SUCH A CUTE GIRL.
"Kenapa muka kau merah?"
Amore hanya beriak biasa.
"Kena sunblock kot."Nafi Amore.Walhal kena simbah dengan air panas.Dia malas mahu membesarkan hal kecil ini.
"Kau tipu."
Kata kata itu membuatkan Amore sedikit cuak.
"Buat apa aku nak tipu kau?"Soalnya.Ezekiel mengeluh.
"Bukan kau sorang dekat Coffee Center tu,Nerine.Ramai orang ada kat sana.Ada budak sent gambar dekat aku semalam.Kau kena simbah dengan air.Siapa yang buat?"
Ezekiel setia memandang wajah Amore.Amore berpeluk tubuh.Dia dah tahu rupanya.
"Aku tak nak besarkan hal ni.Aku tak sengaja langgar dia.Salah aku.Biar aku yang tanggung."
Ezekiel mendengus geram.Dia membuat panggilan.Bercakap dalam bahasa yang Amore tidak faham.
Kemudian,dia berjalan pergi meninggalkan Amore.Ingin mencari si pelakunya.
"Ez!Kau nak pergi mana?"
Amore cuba menghalang Ezekiel.Tetapi lelaki itu mengelak daripadanya.Dia bimbang kalau Ezekiel mencari lelaki yang menyimbah air panas kepadanya semalam.
Amore mengikuti langkah Ezekiel hingga ke dewan bola keranjang.
"Rian!"Panggil Ezekiel dengan nada yang tinggi.Dia menghampiri lelaki itu lalu mencekak kolar bajunya.Dia hanya mengabaikan orang orang sekeliling yang melihatnya.Rian adalah pelatih pemain bola keranjang di universiti tersebut.
"Ez!Tak payahlah kecohkan hal ni.Kita balik,hm?"Amore sedaya upaya cuba memujuk Ezekiel.Namun,tidak berhasil.Rian menolak kasar tangan Ezekiel yang ada di kolar bajunya.
"Kau nak apa?"Soal Rian selamba.
"Kau ni manusia ke apa?Tak reti nak hormat perempuan?!Kalau dia buat salah kat kau,settle kat aku!Bukan dekat dia!Bodoh!Huracan memang bodoh ke hah?!"
Rian adalah salah seorang dari Huracan.Salah satu musuh ketat mereka.Ergh,dia benci lelaki itu.
"Dia mengadu kat kau ke?Macam budak budak."
Ezekiel mengetap rahangnya.Lelaki ni memang nak mati ke?Tiba tiba saja Ezekiel tersenyum sinis.Entah apa yang difikirkannya.
"Cuba kau bayangkan kalau aku simbah air panas kat Rose.Lepas tu dia melecur.Apa perasaan kau hm?"Bisik Ezekiel perlahan.Rian terdiam.Kali ini dia pula rasa geram.Semakin melebar senyuman sinis Ezekiel.Rose adalah adik Rian.
"Sir,your hot water."Kata satu suara sambil menghulurkan air panas yang baru saja mendidih di dalam cawan.
Air panas itu diambil oleh Ezekiel lalu menyimbahnya pada muka Rian.Puas hatinya.Kau cari lagi pasal dengan Nerine,siap kau.
Ezekiel menarik tangan Amore supaya pergi bersamanya.Amore mengeluh.Kesian lelaki tu.Salah dia,bukan salah lelaki itu.
------
Ezekiel ada kelas sekarang ini.Amore memutuskan untuk mencari Rian memandangkan dia tiada kelas sekarang.
"Rian."Panggil Amore perlahan apabila dia merasakan lelaki yang berdiri di hadapannya adalah Rian.
"Saya nak minta maaf bagi pihak Ezekiel.Saya tak bagitahu pun kat dia yang awak simbah air kat muka saya."Kata Amore sambil melekapkan ais pada wajah tampan milik Rian.Merah wajah lelaki itu.
Rian tidak berhenti merenung wajah Amore.Dia sangka gadis ini sama saja dengan perempuan lain.Tapi tak.Dia berbeza.Kalaulah gadis ini bukan milik sesiapa mahu saja dia jadikan gadis itu miliknya.
Kemudian,Amore meletakkan krim di wajah Rian.Dengan perlahan lahan dia merapikannya.Krim ini boleh merawat melecur.
"Here,take it."Amore menghulurkan krim tersebut pada Rian.
"Nanti ubat tu sapu waktu malam sebelum awak tidur okey?Dalam masa dua hari hilanglah kesan melecur kat muka awak.Saya pergi dulu."
Rian hanya menghantar pemergian Amore melalui pandangan matanya saja.
"Such a cute girl."Gumamnya perlahan.
------
"Nerine."
Amore menoleh.Mata biru cair milik Ezekiel tajam menusuk matanya.
"Kenapa kau ni baik hati sangat?"
Amore mengerutkan dahi.Apa yang dimaksudkan oleh Ezekiel?Baik hati?
"Kenapa kau jumpa Rian balik?"
Amore menjarakkan dirinya apabila merasakan diri Ezekiel semakin dekat dengannya.
"K-Kau marah aku ke?"Soal Amore seakan akan takut.
"Aku tak marah kau.Aku cuma tanya."
"I am sorry."Ucap Amore sambil menunduk.Dia tahu Ezekiel marah.Dari riak wajahnya pun dia dah tahu.
"Tak apa.Sekarang pergi tidur.Dah lewat ni."
Amore mengangguk.Dia merebahkan dirinya di atas katil.Lampu bilik ditutup oleh Ezekiel.Tiada tanda tanda Ezekiel mahu tidur dengannya.Merajuk kot.
YOU ARE READING
EZEKIEL NERINE
Romansa(Another Mafia's Novel by Lovely Sherry) "I would rather break my own heart than yours." Dia seorang gadis yang berdarah campuran dari keluarga Perez dan Fe Luenne.Dia tidak suka darah Fe Luenne yang mengalir di dalam dirinya.Dia benci bapa kandungn...