CHAPTER 20

4.7K 177 1
                                        

SUMPAH MATI.

Amore membuka kasut tumit tinggi miliknya.Dia berjalan di persisiran pantai.Dia mula teringat saat Ezekiel menenangkannya sewaktu mereka berjumpa dengan Anna dan William.

Hanya ada beberapa orang saja yang ada di pantai sekarang ini.Yalah,waktu malam.Sikit sahaja orang yang pergi ke sini.

Amore menguis cangkerang menggunakan kakinya.Dia mengeluh.

"Nerine."Panggil satu suara.Amore lantas menoleh.Dia kenal suara itu.Dan satu satunya lelaki yang memanggilnya Nerine adalah Ezekiel.

"Aku nampak surat ni dalam peti surat tadi.And it's yours."Kata Ezekiel sambil menghulurkan sepucuk surat yang ada di tangannya.Amore menyambut.Pasti ini tiket dia ke Sepanyol esok.

"Macam mana kau tahu aku ada kat sini?"Soal Amore.

"Aku cuma agak je yang kau ada kat sini.So,aku pun datanglah sini.Aku pergi dulu."Balas Ezekiel.Amore mengenggam erat tangannya.

"Wait.A-Aku ada benda nak cakap dengan kau."

Ezekiel kembali menoleh.Dia hanya mendiamkan diri.Memberi ruang untuk Amore bercakap.

"Aku cuma nak pastikan sesuatu.Kau masih sayangkan aku ke Ez?"

Ezekiel terdiam.Mata birunya tajam menikam anak mata Amore.

"Nope."

Jawapan itu seolah olah pisau belati yang tajam menusuk pada dada Amore.Ezekiel serius ke?

"Jadi kau-"

Belum sempat Amore ingin meneruskan percakapannya,Ezekiel memotong.

"Kenapa kau musuh aku?"

Amore terdiam.Ezekiel tahu?Air liurnya ditelan.Kelat.

"Kenapa Nerine?"Soalan itu diulanginya lagi.Jadi,sebab itulah Ezekiel berubah.

"Kenapa kau tanya soalan tu sedangkan kau langsung tak ada apa apa perasaan terhadap aku?!Kenapa kau mainkan perasaan aku Nerine?!Kau cakap kau perlukan masa untuk fikir!Tapi semua tu hanya alasan untuk kau teruskan misi kau.Kau datang sini sebab nak bunuh aku kan?Mengaku Nerine!"

Amore mengesat air matanya.Perasannya terhadap Ezekiel bukannya hanya sebuah lakonan!

"Ya!Aku datang sini sebab nak bunuh kau!Tapi,aku masih teragak agak nak bunuh kau sebab aku dah sayangkan kau Ez!Cinta dan rasa sayang aku pada kau bukan hanya satu lakonan!Aku masih ragu ragu sama ada aku nak khianat keluarga aku ataupun nak teruskan misi aku!Aku suka kau tapi aku tak tahu nak cakap macam mana sebab aku tahu lambat laun kau akan tahu yang aku ni musuh kau.Tapi,jangan risau kalau kau pilih Rose.Aku lebih suka.Sekurang kurangnya Rose tak jadi macam aku."Balas Amore.Segalanya sudah terluah.Dia rasa puas.Dia tak tahulah nak buat apa lepas ni.Kepala dia serabut memikirkan pasal itu.

"Stop pretending.Berhenti berpura pura macam kau yang nak Rose jadi teman hidup aku.Aku tahu kau perlukan aku."Ucap Ezekiel.Amore bersyukur kerana Ezekiel masih dapat menerimanya walaupun keluarga mereka adalah musuh ketat.

"Kau nak buat apa lepas ni?Kau still nak balik Spain?"

Amore menoleh.Nampaknya Ezekiel tahu tentang perkara itu.

"Yeah.Memadangkan identiti aku dah terdedah,aku tak boleh jalankan misi aku lagi.Aku kena balik pada Perez dan jalani hukuman mati.Itu adalah peraturan Perez."

Ezekiel lantas memalingkan wajahnya pada Amore.Tidak percaya.

"Kalau kau tak cakap diorang takkan tahu kan?"

Amore tersenyum saat mendengar pernyataan itu keluar dari mulut Ezekiel.

"Ya.Tapi,aku kena jujur.Aku dah sumpah mati dengan keluarga aku."Balas Amore.Ezekiel mengeluh.

"Actually,ada satu benda yang aku nak bagitahu kau."Kata Ezekiel perlahan.Amore mengangkat kening.Apa dia?

"Kalau kau cintakan aku,jangan pergi.Jom kita lari sama sama and built a new life."

Amore tersentak.

"A-Aku tak boleh Ez.Aku minta maaf."

Ezekiel mendiamkan diri.Dia tak mampu nak memaksa.Lagipun itu adalah pilihan Amore sendiri.

EZEKIEL NERINETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang