CHAPTER 45

3.9K 120 1
                                    

Amore mengusutkan rambutnya.Luka pada tangannya dibasuh.Tak guna.Luka ini pasti angkaranya sendiri sewaktu dia berubah personaliti tadi.Sewaktu personalitinya bertukar,dia hanya merasakan kenikmatan ketika mencederakan diri sendiri.Bukannya kesakitan yang dia rasakan.

Kedengaran pintu besi diketuk.Dia menoleh.Langkahnya perlahan lahan menuju ke pintu.Perlahan lahan pintu dibuka.

"Yes brother?"

"Ezekiel nak jumpa kau."

Amore tersentak.Matanya bertemu dengan mata biru cair milik Ezekiel.Jude meninggalkan mereka berdua.

"Nerine."

Amore mengundur ke belakang.Dia tak nak sakitkan lelaki itu.

"Jangan dekat dengan aku."

Ezekiel hanya buat tidak kisah.Dia terus memeluk tubuh Amore.Rasa rindu yang terpendam beberapa hari ini.

"Aku dah tahu apa yang dah terjadi kat kau."

Amore menolak badan Ezekiel dengan kasar.

"Sakit aku tak ada ubat.Aku takkan pulih macam dulu.Aku cadangkan kau cari pengganti aku."

Ezekiel melihat tangan kiri Amore.Darah pada tangannya jatuh menitik di atas lantai.Keluhan berat dilepaskan.

"Kau sendiri yang larang aku cari pengganti kau masa majlis makan malam dulu.Kau ingat sini baik baik eh,Nerine.Aku takkan cari pengganti kau.Aku akan tunggu kau pulih.Ambil masa sebanyak yang kau nak.I don't care Nerine.Aku nak hidup dengan kau selama lamanya."Balasnya.Peringatan yang diberikan oleh Ezekiel cukup menyentakkan hati.

Bukan dia tak nak hidup dengan Ezekiel.Tapi penyakitnya menghalang.Dia tak nak hilang ingatan.Dia nak ingat lelaki iti sampai bila bila.Biarlah dia menahan kesakitan ini seorang diri.

"Mesej aku kalau kau perlukan sesuatu.I love you."Ucapnya sebelum keluar dari bilik itu.

Amore jatuh terduduk.Dia meraung sekuat hati.Tangannya dihentak di atas lantai beberapa kali.

Seketika kemudian kedengaran hilaian ketawa Amore.Kayu kecil yang dia sudah asah dari awal tadi diambil lalu menghiris lengannya.

Dia tersenyum puas apabila melihat darah itu meleleh keluar dari lengannya.Personalitinya sudah berubah lagi.Tidak lama lagi personaliti ini akan berubah 100%.

------

"Sekarang ni Amore tengah parah.Personaliti dia dah enam puluh peratus bertukar.Kau ada buat sesuatu kat dia ke Anna?"

Anna berpeluk tubuh.Memang dia yang buat.

"Yeah."

"Kenapa kau buat dia macam tu?"Soal Jude.Kali ini nadanya tegas.

"Dia patut terima benda tu.Anna lebih suka dia merana macam tu.Orang yang ada dua darah keturunan ni,tak layak dengan kita.Dahlah dibuang dari Perez.Tapi masih nak khianati kita."

Dua darah keturunan yang dimaksudkan oleh Anna adalah Perez dan Fe Luenne.Dia benci Amore sebab dia kakak tirinya.Dan sebab yang kedua,dia ada darah campuran Fe Luenne.

"Kau tak patut buat benda macam tu tanpa beritahu aku dulu Anna."

Anna mengerutkan dahi.

"Kenapa dengan Abang ni?Abang nak pertahankan dia pulak?"Soal Anna tidak puas hati.

"Aku pertahankan dia sebab aku suka dia.Kalau kau buat sesuatu yang buruk kat dia lagi,aku takkan teragak agak nak bunuh kau."

Ternganga mulut Anna.Sampai macam tu sekali?Dia baru saja nak bersuara tetapi Jude terus berjalan meninggalkannya.

"Tak guna kau Amore."Gumam Anna perlahan.Dia tu adik kandung sebenar Jude!Bukan si Amore tu!

------

"Kau kenapa Ez?"Tanya Aiden.Dari tadi lelaki itu termenung.

"Pasal Amore?"

Ezekiel menganggukkan kepalanya.

"Kau tahu kan yang aku dari Fe Luenne Group?"

"Tahu."Jawab Aiden.Ezekiel pernah bercerita tentang kisah hidupnya di mana dia adalah seorang mafia.

"Aku pernah bagitahu kau dulu yang aku bermusuh dengan Perez.Kalau kau nak tahu Nerine salah seorang dari Perez."

Ezekiel mula menceritakan kisahnya selepas itu.Dari pertemuan dia dengan Amore sehinggalah apa yang terjadi dengan Amore sekarang ini.

"Aku tak tahu apa yang aku patut buat sekarang ni Aiden.Mengikut apa yang abang dia cakap,Amore makin parah.Bila personaliti dia dah capai seratus peratus,dia mungkin akan jadi gila,Den."

Aiden mengeluh.Dia tak tahu nak cakap apa.Dia harap Ezekiel sabar dengan semua ni.

EZEKIEL NERINEWhere stories live. Discover now