DAMN💔
Hari ini hari Sabtu.Jadi tiada kelas.Amore memutuskan untuk pergi ke Shopping Mall.Dia juga akan membeli barangan dapur di situ.
Ketika dia sedang ralit membelek sayur sayuran di situ,trolinya dilanggar oleh seseorang.
"Well well well.Kita tengoklah siapa yang ada kat sini."
Amore kenal suara itu.Dia memalingkan wajahnya.Kenapalah mesti jumpa perempuan gila tu dekat sini?
"Macam mana rasanya lepas dibuang dari Perez ya?Agak agaknya hidup kau sengsara tak?"
Amore mendiamkan diri.Kalau tak disebabkan oleh pengawal peribadi yang ada di belakang Anna itu,dah lama dia kerjakan perempuan tu.
"Sikitnya barang kau beli.Tak ada duit ke?Kesian.Tulah.Lain kali,buat kerja baik baik.Jangan sampai identiti kau terdedah.Kau tengoklah aku sekarang ni.Bahagia je dengan William."
Amore mengenggam erat tangannya.Anna menghampiri Amore menarik rambut gadis itu.Sakit hati melihat Amore asyik mendiamkan diri.
"Cakaplah babi!Yang kau diam kenapa!Dah tak ada mulut untuk cakap ke hah!"
TAP!
Tangan Anna direntap kasar.Ezekiel menolak badan gadis itu sehingga dia terjatuh.Anna mendengus geram.
"Kau tak ada hak nak sentuh Nerine.Kalau aku nampak kau buat macam ni kat dia lagi siap kau.Jom pergi Nerine."
Ezekiel menolak troli Amore sambil menarik tangan gadis itu.Gadis itu hanya diam.Dia tidak berkata apa apa walaupun sepatah.
"Kau okey tak?"Tanya Ezekiel selepas mereka jauh dari Anna.Rambut gadis itu yang sedikit kusut dibetulkannya.Setitis air matanya jatuh menitik.
Dia cemburu dengan Anna sebab gadis itu masih ahli Perez.
"Tak payahlah nangis.Jom aku hantar kau balik."Pujuk Ezekiel.Sakit pula hatinya melihat Amore begitu.
Amore hanya menurut.Tangannya ditarik oleh Ezekiel sehingga ke tempat letak kereta.Ezekiel membuka pintu untuk Amore.Selepas gadis itu masuk,dia masuk ke dalam kereta.
Tiba tiba telefon Ezekiel berdering.Dia segera mengangkatnya.
"Yes Mum?"
"Ohh...nanti Ez bagitahu lokasi tempat bertunang tu."
Ezekiel tertawa kecil.
"Mum ni kan Ez baru bertunang.Ez belum kahwin lagilah.Chill lah.Excited lebih Mum ni."
Amore terdiam.Kali ini dia rasa sakit hati.Hancur.Ezekiel nak bertunang?Semudah itu dia mencari penggantinya?
Dia tidak percaya namun itulah hakikatnya.Dia sendiri yang dengar.Air matanya dikesat.Dia sendiri yang buang Ezekiel.Sekarang ni kenapa dia rasa sakit pula?
Tidak lama kemudian,Ezekiel menamatkan panggilan.Dia menoleh kearah Amore yang sedang memandang ke luar tingkap itu.Dia mula memandu.
"Thanks sebab bawa aku balik rumah semalam."Ucap Ezekiel perlahan.Amore hanya mendiamkan diri.Fikirannya serabut.
Amore melangkah dengan lemah menuju ke biliknya.Dia masuk ke dalam bilik mandi.Pisau di dalam almari kecil itu diambil.
Kemudian dia duduk di atas katil.Pisau itu dihiriskan pada dengannya.Dah lama dia tak buat kerja gila ni.Sejak dia berjumpa dengan Anna,personalitinya berubah.Personaliti psiko itu kembali.
Personaliti yang sukakan darah.Dia tidak merasakan apa apa kesakitan sewaktu dia menoreh pisau di tangannya.Sebaliknya,dia rasa kenikmatan.
-------
"Sejak kebelakangan ni you asyik moody je.Dulu you selalu senyum."Tegur Aiden.Amore hanya melemparkan senyuman kecil kepada Aiden.
"Mesti ada sebabkan you macam ni?"
"Sebab Ezekiel ke?Kalau you masih betul betul cintakan dia,terus terang.Kalau dah terlambat nanti jangan menyesal pulak."Kata Aiden.
Amore hanya diam.Dia banyak mendiamkan diri kebelakangan ini.
Perlukah dia kembali pada Ezekiel?Hatinya terseksa semenjak dia berpisah dengan lelaki itu.Tapi,tentang Fe Luenne dengan Perez?
Dia rasa dia patut ketepikan hal itu.Ezekiel pun boleh membencinya hanya disebabkan hal keluarga itu.
"Malam ni ada jamuan untuk student Top 1 sampai Top 10.I rasa tu masa yang sesuai untuk you bagitahu dia pasal ni."Sambung Aiden lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/197433486-288-k910857.jpg)
YOU ARE READING
EZEKIEL NERINE
Romance(Another Mafia's Novel by Lovely Sherry) "I would rather break my own heart than yours." Dia seorang gadis yang berdarah campuran dari keluarga Perez dan Fe Luenne.Dia tidak suka darah Fe Luenne yang mengalir di dalam dirinya.Dia benci bapa kandungn...