CHAPTER 43

4K 131 2
                                    

I LOVE YOU,AMORE.

-JUDE.

"Hi brother!"Sapa Amore ceria.Bibirnya tersenyum manis.Sekarang ini mereka ada di depan syarikat Perez.Jude menjeling Ezekiel yang ada di sebelah Amore itu.Dia benci lelaki itu.

"Kau buat apa kat sini?"Soalnya.Nadanya seperti nak tak nak saja.

"Nak jumpa abanglah."Balas Amore ceria.

"Kalau nak jumpa aku,ikut aku.Tak payah bawak lelaki ni."Kata Jude.Dia mula berjalan meninggalkan Amore.

"Baby,kau baliklah dulu.Nanti aku call kau okey?"Amore mengucup pipi Ezekiel sebelum melangkah pergi.Ezekiel memutarkan bola matanya.Kenapa semua ahli Perez menjengkelkan?Mula mula Hector.Selepas itu abang tiri Amore.




"Amore tengok Jude makin kurus.Kenapa?Abang tak jaga pemakanan ke?"Tanya Amore.Biarpun dia sudah diusir dari Perez,dia masih memikirkan tentang abangnya.Walaupun lelaki itu sering memarahinya,dia tahu lelaki itu marah kerana sayang padanya.

"So?"

"Mesti risau pasal Amore kan?"Teka Amore.Jude seperti tidak senang dengan soalan itu.

"Tak ada masa aku nak risau pasal kau.Kau pula?Walaupun dah diusir dari Perez kau masih nak khianati kami."Ujar Jude.Amore mencebik.Dia menompang dagu di atas meja Jude.Dia tahu yang Jude maksudkan.Dia bercinta dengan musuh sendiri dan dianggap mengkhianati.

"I love him,brother."

"Aku tak percaya yang lelaki tu boleh jaga kau."

Amore tersengih.Tak risau konon.

"Eleh,risaukan kita la tu.Jujur jelah Jude."

Jude menjeling gadis itu.Amore meraih tangan lelaki itu.Jude tidak menghalang sebaliknya dia hanya membiarkan.

"He's a good guy,Brother.Walaupun dia dari Fe Luenne,dia tak kisah pasal permusuhan ni.Trust me.Nanti kalau ada masa Jude boleh jumpa dia."

Jude mengeluh.Hancur harapannya untuk memiliki gadis itu.

"Apa kurangnya aku Amore?Dia kaya.Aku pun kaya.Aku pun boleh je bagi apa yang kau nak."

Amore mengerutkan dahi dia tak faham.

"Aku suka kau Amore."Luah Jude.Kali ini dia pula yang meraih tangan gadis itu.Sudah lama dia memendam perasaan pada gadis itu.

"Hee...Tak sangka Jude boleh jatuh cinta dengan Amore kan?Amore sangka Jude gay sebab tak ada girlfriend."Sempat Amore bergurau dengan Jude.Teringat pula dengan Evan.

"I am serious,kid.Jangan ketawa.Bukan senang nak luahkan perasaan,bongok."

Amore memuncungkan bibirnya.

"Aku tahu kau takkan dapat terima aku.Tapi aku akan cuba jadi abang yang terbaik buat kau.Faham tak?"

Amore mengangguk.Tersenyum Jude melihat telatah gadis itu.Comel.

"Tak sangka Jude cakap ayat ni kat Amore kan?"

Jude turut menompang dagu di atas meja.Dia hanya membiarkan gadis itu ketawa.Rasa geram pun ada.Orang serius dia main main.

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.Agak lama juga dia meluangkan masa dengan Jude.

Dia meminta diri selepas itu.Jude yang menghantarnya ke rumah.Sekarang ini mereka ada di hadapan rumah di Private Area.

"Kalau ada masa datanglah kat office.Spend time dengan aku.I am lonely."Luah Jude.Amore mengangguk.

"Itulah.Orang suruh cari girlfriend tak nak.Kan dah sunyi.Tak apa kalau Jude ada masa datanglah universiti Amore.Kat sana banyak perempuan cantik cantik tau.Mana tahu ada yang berkenan ke.Lagipun,your face is quite handsome,dear.Tak mungkin tak ada yang suka kat Jude."Balas Amore.Jude hanya mendiamkan diri.Dia berfikir sebentar.

EZEKIEL NERINEWhere stories live. Discover now