THANKS,HECTOR.
Amore terpaksa pulang ke Villa kerana ada hal mustahak yang perlu diselesaikan.Dia malas nak balik rumah sebenarnya.Malas nak jumpa dengan ahli keluarganya.
"Dah hampir sebulan kamu duduk dekat sana.Tapi,masih tak ada perubahan."Jude memulakan perbicaraan.
"Apa masalah kau,Amore?Kau tak fokus ke dengan rancangan kita?Aku tak nak kau rosakkan rancangan kita.Aku nak balas dendam dengan Albert!Termasuklah semua keturunan dia."
Amore memandang Anna dengan William dengan pandangan menyampah.Geramnya dia.
"Brother,listen to me.Ezekiel tu bukannya senang nak dimasukkan dalam perangkap.Amore-"
"Alasan."
Belum sempat Amore ingin membalas soalannya,satu suara membuatkan telinganya berdesing.Dia memandang tajam kearah Anna.
"Kau diam ya,Anna.Ini antara aku dengan Bro Jude."Balas Amore.
"Amore tak faham.Apa masalah abang dengan Ezekiel sebenarnya?Kalau Abang ada masalah dengan Albert,kenapa perlu kaitkan anak diorang?"Soal Amore.Sebelum dia masuk ke universiti lagi dia tak faham pasal ni.
"Kau nak mempersoalkan hal tu pula?!Kau tak tahu apa yang diorang buat dekat keluarga kita dulu!Albert bersalah dan semua keturunan dia aku nak hapuskan!"
Amore berdiri.Ini tak menjawab soalannya.
"Sebab itulah Amore tanya!Apa salah diorang sampaikan Abang nak bunuh Albert dan semua keturunan dia!"Balas Amore geram.Dia hanya mengabaikan pandangan dari William.
"Kau tak perlu tahu.Kau tak layak."Balas Anna.Sekali lagi,Anna masuk campur.Berdesing telinga Amore mendengarnya.
"Kau diam boleh tak?!Jangan masuk campur aku cakap!"
Anna hanya membuat wajah mengejek.Nak je dia tumbuk muka si Anna tu.
"Kalau Abang tak nak bagitahu,okey.Amore takkan jalankan misi tu."
Jude tersenyum sinis.Amore mengambil beg tangannya.
"Kau tahukan apa yang Grandma buat kalau dia tahu pasal ni?"
Amore menghentikan langkahnya.Kata kata yang keluar dari mulut Jude menyentakkannya.
"Dia akan bunuh kau,Amore."Sambung Anna.Heh,dua beradik ni nak menakutkan dia ke?Setakat Grandma,apalah sangat dengan si tua tu.
"Kau nak mengadu?"Soal Amore sambil ketawa.
"Mengadulah macam budak kecil.Grandma tak akan marah aku.Selagi korang tak bagitahu apa motif korang suruh aku bunuh Ezekiel,selagi tu aku tak akan mulakan misi.Aku takkan bunuh orang tanpa sebab."
Jude mencekak kolar baju Amore.Badan gadis itu dihentak ke dinding.
"Ini adalah hukuman kepada sesiapa yang cuba nak membelot keluarga Perez."Kata Jude.
"Anna,do it now."Arah Jude.Anna tersenyum sinis.Pistol miliknya diambil lalu mengacukan pada betis Amore.Amore menutup matanya.
BANG!
"Argh!"Amore menjerit kesakitan.Dia jatuh terduduk sambil memegang bahagian betisnya.
"Lain kali,dengar je cakap aku.Jangan melawan.Mari pergi Anna,Liam.Biarkan dia sorang sorang kat sini.Pandai pandailah kau hidup,Amore."
William teragak agak hendak meninggalkan Amore.Dia mengeluh berat.Perlahan lahan dia melangkah meninggalkan Amore.
Amore mengambil telefonnya.Nombor telefon kawannya didail.
Skip....
"What now,Amore?Awak ingkar arahan daripada Abang awak lagi?"Soal lelaki itu lembut.Nasib baik dia ada di Mexico semasa Amore menelefonnya.Kalau dia ada di Spain,dia tak tahulah nak buat apa.
"Yeah.Jude suruh saya bunuh orang tanpa sebab.Memang taklah saya nak buat kerja gila tu."Balas Amore tidak puas hati.Lelaki itu mengeluh berat.
"By the way,Hector.You buat apa kat Mexico?"
"Saya ada kerja kat sinilah,sayang.Saya baru je nak buat surprise kat awak.Tapi,awak pula yang bagi surprise."Balas Hector.Pipi Amore ditarik.Amore tersenyum.Ini yang dia suka pada Hector.Selalu mengambil berat terhadapnya.Hector adalah sepupunya.
"Buat masa ni,awak tinggal dengan saya.Ambil cuti seminggu.Saya akan uruskan semuanya di universiti awak nanti."
Amore mengangguk.

ANDA SEDANG MEMBACA
EZEKIEL NERINE
Romantizm(Another Mafia's Novel by Lovely Sherry) "I would rather break my own heart than yours." Dia seorang gadis yang berdarah campuran dari keluarga Perez dan Fe Luenne.Dia tidak suka darah Fe Luenne yang mengalir di dalam dirinya.Dia benci bapa kandungn...