EZEKIEL,FRIENDLY?
Kelihatan Amore sedang menghirup air susu segar di dalam gelasnya di Coffee Center bersama sama dengan Aiden.Tidak lama kemudian,dia terdengar bunyi petikan gitar dan suara seorang lelaki yang dia amat kenali menyanyi.
"You are the one I want
you are more than enough
you are the one from me
you make me happyand I want to love me
I want you to hold me
I want you to keep me close to you.I want you to need me
I want you to miss me
I want you to kiss me like you do."Amore mengerutkan dahi.Lagu itu seolah olah ditujukan kepadanya.Matanya melihat kearah Ezekiel.Serentak itu mata mereka bertemu.
"I need you here,here right now
I'm breaking down without your love.
I need you here,here right now
I am breaking down without your touch."Hatinya berdebar debar.Dia segera melarikan pandangannya.Ramai gadis gadis mahupun lelaki berada di sekeliling.Mana taknya,selama ini Ezekiel lelaki yang dingin kini bertukar menjadi 'friendly'.Lepastu,boleh pula duduk dengan sekumpulan pelajar dan menyanyi.Ezekiel yang lama bukan begitu.
Aiden juga perasan perkara tersebut.Dia tersenyum.
"I rasa dia masih suka you."Katanya.Amore berdecit.Dia tak suka Aiden cakap begitu.
"You merepek apa?Dia tak suka I lah."
Aiden hanya mendiamkan diri selepas itu.
"I masuk kelas dulu.See ya."
Amore mengambil begnya selepas meminta diri.Dia terus menuju ke kelasnya selepas ini.
--------
Amore ingin pulang tetapi bigbikenya di rumah.Awal pagi tadi hujan.Jadi,dia tumpang Mike untuk ke universiti.Sekarang ini,Mike masih ada kelas.
Jadi,dia memutuskan untuk berjalan kaki sahaja.
PIN PIN!
Amore menoleh.Ezekiel?Dia hanya menjeling lelaki itu.
"Nerine,kalau kau tak masuk aku angkat kau masuk dalam kereta.Kau nak?"Ugutnya.Ugutan itu tidak berkesan.Ezekiel bengang dengan tindakan gadis itu.Kalau ya pun benci,janganlah macam tu sekali.Perempuan itu dahlah mengandung,jalan tepi jalan raya macam ni bahaya.
Dia mengambil keputusan untuk menghalang jalan gadis itu.
"Bullshit.Get lost."
Selagi Amore tak masuk dalam keretanya,selagi itu dia menghalang gadis itu.
"Masuk dalam kereta."
"Okey,fine!"Balas Amore pasrah.Dia masuk dalam kereta dengan wajah cemberut.Pintu kereta dihempasnya kuat.
"Janganlah marah.Tak bagus untuk kandungan kau tahu."Nasihat Ezekiel.Dia mula memandu di atas jalan raya.Amore mendiamkan diri.Huh,baguslah Ezekiel menganggapnya mengandung.Tak adalah lelaki itu terhegeh hegeh dengannya lagi.
Sampai di hadapan rumah,Ezekiel menghentikan keretanya.
"Bukaklah pintu ni.Yang kau kunci kenapa?"Kata Amore.Nadanya sedikit ditekan.
"Jaga diri."Katanya sebelum membuka 'lock' pintu.Amore terus keluar tanpa berkata apa apa.Terima kasih pun tiada.
-------
"Janganlah minum banyak sangat Ez.Sudahlah tu."Mike cuba mengalihkan botol arak yang sedang diteguk oleh Ezekiel itu.Dia stres disebabkan oleh Amore.
"Jangan kacau akulah sial.Get lost!"Amuk Ezekiel.Aiden dan Mike sama sama mengeluh.Dalam keadaan yang begini,mereka tidak mahu menganggu Ezekiel.Tetapi,Ezekiel sudah melebihi hadnya.Beginilah Ezekiel apabila putus cinta dengan Rose dulu.
"Aku rasa better jangan kacau dia dulu.Kau bukan tak tahu baran Ez tu.Kalau dia dah mengamuk,mati kita kalau dia belasah kita nanti."Kata Aiden.
"Habistu?Kau nak biarkan dia kat sini je?"Balas Mike.Aiden terdiam.
"Aku rasa kalau kita panggil Amore,dia boleh bawa Ez balik."
Mike mengangkat kepala.
"Okey jugak.Aku call Amore dulu."
Tidak lama selepas Mike menelefon Amore,gadis itu terus muncul di kelab malam tersebut.
"Kenapa you suruh I datang sini?"Tanya Amore.Tak pernah pernah Mike suruh dia datang ke kelab malam.
"Ez."Balas Mike sambil memandang kearah Ezekiel yang sedang mabuk di bar berkenaan.Amore mengerutkan dahi.
"Kitorang nak bawa dia balik rumah.Tapi,dia tak nak.Dia asyik sebut nama you Amore.Boleh tak kalau you pujuk dia balik rumah?Dah lewat malam ni Amore.I takut ada apa apa jadi kat dia."Sampuk Aiden.Jelas menunjukkan bahawa Mike dan Aiden risau.
"He's a man.Tak akan ada apa apa jadi kat dia.I am going home,then."
"Amore boleh tak you jangan pentingkan diri sendiri?I tahulah you dah move on.Tapi dia?Dia tak boleh move on Amore.You tak tahu bertapa susahnya dia nak survive lepas dia putus dengan Rose.I tahu you bencikan Ez tapi,I mintak tolong kali ni je Amore.Please.You tak kesian ke dengan dia?"
Amore mengeluh.Ini kali pertama Aiden marah kepadanya.Dia mengorak langkah perlahan menuju kearah Ezekiel.Dia sedikit terasa dengan apa yang dikatakan oleh Aiden sebentar tadi.Dia pentingkan diri ke?
"Ez."Panggil Amore perlahan.Lelaki itu menoleh.Dia tersenyum manis.
"N-Nerine.Kau b-buat apa kat sini?Pergi balik rumah.Kau tu mengandung.Nanti kalau ada apa apa jadi kat kau,kesian Hector."
Ezekiel mengenggam erat tangan Amore.Mata biru cairnya tajam menikam anak mata Amore.
"Aku sayangkan kau.Kau masih sayangkan aku tak?Tsk.Soalan apa aku tanya ni?Mestilah kau dah tak sayang aku kan?Kau dah kahwin.Tak lama lagi nak timang anak.Kau tahu tak aku sedih?"
Tubuh gadis itu dipeluk.Erat.
"Ezekiel,jom kita balik."Bisik Amore.Lelaki itu tidak melawan sebaliknya dia menurut kata kata Amore.
Aiden dan Mike juga membantu gadis itu memapah Ezekiel.Luahan daripada Ezekiel tadi membuatkannya mengeluh.
Adakah lelaki itu benar benar masih sukakannya?
YOU ARE READING
EZEKIEL NERINE
Romance(Another Mafia's Novel by Lovely Sherry) "I would rather break my own heart than yours." Dia seorang gadis yang berdarah campuran dari keluarga Perez dan Fe Luenne.Dia tidak suka darah Fe Luenne yang mengalir di dalam dirinya.Dia benci bapa kandungn...