CHAPTER 13

4.9K 165 1
                                    

SPAIN.

Setelah menemani Amore ke bilik rawatan,Ezekiel dan Amore melepak di Coffee Center atas permintaan Amore.Hari sejuk macam ni,best minum coffee.

"Aku masih rasa bersalah.Kau betul betul tak ambil hati dengan apa yang aku dah buat ke,Nerine?"Soal Ezekiel.Dia mengenggam jari Amore.Amore menggeleng.

"Aku okey.Janganlah risau.Lebam sikit je."Balas Amore ceria.Ezekiel mengangguk sambil mengeluh.

Amore membuka aplikasi instagram miliknya.Dia mengangkat kening.

ezekielnerine?

seriously?

Di situ terdapat gambarnya dan Ezekiel yang diambil di bilik kuliah dua hari lepas.Dia terus membaca caption yang ada di situ.

sayang?whatever happen,I just only want you.I will wait for you.I love you😘

Amore tersenyum sendiri.Ezekiel sungguh memahaminya.Gambarnya ditutup menggunakan emoji love.

"Kau tengok apa tu?"Soal Ezekiel.Dari tadi asyik tersenyum senyum je.Amore menunjukkan gambar yang dilihatnya tadi.Ezekiel tersenyum nipis.

"Take your time.Aku akan tunggu sampai kau sedia nak jadi girlfriend aku."

------

Amore melangkah masuk ke dalam Mexico City International Airport.Hector akan berlepas ke Sepanyol beberapa minit lagi.Kad VIP ditunjukkan kepada pengawai imegresen sebelum memasuki kawasan kapal terbang berlepas.

Hanya orang tertentu saja dapat memasuki kawasan ini.Amore mencari kelibat Hector.Dari jauh kelihatan Hector sedang berbual bual dengan seseorang.Amore menepuk bahu Hector.

"Hai Amore."Sapa Hector.Bibirnya mengukir senyuman.Jantung Amore berdetak laju.Dia tak tahu pula Hector sedang berbual dengan William.By the way,apa dia buat kat sini?

"Aku masuk dalam dululah,Hec."Pamit William seraya masuk ke dalam kapal terbang.

"Dia nak pergi Spain juga ke?"Soal Amore.Hector mengangguk.

"Diorang pergi bercuti kat sana."

Amore memutarkan bola matanya.Huh,bencinya.Hector tersenyum nipis.Tubuh Amore dipeluk erat.

"Sayang,jaga diri awak baik baik.Saya dah nak pergi ni.Kalau ada masa,saya lawat awak lagi,okey?"

Amore menganggukkan kepalanya.Tubuh Hector dipeluk erat.Hmm..lepas ni dah tak boleh peluk dah.

"Awak pun jaga diri baik baik.Oh ya,jangan lupa usya pramugari kat dalam kapal terbang tu.Mana tahu dapat seorang dua orang ke."Kata Amore sambil tertawa.Hector tersenyum.Ada ada saja Amore ni.

"Jangan nakal sangat Amore.Saya pergi dulu tau.Bye."

Hector melambaikan tangannya kepada Amore.Gadis itu membalas.Pintu kapal terbang tertutup selepas Amore masuk.Tidak lama kemudian,kapal terbang berlepas.

Amore mengeluh berat.Setiap kali melihat wajah William,hatinya sakit.Dia tidak tahu sama ada dia masih mencintai William ataupun tidak.

EZEKIEL NERINEWhere stories live. Discover now