CHAPTER 37

3.9K 124 2
                                    

DISAPPOINTED.

"Nerine,bangunlah.Aku ada bawa makanan untuk kau ni.Dah petang dah ni.Tapi,kau masih tak makan lagi."

Ezekiel menggoyangkan tangan Amore sedikit.Amore menepis dengan kuat.Sehinggakan makanan yang dibawa oleh Ezekiel itu tumpah di atas lantai.

"Apa masalah kau ni Nerine?Aku suruh kau makan.Susah sangat ke?"Soal Ezekiel.Perasannya cuba dikawal supaya dia tidak meninggikan suara kepada Amore.

"Tak nak aku.Entah entah kau letak racun dalam tu.Well,Albert kan tengah cari aku sekarang ni."

"Buat apa aku nak letak racun dalam makanan tu?!Aku tak macam kau!Aku masih hargai kau walaupun kau buang aku macam sampah.Kau nak sangat aku jauhkan diri daripada kau kan?Okey!Aku akan jauhkan diri daripada kau.From now on,kita putus."

Ezekiel keluar dengan rasa yang amat marah.Pintu bilik dihempasnya kuat sehinggakan Amore mengjengketkan bahunya.

Emosinya menjadi tidak stabil apabila dia terlihat alat uji kehamilan di tandas di tingkat bawah tadi.Alat itu menunjukkan keputusan positif.

Amore sudah mengandung.Jadi betullah apa yang dikatakan oleh Aiden.Dia sudah berkahwin.Hancur punah harapannya untuk memiliki gadis itu.




Sejak malam semalam Ezekiel langsung tidak boleh tidur.Dia masih terfikirkan tentang Amore.Dia macam tak percaya saja yang Amore sudah mengandung.Keluhan berat dilepaskan.

"I beg you to stay.You beg me to leave."Gumamnya perlahan.Coffee di hadapannya dipandang kosong.

Dia berada di padang universiti sekarang ini.Ramai pelajar sedang bersukan.Ada yang bermain bola keranjang,ada yang bermain badminton dan sebagainya.

Dari jauh dia melihat Amore sedang berjalan sambil bermain dengan telefon bimbitnya.Sebiji bola ditendang kearah Amore.

Sebelum sempat bola itu kena pada Amore,Ezekiel menghalang menggunakan badannya.Amore terkejut dengan apa yang berlaku.

"Lain kali hati hati.Jangan cuai sangat.Bahaya kalau kena kandungan kau."Pesan Ezekiel sebelum melangkah pergi.Amore bingung.Apa yang Ezekiel maksudkan?Kandungan?

Dia nak memanggil lelaki itu.Tetapi,tak apalah.Lupakan saja.Lagipun,mereka sudah putus.

------

Malam Graduasi Pelajar

Akan diadakan pada malam esok.Dan pemilihan pasangan akan dipilih oleh Ketua pelajar atas permintaan Profesor Hill.Cara pemilihan pasangan akan dibuat seperti mencabut cabutan bertuah.

Sila datang ke dewan sekarang juga.That's all ya,thank you.

Tanpa membuang masa,Amore terus menuju ke dewan.Sudah ramai pelajar yang ada di situ.

"Okey,kita mulakan dengan cabutan nama.Selepas nama korang disebut,sila bersama dengan pasangan masing masing.Kita nak buat raptai hari ni.Esok dah tak payah sebuk lagi pasal ni.Ada banyak lagi benda yang aku nak uruskan."Kata Rez,ketua pelajar.

Masing masing mula teruja.Mereka ingin tahu siapa pasangan mereka.Rez mula mengambil nama yang terletak di dalam kotak.

"Lily and Brandon."

"Lucy and Earl."

"Evelynn and Dylan."

"Aiden and Natalie."

"Mike and Rose."

"Amore and Ezekiel."

Amore bungkam.Dari jauh dia memandang kearah Ezekiel.Tidak seperti selalu.Ezekiel selalu merenungnya.Kali ini,lelaki itu sudah berubah.Dia seperti mahu tak mahu saja melayannya.

Ezekiel mengorak langkah menuju kearah Rez lalu berbisik kepada lelaki itu.Setelah itu,dia keluar dari dewan.

Amore mengerutkan dahinya.Dia ingin tahu apa yang dibisik oleh Ezekiel kepada Rez.

Rez menyambung memanggil nama.Kemudian,dia mengarahkan pelajar untuk berlatih menari bersama pasangan kecuali Amore.

"Amore,you boleh bawa suami you untuk datang ke malam graduasi esok.Ez cakap dia ada hal malam esok.So,dia tak boleh datang."

Amore mengukir senyuman palsu buat Rez.

"Kalau tak ada apa apa lagi I nak pergi sana dulu.Nak buat raptai sekali lagi."

Amore hanya menganggukkan kepalanya.Dia melangkah keluar dari dewan dengan rasa hampa.

Bukankah ini yang dia mahukan?Kenapa dia rasa down pula ni.


"Kenapa ni?Termenung je."Tegur Aiden.Amore tersenyum nipis.Dia menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa apalah Den."

"Fikir pasal Ezekiel ke?"

Amore tersentak.

"I tak tahu apa sebab korang putus.Ezekiel tu baik orangnya Amore.Mungkin you nampak dia happy.Macam tak ada apa apa.Tapi,tak.Dia sebenarnya sedih juga Amore.Semalam I nampak dia minum sorang sorang dekat kelab malam sampai mabuk.So,I bawa dia balik.Dia asyik sebut nama you."

Amore terdiam.Sampai begitu sekali?

"Natalie macam mana?"

Amore terus menukar topik.Dia tak mahu bercakap tentang hal ini.

"Dia okey je dengan suami dia.Dia asyik nak muntah je bila dah mengandung ni.Kesian I tengok."Balas Aiden.Amore tersenyum.Biasalah tu.Orang mengandung.

Pregnancy test yang telah digunakan oleh Natalie pula masih ada di tandas tingkat bawah.Katanya,jangan dibuang.Letak saja di situ.Nanti dia ambil.

Sayang sangat dia dengan Natalie tu.

EZEKIEL NERINEWhere stories live. Discover now