ROKOK.
Amore menggunakan klip rambutnya untuk membuka pintu besi itu.
KLAK!
Pintu itu sudah berjaya dibuka.Perlahan lahan dia membuka pintu itu supaya tidak didengari oleh pengawal dan Jude.Dia tidak mahu lelaki itu bangun dari tidurnya.
Dia menyelusup masuk ke dalam rumah.Sunyi saja rumah ini.Matanya memerhati setiap pelusuk rumah.
CCTV?
ada.
Pengawal?
tiada.
Dia mengetap bibir.Ezekiel betul betul menyusahkannya.
"Signorina, per favore,vai nella stanza del signor Ezekiel ti sta aspettando."
(Cik,sila masuk ke dalam bilik Encik Ezekiel.Dia sedang menunggu Cik.)
Kata satu suara.Amore agak terkejut.Nasib baik bukan pengawal.
"Tuttavia, questa telecamera di sorveglianza-"
(Tetapi,kamera pengawasan ini-)
Perempuan itu lantas memotong percakapan Amore.
"La telecamera di sorveglianza non ha funzionato entro cinque minuti, quindi affrettati nella stanza del signor Ezekiel prima che la telecamera di sorveglianza funzioni."
(Kamera pengawasan itu tidak berfungsi dalam masa lima minit.Jadi,sila cepat masuk ke dalam bilik Encik Ezekiel sebelum kamera pengawasan itu berfungsi.)
Amore mengangguk.Dia segera mengikut langkah perempuan itu.Sampai di hadapan bilik,Amore masuk ke dalam.
Dia mencari kelibat Ezekiel.Tetapi,tiada.Sedang dia memerhati segenap ruang bilik ini,dia terlanggar meja di hadapannya.
Dia mengerutkan dahinya.Buku yang sederhana besar di hadapannya menarik perhatian gadis itu.Nampak macam dah lama.Dia menyelak helaian buku tersebut.
You told me you were leaving because I smoke cigarettes.I stopped smoking in fear of losing you forever.I went by your place to tell you that I broke my bad habit.
I saw you pressing your lips against someone new.My walk to home was lonely and the only thing pressed to my was a cigarette.I guess its time to quite my bad habit...
YOU.
Dia rasa ini diari Ezekiel semasa masih bercinta dengan Rose.Helaian seterusnya dibuka.
Kosong.Tiada kata kata lagi.Dia melepaskan keluhan berat.Dia tak tahu pula selama ini Ezekiel merokok.
Bunyi pancuran air hujan didalam bilik mandi membuatkannya menoleh kearah bilik mandi itu.
Pintu bilik mandi tidak berkunci.Dia membuat keputusan untuk masuk ke dalam.Nampaknya,Ezekiel tidak perasan.Lelaki itu sedang berdiri membelakanginya.Dia hanya memakai boxer.
Bau rokok di dalam bilik mandi itu menusuk masuk ke dalam lubang hidung Amore.Bibirnya digigit.Ezekiel mesti baru lepas merokok.Dia dapat merasakan yang Ezekiel memusingkan badannya lalu menutup pili air.
"Nerine."
"Sejak bila kau merokok,Ez?"
Ezekiel terdiam.Jantungnya berdengup dengan kencang.Dia takut.Dia takut perkara lama bakal berulang lagi.Dia tak mahu Amore meninggalkannya.
"A-Aku...."
Lelaki itu menunduk.Kedua dua belah tangannya digenggam erat.
"Aku tak suka kau merokok."Kata Amore.Tegas.
"Aku minta maaf."
Dia mendakap tubuh Amore.
"Aku takkan merokok lagi.Jangan tinggalkan aku,Amore.Aku sayang kau."
Amore mengeluh.Tubuh Ezekiel diusap perlahan.Ezekiel takut dia meninggalkannya seperti Rose?
"Aku takkan tinggalkan kau.Aku janji.Aku ada benda nak bincang dengan kau.Pergilah mandi dulu.Aku tunggu kat luar."Balas Amore.Baru saja dia ingin melangkah,Ezekiel menarik tangannya.
"Mandi dengan aku."Kata Ezekiel.
Ezekiel menggosok badan Amore menggunakan cecair sabun.Kemudian,dia menggosok bahagian leher pula.Dahinya berkerut.Bukan ke ada tatu naga kecil di bahagian sini dulu?Mana dia?Sekarang sudah tiada.
"Baby,mana tatu naga kau?Bukan kau ada tatu ke kat sini?"Tanya Ezekiel sambil meletakkan jari telunjuknya pada leher Amore.
"It's fake.Memang senanglah hilang.Tatu naga tu semua ahli Perez ada.Aku pun pelik kenapa tatu aku selalu hilang sedangkan ahli keluarga aku memang tak pernah hilang sebab tatu real.Aku tak dibenarkan buat tatu real.Jadi,diorang letak tatu aku setiap kali dah pudar."
Ezekiel mengangguk faham.
------
"Aku nak minta maaf sebab aku terbaca diari kau tadi."
Ezekiel sedikit terkejut.Sepatutnya dia menyimpan buku itu.
"Tak apa.Mesti kau dah tahu pasal tu kan?Dulu,aku memang perokok.Aku berhenti merokok sebab Rose nak tinggalkan aku sebab aku perokok.So,aku berhenti.Tapi,dia juga penyebab aku kembali merokok.Aku berhenti merokok bila aku dah penat nak fikir pasal Rose lagi.Aku nak move on."
Amore berpeluk tubuh.
"Habistu?Kenapa kau masih lagi merokok?"Tanya Amore.Ezekiel cakap dia dah berhenti merokok.Tapi,dia ada terhidu bau rokok di dalam bilik mandi tadi.
"Sebab kau."
"Aku takut yang kau kena tangkap dengan Perez semalam.So,aku hisap rokok.Aku takkan hisap lagi.Aku janji."
Ezekiel memegang tangan Amore.Wajah gadis itu direnung.Gadis itu tersenyum.Maknanya,Amore dah tak marah lagi.
"Kau suruh aku datang sini sebab bayar.Bayar apa Ez?"Soal Amore.Dia teringat tentang nota kecil yang terselit di dalam plastik gula gula tadi.Ezekiel berbisik sesuatu pada telinga Amore.
"Aku nak kau teman aku tidur malam ni.Aku dah lama tak tidur."
Amore mengangguk tanpa berfikir panjang.
"Aku nak pinjam charger kau boleh?Phone aku dah habis bateri."
"Boleh.Sini phone kau."
Amore memberikan telefonnya kepada Ezekiel.Amore merebahkan badannya di atas katil.
"Ez,kalau aku kena bunuh satu hari nanti macam mana?Kau nak cari orang lain ke untuk ganti aku?"Soal Amore tiba tiba.Berkerut dahi Ezekiel dibuatnya.Pipi Amore ditarik.
"Kau merepek apa,hm?Jangan cakap benda bukan bukanlah,Nerine.Aku tak suka.Dahlah.Aku nak tidur.Sana sikit."
Amore mencebik.Betullah apa yang dia cakap.Mana ada dia cakap yang bukan bukan.
Tubuh Amore dipeluk.Amore seolah olah ubat tidur baginya.
YOU ARE READING
EZEKIEL NERINE
Romance(Another Mafia's Novel by Lovely Sherry) "I would rather break my own heart than yours." Dia seorang gadis yang berdarah campuran dari keluarga Perez dan Fe Luenne.Dia tidak suka darah Fe Luenne yang mengalir di dalam dirinya.Dia benci bapa kandungn...