CHAPTER 34

4.3K 136 3
                                    

DIHALAU.

"Abang?"

Jam menunjukkan pukul 4 pagi.Amore keluar senyap senyap dari bilik Ezekiel tadi.Tak nak kantoi punya pasal.Sekarang ini dia terlihat Jude sedang duduk di atas katil sambil memandang kearahnya.

Selepas mengunci pintu besi itu,Amore melabuhkan punggungnya di sebelah Jude.

"Kau dari mana?"

"Amore datang dari bilik Ez tadi."Balas Amore.Jude terdiam.

"Macam mana abang kena tangkap dengan Albert?"Tanya Amore.Dia rasa sekarang masa yang sesuai untuk tanya hal itu.

"Semua tu tak penting.Aku risau pasal kau."Luah Jude.Semenjak Amore ditangkap oleh Fe Luenne,dia resah.Takut apa apa yang terjadi pada gadis itu.Amore hanya menurut.Malas nak banyak tanya.Jude tak suka ditanya banyak soalan.

Ya.Memang dia kasar pada Amore.Tapi,hatinya tidak.

"Abang tidurlah.Masih awal ni."

"Semenjak kau kena tangkap,banyak benda yang dah jadi dekat keluarga kita.Grandma nak aku bagitahu kau yang...."

"Sebenarnya,kau Hazel."

Hampir terhenti degupan jantung Amore saat mendengar nama itu.Dia Hazel?Tak!Ini tak boleh jadi!Ini bermakna Albert ialah bapanya!

"Kalau kau serahkan diri kau dengan Albert,dia takkan lepaskan kau.Kau ada dua pilihan sama ada balik ke Perez ataupun stay dengan Fe Luenne.Kalau kau pilih Perez,putuskan hubungan kau dengan Ezekiel.Kau takkan dihukum mati kalau kau pilih Perez.Kau diberi peluang kedua."

Amore terdiam.Tinggalkan Ezekiel?Tetapi,dia sudah berjanji yang dia takkan tinggalkan lelaki itu.

"T-Tak ada cara lain ke?"

Dia berharap agar dia takkan tinggalkan lelaki itu.Dia tak mahu Ezekiel tersakiti.

"Sama ada Perez ataupun Fe Luenne.Pilih."Tegas Jude berkata.

KREKKKK.....

Pintu besi dibuka.Serentak itu mereka berdua menoleh.Albert?

"Jadi,selama ni kau anak aku?"

Terbuntang luas mata Amore.Tak guna.Dia terdengar perbualan kami!

------

Berita yang Amore adalah Hazel telah tersebar luas di dalam rumah agam tersebut.Termasuklah Ezekiel.Dia sudah tahu pasal hal itu.

Amore mendekatkan dirinya pada Jude.Rasa tak selesa bila dipandang oleh orang ramai macam ni.

Semua ahli Perez duduk di dalam bilik mesyuarat.Ezekiel hanya memerhati gerak geri gadis itu.Puan Eziath pula memandang gadis itu dengan rasa simpati.

"Hazel,mari sini.Duduk sebelah Papa."

Amore rasa geli bila Albert membahasakan dirinya Papa.

"Aku tak hinginlah nak duduk sebelah kau.Aku dah buat keputusan.Aku akan stay dengan keluarga aku."Kata Amore.

"Baguslah kalau kamu nak stay dengan kami.Lagi bagus."Balas Albert sambil tersenyum.Nampaknya,Albert dah salah anggap.

"Bukan Fe Luenne.Tapi,Perez.Aku tak nak ada apa apa kaitan dengan Fe Luenne.Termasuklah Ezekiel."

Ezekiel tersentak.Kenapa Amore berkata sedemikian?Kenapa dia tidak memilih untuk tinggal di sini?

"Aku nak kau berhenti kacau Perez dan kau tak perlulah nak teruskan benda ni hanya disebabkan cinta bodoh kau tu."

Kalau tak disebabkan cinta bodoh itu,dia takkan berada di sini dan dia takkan sakiti Ezekiel.

Amore memapah badan Jude sehingga ke luar rumah agam itu.Mereka memasuki kereta milik keluarga Perez.Kereta dipandu keluar dari perkarangan rumah agam tersebut.

------

"Kau dibuang dari Perez,Amore.Kau bukan lagi salah seorang dari kami."Kata Grandma.Amore memandang kearah Anna.Adiknya tersenyum sinis.Dia gembira yang Amore sudah dibuang keluarga.

Dia baru saja sampai di Villa.Penat belum hilang lagi tetapi sudah didesak untuk meninggalkan Villa ini dengan segera.

Tanpa sebarang kata,Amore membuka rantai milik Perez lalu diberikan kepada Grandma.

Dia terus berjalan kaki keluar dari pintu pagar Villa.Inilah kali terakhir dia di sini.

PIN!PIN!

Amore menoleh.Hector?Apa lelaki itu buat di sini.Senyuman sentiasa ada di bibir lelaki itu.

"Get in the car."

Amore menurut.

"What with that face?"Tanya Hector.Wajah Amore masam saja.

"Jangan buat tak tahulah,Hec.Saya dah kena buang dari Perez and bila saya tengok muka Anna tadi buat sakit hati je."

Hector tertawa kecil.Pipi Amore dicubit.Alahai,comelnya.

"Awak nak pergi mana lepas ni?Shopping?Movies?Saya belanja awak.Jangan risau.Awak akan tinggal dengan saya mulai sekarang."

Amore tersenyum.Dia tahu Hector akan menjaganya.

"To the hospital."

Hector mengerutkan dahi.Hospital?

"Kita nak buat apa kat sana?"

"Lawat kawan saya,Aiden.Dia kanser hati."Balas Amore.Hector mengangguk.Dia mula memandu ke destinasi.






Amore menguak perlahan pintu wad Aiden.Kelihatan lelaki itu sedang berbual dengan Mike.

"Hi Aiden,Mike."

Mereka berdua serentak menoleh.Senyuman diukirkan buat gadis itu.Amore memeluk kedua dua tubuh lelaki itu.

Mike dan Aiden memandang kearah Hector.Siapa lelaki itu?

"This is Hector.Sepupu I."

Aiden dan Mike mengangguk.Kacak memang kacak tetapi lelaki itu bersikap dingin.

"Hector,ini Aiden dan Mike."

"You okey Aiden?"

Aiden mengangguk.

"Yeah.Last week,I dibedah and I dah sihat sepenuhnya sekarang ni."

Amore tersenyum.Dia gembira.Baguslah Aiden sudah sihat.

"Lepas ni I nak sambung belajar balik.Why don't you sambung belajar dekat universiti tu balik?"Tanya Aiden.Amore terdiam.Dia tak tefikir pula nak sambung belajar.

"Tengoklah nanti.Urm...I gerak dulu.I ada kerja nak buat.Jumpa lagi."

EZEKIEL NERINEWhere stories live. Discover now