MRS.EZEKIEL.
"Peratusan dia dah masuk lapan puluh.Hati hati kalau kau masuk dalam.Dia agresif."Pesan Jude sebelum dia masuk ke dalam.
Pintu besi ditutup rapat.Kelihatan Amore sedang duduk membelakanginya.
"Sayang."
Panggilnya perlahan.Bilik itu dipenuhi dengan darah darah kering.Amore memusingkan badannya.Dia segera mendakap erat tubuh Ezekiel.
"Ez,aku nak jadi normal macam dulu.Aku tak nak jadi macam ni.Sakit Ez."Luah Amore.Ezekiel mengesat air mata Amore.Bibir gadis itu dikucup sekilas.
"Kalau macam tu kau buat pembedahan.Kau akan pulih semula lepas tu."
Amore menggelengkan kepalanya.
"Aku tak nak lupa kau.Kau orang yang aku paling sayang Ez."
Ezekiel mengeluh.Rambut Amore diusap perlahan.
"Tak apa.Lepas operation aku tackle kau balik."Balas Ezekiel sambil tersenyum.
Dia mahu gadis itu pulih seperti sedia kala.Bukannya begini.Amore mendiamkan diri.Dia masih tersepit diantara dua.Operate ataupun tak.Dia tak nak melupakan lelaki itu.
------
"Peratus dah semakin menaik.Dalam masa beberapa jam lagi peratusan akan naik sehingga 100."Gumam Jude sendirian.Kepalanya dipicit picit.Pening memikirkan tentang hal ini.
"Apa aku nak buat dengan kau Amore?"Soalnya.
Gadis itu tidak mahu melakukan pembedahan.Dia hanya mahu kekal begitu.Memang taklah!
Dia akan pastikan Amore menjalani pembedahan tersebut secepat mungkin.
-------
SIX MONTHS LATER....
Kaca mata hitamnya dibuka lalu diselitkan pada kolar bajunya.Persekitaran universiti di pandang sekilas.Dia menghela nafas berat.
Perlukah dia sambung belajar?Alahai,malasnya dia.Tetapi atas permintaan Jude,dia turutkan saja.
Dia melabuhkan punggungnya di atas bangku yang disediakan di tepi padang.Hm..ramai juga yang sedang mengulang kaji mahupun bersukan di sini.
Kata Jude dia ada seorang teman lelaki di sini.Dia memang sudah tahu yang dia dibedah sebab cecair di dalam badannya.Dia tertanya tanya.Agaknya...Siapa ya?
"Hi Nerine.Good morning.Sorry lambat."Kata satu suara.Amore menoleh.Ini ke dia?Oh tuhan.Kacaknya dia!Air liurnya diteguk perlahan.
Lelaki itu duduk disebelahnya.Dahi Amore dikucup.Lama tak jumpa dia.Hilang dah rasa rindu.Terkebil kebil Amore dibuatnya.
"Siapa hantar kau kat sini?"
"Hector."
Ezekiel berdecit.Huh,lelaki tu lagi.Menyampahnya.
"Apa nama kau?"Tanya Amore.
"Ezekiel."
"Full name?"
"Ezekiel Nerine."Balas Ezekiel lagi sambil tersenyum.Amore mengerutkan dahi.Nerine?Itu nama dia.
"Tu nama akulah."Kata Amore.
"Suka hati akulah.Nama kau nama aku jugak."
"Okay then."Kata Amore lagi.Dah putus asa.Malas nak menyoal Ezekiel lagi.
"Janganlah marah.Nama aku Noah Ezekiel Fe Luenne.Soon,people will call you Mrs.Ezekiel."Ujar Ezekiel sambil tersenyum manis.Kata kata manis yang keluar dari mulut Ezekiel membuatkan Amore tersenyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
EZEKIEL NERINE
Romansa(Another Mafia's Novel by Lovely Sherry) "I would rather break my own heart than yours." Dia seorang gadis yang berdarah campuran dari keluarga Perez dan Fe Luenne.Dia tidak suka darah Fe Luenne yang mengalir di dalam dirinya.Dia benci bapa kandungn...