CHAPTER 32

4.2K 139 1
                                        

EZEKIEL MASIH MARAH.

Ezekiel menghampiri Amore tanpa sebarang kata.Ikatan pada tangan gadis itu dibuka.Ada kesan kemerah merahan pada tangan gadis itu.Ubat diambil lalu disapukan pada pergelangan tangan Amore.

"Your lolipops are over there.Ganti gula yang aku makan semalam."Kata Ezekiel.Amore mengerling kearah seplastik lolipop yang diletakkan di atas meja itu.

"Kau tak risau pasal aku ke,Ez?"

Diam.Ezekiel terus menyapu ubat pada lengan Amore.

"Sayang,hm.Janganlah macam ni.Semalam aku tersempak dengan Aiden.Dia pengsan.So,aku bawalah dia pergi hospital."

Masih tiada reaksi daripada Ezekiel.

"Sayang-"

"Jangan cakap apa apa lagi.Aku malas nak dengar."

"Tapi-"

"I said stop speaking!"Tengking Ezekiel.Amore terkedu.Lelaki itu berdiri sambil berpeluk tubuh.

"Kau tahu tak aku cari kau macam orang gila semalam?!And kau,senang senang je tinggalkan aku!I thought...I thought you were arrested by the Perez."

Amore terdiam.Nampaknya,Ezekiel betul betul marah.Ezekiel melangkah kearah pintu besi.Namun,lelaki itu tidak dapat melangkah keluar kerana Amore sudah memeluk badannya dari belakang.

"Aku minta maaf."

Amore memusingkan badan Ezekiel.Jelas kelihatan wajah lelaki itu merah.Dan matanya sedikit berair.

"Aku tak sengaja nak tinggalkan kau.Aku tersempak dengan Aiden.Lepastu dia pengsan.Kau mesti tahu yang Aiden sakit kan?"

Ezekiel mengerutkan dahinya.Sakit?Dia tak tahu pun pasal ni.

"Sakit apa?"Soalnya.

"Aiden kanser hati.Stage 2. "

Ezekiel melangkah keluar.Tetapi,segera ditarik Amore kembali.

"Nak pergi mana?"

"Jumpa Aiden."Balasnya.Amore menggelengkan kepalanya.Lepas apa yang dah jadi pada Aiden tadi,pasti lelaki itu perlukan masa untuk menenangkan diri.

"Lain kali jelah,Ez.Aku pasti dia perlukan rehat lepas apa yang dah berlaku tadi."

Sekali lagi,Ezekiel bingung.Amore membawa lelaki itu duduk di tepi katil.

"Masa Aiden dah sedar tadi,dia suruh aku teman dia pergi majlis sambutan birthday Natalie.Dia tak nak drive sebab takut dia pengsan lagi.So,dia suruh aku dengan Mike teman.And then,masa nak bagi hadiah dekat Nat...."

Amore mengeluh berat apabila teringat kejadian tadi.

"Natalie baling hadiah tu dekat dia.Kesian Aiden,Ez.Dia yang beria ria nak bagi hadiah dekat Nat.Last last,kitorang balik macam tu je.Hadiah tu pula,Aiden bagi kat aku sebab tak ada sesiapa nak pakai dress tu."

Belum sempat Ezekiel ingin membalas,bunyi pintu besi dibuka membuatkannya terhenti.

"Ezekiel?"

Amore menoleh kearah lain.Malas mahu melihat wajah Albert.Ezekiel seakan akan faham dengan kehadiran Albert disitu.Dia terus keluar.

"Aku tahu kau suka dengan anak aku."

Amore memutarkan bola matanya.Sepatutnya,dari awal lagi dia sudah syak benda ni.

"Aku nak kau tahu yang Fe Luenne dengan Perez takkan boleh bersama."Katanya perlahan.

"Nampaknya,kau belum move on lagi."Balas Amore sambil menahan tawanya.Sebab itulah Perez dengan Fe Luenne masih bermusuh.

"Sudah sudahlah tu,Albert.Aku takkan bagitahu apa apa tentang Perez."

"Oh ya?Aku rasa kau akan bagitahu aku pasal Perez lepas kau tengok ahli keluarga kau ada kat sini."Balasnya.Sambil tersenyum sinis.

"Apa maksud kau?Jangan nak menipu Albert!Ahli Perez takkan boleh tertangkap macam tu je!"

Senyuman sinis Albert semakin melebar.

"Bawa dia masuk ke dalam."Dia memberi arahan.Pintu besi itu dibuka.Seorang lelaki diheret masuk ke dalam.Wajahnya lebam lebam dan bajunya dipenuhi dengan darah.Dia mengamati wajah lelaki itu.Wait.What?Jude!

Badan Jude dihempas ke lantai.Amore lantas mendapatkan abangnya.

"Aku bagi kau masa untuk bagitahu aku pasal Hazel dan rahsia Perez.Kalau kau masih degil tak nak bagitahu,aku akan..."Albert membuat isyarat kepada Amore.Ibu jarinya diletakkan di leher lalu digarisnya.

Itu isyarat untuk membunuh mereka berdua.Amore melihat kelibat Albert dan orang orangnya keluar dari bilik bawah tanah itu.Dia memapah badan Jude lalu dibaringkan di atas katil.

Dia mengambil kotak first aid yang diberikan oleh Ezekiel beberapa hari lalu yang di sorokkan di dalam bilik mandi.Takut orang orang Albert ambil.

Kain dibasah lalu mengelap darah dan luka di badan Jude.Walaupun Jude selalu memarahinya,dia sayang abangnya.Dia bukannya seperti Albert.

"A-Amore."

Amore memandang wajah Jude.

"Kenapa?Sakit ke?Tahan sikit eh?"

Amore terus membalut luka dengan kain kasa.Luka luka yang kecil pula ditampal dengan plaster.Setelah selesai,dia mendapati bahawa Jude tertidur.Keluhan berat dilepaskan.Jam tangan ditilik sekilas.Sudah pukul 7 petang.Dia masih tertanya tanya.Macam mana Jude boleh ditangkap?Pelik.Tak apalah.Dia akan tanya selepas Jude bangun nanti.

Dia menapak kearah meja kecil yang terletak di hujung bilik.Plastik gula gula itu dibukanya perlahan.Banyak betul gula gula yang dibeli oleh Ezekiel.Terdapat juga nota kecil yang berada di dalam plastik.Dia membacanya perlahan.

Masuk bilik aku malam ni.Jangan bagi byk alasan.Aku masih marahkan kau.You need to pay for it.Perez mesti tahu cara nak buka pintu besi tu kan?Kau lambat,siap kau.

Amore mencebik.Eleh,masih marah rupanya.

EZEKIEL NERINETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang