu menyebabkan gadis itu duduk di ribanya.
"E-Ez,let me go!"
Ezekiel enggan melepaskan Amore.
"Kalau kau nak aku lepaskan kau,teman aku tidur.Aku tak puas tidur semalam."
Amore mengeluh berat.
"Fine."
-----
Amore mengerling jam dinding sekilas.Sudah masuk pukul 3 petang.Patutlah dia rasa lapar semacam.
Dia meleraikan lengan sasa milik Ezekuel yang memeluknya itu.Kemudian,dia mengambil telefon bimbitnya lalu duduk di birai katil.
Tiada mesej mahupun panggilan.Aplikasi Instagram dibuka.Adik perempuannya,Anna memuat naik gambar di Instagram bersama sama dengan suaminya,William di hospital.Mata Amore jatuh pada baby yang didukungi oleh Anna.Setitis air matanya jatuh pada skrin telefon.
"Te echo mucho de menos mi amor."Kata Amore perlahan.
Suatu ketika dahulu,William adalah teman lelakinya.Hanya disebabkan lelaki itu hilang ingatan,lelaki itu terus lupa perasannya terhadap Amore.Lelaki itu memilih untuk bersama dengan Anna.
Ezekiel menilik telefon Amore.Kenapa perempuan tu menangis saat melihat gambar di skrin telefonnya itu?Dan,kenapa Amore cakap yang dia rindukan seseorang?
"Nerine."
Suara garau milik Ezekiel menyentakkannya.Air matanya dikesat.
"A-Aku nak makan kat bawah."
Amore terus keluar dari bilik.Ezekiel mengerutkan dahinya.Ini kali pertama dia asyik memikirkan tentang seorang gadis.
------
From:BrotherJude🤪
Balik villa esok.Ada majlis kesyukuran kelahiran anak Anna dengan William,okey?
Amore mengeluh tatkala membaca mesej itu.Hatinya hancur.Dia bukan nak kata apalah.Sebagai adik beradik,dia merasa kecil hati dengan Jude dan Anna.
Mereka berdua tidak bertimbang rasa.Dia rasa seperti disisihkan.Bila dia disuruh menjalankan misi di sini,dia berasa sedikit tenang apabila duduk di Private Area.Tidak perlulah dia menghadap wajah mereka setiap hari lagi.Dia rindu mendiang Papa dan Mamanya.
Telefonnya diletakkan kembali di atas meja.
"Esok aku nak balik rumah kejap."Kata Amore.Ezekiel melihat kearah Amore yang sedang menguis makanannya itu.
Hilang selera Amore apabila mengetahui berita yang Anna sudah bersalin semalam.
"Kau pergi pagi ke?"
Amore membalas dengan anggukan.
"Kalau boleh,balik awal eh?Aku nak kau teman aku balik rumah kejap.Nak ambil barang."
Amore mengangkat kepalanya.Teman balik rumah?Dalam diam,dia mengukir senyuman sinis.
Selepas ini,dia akan mengenali ahli keluarga Ezekiel.Lebih senanglah dia nak target keluarga Ezekiel.
Nak jadi Mafia ni bukan senang.Kena jaga identiti setiap masa.
YOU ARE READING
EZEKIEL NERINE
Romance(Another Mafia's Novel by Lovely Sherry) "I would rather break my own heart than yours." Dia seorang gadis yang berdarah campuran dari keluarga Perez dan Fe Luenne.Dia tidak suka darah Fe Luenne yang mengalir di dalam dirinya.Dia benci bapa kandungn...