HE'S SMOKING AGAIN.
Ezekiel mengangkat badan Amore lalu diletakkan di atas katil.Sepasang mata Amore direnungnya.Kemudian,bibir Amore dikucupnya perlahan.
"No."Katanya perlahan.Dari tadi Amore mengajak dia tidur bersama tetapi dia tak nak.
"Ala...bolehlah Ez."Pujuk Amore lagi.Ezekiel menggelengkan kepalanya.
"I said no,Nerine.Doktor cakap kau tak boleh bersenam atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh termasuklah seks."
Amore mencebik.Gadis itu berpeluk tubuh.Ezekiel mengusap rambut Amore perlahan.Tak puas hatilah tu.
"Tunggu kau dah sihat nanti setiap hari aku ajak kau tidur.Dah...tak payahlah merajuk."Sambung Ezekiel sambil tersenyum.
"Kau sendiri tahu yang aku takkan sihat.Kalau nasib aku baik dah lama doktor jumpa penderma darah H.Aku takkan sihat,Ez."
Senyuman Ezekiel memudar.Dia tak suka Amore ungkit pasal hal ini.
"Boleh tak jangan ungkit pasal hal ni?Aku tak suka.Ya,aku tahu kau takkan sihat macam dulu.Tapi,jangan cakap pasal benda macam tu.Aku tak sedia,Nerine.Aku tak sedia nak hadapi semua ni."
Ah sudah.Amore membuat Ezekiel menangis lagi.Dia segera mendakap tubuh lelaki itu.
"Sorry.Aku takkan ungkit pasal ni lagi.Sorry tau.Dahlah tu.Jangan nangis.Aku ada kat sini."
Amore menghela nafas berat.Macam mana kehidupan Ezekiel selepas dia meninggalkan Ezekiel nanti?Sekarang ini dia ada masa lebih kurang sehari untuk hidup.Dia memang bergantung sepenuhnya dengan oksigen.
"William?"Sapa Amore dengan tanda tanya.Apa lelaki itu buat di luar hospital ini?Dia saja turun untuk berjalan jalan.Ezekiel pula pulang ke rumah sebentar tadi.
"Oh...Hi,Amore.Duduklah.Saya ada benda nak cakap dengan awak."
Amore duduk disebelahnya.
"Kenapa tak call je tadi?Boleh saya turun bawah terus.Mesti awak dah lama tunggu saya kat sini."Balas Amore.William hanya membalas dengan senyuman.Bukan tak nak call tapi dia pernah menelefon gadis itu tetapi Ezekiel yang angkat.Kena makilah jawabnya.
"Anna tahu ke awak datang sini?"
William menggeleng.
"Kalau dia tahu saya kat sini,mahu mengamuk dia kat rumah."
Amore tersenyum kecil.Memang betul apa yang dikatakan oleh William itu.William merenung Amore.
"Saya nak minta maaf pasal dulu.Kalaulah saya tak hilang ingatan mesti saya masih dengan awak sekarang ni."
"Benda yang dah lepas jangan diungkit lagi,Liam.Mulakan hidup baru dengan Anna dan anak awak.Lupakan pasal saya.Isteri dan anak awak lebih penting.Masa saya dah tak banyak,Liam.Bila bila masa je saya boleh pergi."
William mengeluh.Kalaulah dia tak kemalangan dulu.Mesti dia masih bersama dengan Amore sekarang ini.Hatinya pedih melihat wajah pucat gadis itu.Badan Amore lantas dipeluk.Dia menangis di bahu Amore.Dalam keadaan yang terkejut,Amore mengusap belakang badan lelaki itu.
-------
"Fuck!"
Ezekiel menumbuk dinding itu beberapa kali.Tangannya yang luka hanya dibiarkan.Rokok dihisap lalu menghembuskan asap rokok itu perlahan.
Dia benci tengok lelaki lain apabila memegang Amore.Termasuklah William!Lelaki tu memang tak guna.Buat apa nak pegang hak orang kalau dia dah ada isteri!Urgh!Dia benci!
Pintu wad itu ditutup dengan perlahan supaya tidak membuat Amore yang sedang tidur itu bangun.
"Kau baru lepas merokok ke Ez?"
Ezekiel mengetap bibirnya.Jari jemarinya digenggam erat.Amore duduk di tepi katil sambil menghadap Ezekiel.Alat bantuan pernafasannya dibuka.Memang dia tak silap hidu.Ini bau rokok.
"Kau tahukan yang aku tak suka kau merokok."Kata Amore tegas.
"Habistu kau ingat aku suka ke tengok kau berpeluk dengan William tadi?"Balas Ezekiel.Amore terdiam.Dia tahu Ezekiel tak suka lelaki pegang dia termasuklah Jude dan Hector.Tapi,nak buat macam mana?William memang menangis teruk tadi.
"Kau nak pergi mana?"Soalnya apabila melihat Ezekiel mengambil beg galasnya.
"Balik."
Amore mengerutkan dahi.Takkan dah tak nak stay dekat sini?Dia tak nak halang Ezekiel.Kalau lelaki itu marah,jangan kacau dulu.Biarkan dia sejuk sekejap.

ANDA SEDANG MEMBACA
EZEKIEL NERINE
Romansa(Another Mafia's Novel by Lovely Sherry) "I would rather break my own heart than yours." Dia seorang gadis yang berdarah campuran dari keluarga Perez dan Fe Luenne.Dia tidak suka darah Fe Luenne yang mengalir di dalam dirinya.Dia benci bapa kandungn...