CRY
Villa yang dipenuhi dengan kereta kereta dan tetamu yang hadir itu langsung tidak menarik perhatian Amore.Pasti banyak saudara mara yang datang.
Dengan langkah yang berat,dia melangkah masuk ke dalam villa.Kelihatan William dan Anna sedang sibuk melayan tetamu yang hadir.
Amore mengorak langkah menuju kearah bayi yang diletakkan di atas tilam itu.Sakit.Itu yang dia rasakan sekarang.
Wajah bayi itu memang menyerupai wajah Anna.Sedikit pun tiada iras iras wajah William.
"Hi Kak!Adik tak perasan yang akak dah sampai."Sapa Anna ceria.Amore membalas dengan senyuman tipis.Hebat kau berlakon,Adik!Mana taknya,takkan dia nak berkasar dengan tetamu kan?
"Tahniah Anna.Sekarang kau dah jadi Ibu."
Anna mengangguk.Senyuman di bibirnya langsung tidak hilang.
"Thanks kak!Anna nak pergi hujung sana dulu."
Amore menjeling.Perangai kau tak ubah macam babi.Hubungan dia dan Anna renggang sejak adiknya berkahwin dengan teman lelakinya sendiri.
Amore kembali memandang kearah bayi itu tadi.Eh?Sudah tiada.Baru dia perasan yang bayi itu tadi sudah didukung oleh William.
Pandangan mata lelaki itu masih sama.Redup.
"Saya minta diri dulu.Saya ada hal nak diuruskan lepas ni.Kirim salam dengan Anna dan Jude."Kata Amore.Dia tak mahu berlama di situ.Hatinya pilu apabila melihat kemesraan Anna dan William.
Amore menanti di luar gate rumah.Ezekiel memang menyuruh dia menanti di luar rumah tadi kalau dah selesai.Selepas dia menghantar pesanan ringkas kepada Ezekiel,dia menyimpan kembali telefonnya di beg tangan.
Kenangan lama mula terlintas di kepalanya.
Flashback
Jantung Amore berdegup kencang.Dari tadi air matanya tidak berhenti mengalir.Tangan William di pegangnya erat.Hampir berhenti jantungnya berdegup tatkala mendengar berita yang William kemalangan tadi.
William mula menunjukkan reaksi.Perlahan lahan matanya dibuka.
"W-William!"
William menolak badan Amore supaya menjauhinya.
"Who the hell are you?!Aku tak kenal kau!"
Amore tersentak.William hilang ingatan?
"Will,this is me,Amore your fiance!Awak tak ingat saya ke?!"
Amore cuba nak memeluk William namun,ditolak oleh lelaki itu.
"Kak,bagi dia tenangkan diri dia dulu.Anna rasa,lebih baik akak balik dulu.Anna akan cuba tenangkan dia,okey?"
Amore menurut.Anna adalah doktor kepada William.Dia yang membedah William selepas kemalangan tadi.
End of Flashback.
Pin!Pin!
Amore tersentak.Dia segera masuk ke dalam kereta jenis BMW i8 milik Ezekiel.
"Kau kenapa?Berangan tepi jalan?"Perli Ezekiel.Amore hanya mendiamkan diri.Wajahnya diraup kasar.
Air matanya yang ditahan dari tadi,mencurah curah keluar.
"Aku benci tengok William!Aku benci tengok Anna!Semua orang hipokrit!Kenapa dia sakitkan hati aku?!Kenapa?!"
Amore menyusutkan rambutnya.Dia sudah seperti orang gila dah sekarang ini.Ezekiel memberhentikan keretanya di tepi jalan.
"Nerine,apa dah jadi dengan kau?Kenapa kau macam ni?"
Amore tidak menjawab soalan Ezekiel.Inilah kali pertama dia berasa ambil berat terhadap seseorang.Adakah Amore menjadi begini disebabkan gambar lelaki dan perempuan yang Amore lihat pagi tadi?
Persoalannya sekarang ini,siapa lelaki dan perempuan di dalam gambar itu?
Ezekiel mengeluh.Tali pinggang keledarnya dibuka lalu dia bertindak untuk mendakap tubuh Amore.Belakang Amore diusap beberapa kali.
Ezekiel tidak jadi pulang ke rumahnya.Dia terus berpatah balik ke Private Area.Amore yang sedang nyenyak tidur itu,didukungnya sehingga ke dalam bilik.
Dia tak tahu apa yang jadi pada Amore.Tapi,dia harap gadis itu baik baik saja lepas ini.
------
Jam dinding menunjukkan pukul 7 malam.Amore sedang sibuk memasak bubur di dapur untuk Aiden.
Dia masih teringat kejadian pagi tadi.Dia mengeluh berat.
"Kau ada masalah ke,Nerine?"Soal satu suara.Amore menoleh.Kepalanya diangguk.
"Aku tak boleh nak cerita kat kau sebab ini masalah keluarga aku."
Ezekiel memutarkan bola matanya.
"Aku ada suruh kau cerita ke?"Balas Ezekiel.Amore hanya meneruskan membungkus bubur untuk Aiden.
"Kau buat bubur ni untuk siapa?"
"Aiden."
Ezekiel kembali menyambung kerjanya yang tergendala tadi.Demam je pun.Perlu ke sampai hantar bubur bagai?
Ezekiel baru saja memuat turun aplikasi Instagram di telefon miliknya.Saja je nak muat turun.Nak tengok apa yang Amore buat dekat aplikasi itu.
Scroll dari atas sampailah ke bawah.Akhirnya,dia menjumpai instagram milik Amore.Dahinya berkerut.Biar betul? Followers sampai juta.
Hm.Memang tak dinafikanlah.Dengan wajah yang dimiliki oleh Amore,dia memang cantik dan comel.Apa lagi?Dia follow Amore.
Setelah menghantar bubur itu tadi,Amore kembali pulang ke rumah.

ANDA SEDANG MEMBACA
EZEKIEL NERINE
Romance(Another Mafia's Novel by Lovely Sherry) "I would rather break my own heart than yours." Dia seorang gadis yang berdarah campuran dari keluarga Perez dan Fe Luenne.Dia tidak suka darah Fe Luenne yang mengalir di dalam dirinya.Dia benci bapa kandungn...