CHAPTER 63

9.7K 227 22
                                        

I amore u,Ezekiel

Beberapa hari kemudian,

"Aku rindu kau."Ucap Ezekiel.Sejambak bunga Nerine diletakkan di atas kubur Amore.

"Aku rindu nak borak dengan kau.Aku rindu nak bergurau dengan kau.Aku rindu.....Aku rindu nak buat semua benda dengan kau."

"Sayang..."

"Kadang kadang aku rasa pemergian kau hanya mimpi.Tapi dalam realiti,kau memang betul betul dah tinggalkan aku,Nerine."

Ezekiel menghela nafas berat.Air matanya yang mengalir diseka perlahan.Dia kesunyian tanpa Amore disisi.

"Kalau masa boleh berputar,aku nak ulang masa kali pertama kita jumpa.Aku nak ulang masa aku gaduh dengan kau."

"Sayang....."

Tanah pada kubur Amore di genggamnya.Dia tak tahu apa nak dibuat selepas ini.Orang yang dia sayang sudah pergi.




Hari ini,keluarga Perez mengadakan mesyuarat.Ada sesuatu yang Jude mahu katakan pada ahli keluarganya.

"Aku dah buat keputusan.Aku nak berhenti.Aku dah malas nak fikir pasal Fe Luenne.Disebabkan aku terlalu fokus fikir pasal Fe Luenne,Amore jadi korban.Aku tak nak benda ni berulang lagi."

"Jadi kau nak berdamai dengan Fe Luenne?"Soal Grandma.

"Aku tak cakap pun yang aku nak berdamai dengan Fe Luenne.Aku tak nak teruskan misi ni lagi.Aku dah tak nak ada kaitan dengan misi ni.Fe Luenne tetap musuh aku."Balas Jude.Tegas.Hanya dia seorang saja yang berani menggunakan 'aku,kau' dengan Grandma.

"Kalau macam tu biar aku yang uruskan benda ni."Grandma memberi kata putus.

"Kau patut bersyukur Anna sebab Amore tak suruh aku bunuh kau.Huh,kalau aku..aku takkan bagi peluang untuk orang macam kau hidup kat dunia ni lagi."Sambung Jude.Dia terus keluar dari bilik mesyuarat.Anna terdiam.Kalau diikutkan,memang banyak kesalahan yang dia dah buat pada Amore.

Perlukah dia meminta maaf?

Ataupun berdiam diri saja?

Dia rampas William daripada Amore.Tetapi gadis itu masih memaafkannya.Kata dia sudah tiada jodoh.Nak buat macam mana?

Lepas dia suntik Amore dengan cecair itu pun Amore masih memaafkan dia.

-------

"Kau okey?"Soal Aiden.Matanya merenung Ezekiel yang sedang baring sambil memeluk baju Amore itu.

"Hm."

"Den,tolong uruskan hal aku dekat universiti.Aku nak berhenti belajar."Kata Ezekiel tiba tiba.Aiden tersentak.

"Kau serious?Tak nak fikirkan dulu ke pasal ni?"

"Aku dah fikir masak masak.Aku nak berhenti."

Aiden mengeluh berat.Kepalanya dianggukkan.

"Alright.Aku akan uruskan nanti."

Ezekiel memejamkan matanya.Hidungnya menghidu bau baju Amore.Rasa seolah olah Amore berada di dalam pelukannya.

Aiden tak tahulah apa yang akan jadi dengan Ezekiel.Sejak dua minggu lepas,dia benar benar berubah.Lelaki itu kurang bercakap,tak keluar rumah kecuali melawat Amore.Kadang kadang bapa atau ibunya menelefon sama ada Ezekiel baik baik saja.

-------

"Papa cakap dia akan serah diri pada Perez."Kata Puan Ezery.Ezekiel menunduk.Fikirannya kosong.Puan Ezery mengeluh.

"Kalau itu yang dia nak,teruskan saja.Ez penat nak fikir pasal semua ni,Mum."

"Tak apalah,Ez.Mum faham.Mum naik atas dulu ya?"

Ezekiel mengangguk.Pelukan Ibunya dibalas.Kemudian,Puan Ezery naik ke tingkat atas.Ezekiel kembali baring di atas sofa.Baju Amore dipeluknya erat.

Hatinya tidak berhenti mengungkapkan bahawa dia merindui Amore.

Flashback

"Psst...Hey,Nerine.Come here."Bisik Ezekiel sambil melambai kearahnya.Mereka kini berada di perpustakaan.Amore mengangkat keningnya.Apa yang sedang Ezekiel intai itu?

"Apa?"

"Tengok sana."Balas Ezekiel.Amore menurut.Dia memandang pada rak rak buku yang berada agak jauh daripada mereka.Kelihatan Evan dan seorang lagi lelaki sedang membuat oral sex di hujung sana.

Serta merta Amore ketawa berdekah dekah.Amboi,seronok ya dekat sana sebab sunyi sikit?

Mata mata mula memandang kearah Ezekiel dan Amore.

"Hei!Janganlah ketawa kuat sangat.Kau ni kan."Tegur Ezekiel sambil menarik tangan Amore lalu keluar dari perpustakaan.Amore masih lagi ketawa.Ezekiel turut ketawa.Leher Amore dirangkulnya.

End of flashback.

Bibir Ezekiel mengukir senyum apabila teringat kejadian itu.Hm...kalaulah dia boleh putarkan masa.

Ting!

Telefon Ezekiel berbunyi menandakan mesej masuk.Dia segera membukanya.Pesanan dari nombor yang tidak dikenali?

Video tersebut dibukanya.Jantungnya berdebar saat melihat Amore di dalam video tersebut.

"Hi,Ez.Kau apa khabar?Aku ada something nak bagitahu kau ni.Aku nak minta maaf sebab aku tinggalkan kau sorang sorang.Kau carilah pengganti aku,Ez.Aku benarkan kau cari pengganti aku dan hidup bahagialah dengan dia.Aku harap kau tak libatkan diri lagi dengan dunia mafia.Aku takut orang yang kau sayang nanti jadi korban macam aku."Kata Amore.Bibirnya tersenyum.Senyuman itulah yang Ezekiel rindu selama ini.Skrin telefonnya disentuh.

"Kalini aku memang betul betul serious.Kalau kau dah jumpa someone,jangan lupa kenalkan pada aku.Aku sayang kau,Ez."

Video tamat.Ezekiel tersenyum.Cari pengganti lain?Memang taklah.

"Kau satu satunya orang yang setia dengan aku.Aku takkan cari pengganti kau sebab cinta aku hanya untuk kau sorang.Kau dah tak ada...tak bermakna aku boleh cari yang lain.Aku tahu kau sebenarnya tak suka aku cari pengganti kau.Cuma kau nafikan perasaan kau."

Hidup dalam dunia mafia memang susah.Kau nampak macam kami orang kaya,senang.Tapi,kami lebih susah daripada orang miskin.

-Ezekiel and Nerine

THE END.

EZEKIEL NERINETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang