CHAPTER 56

3.7K 119 0
                                        

TYPE OF BLOOD : H


Beberapa hari kemudian....

Ezekiel membuka aplikasi Instagram miliknya.Benda pertama yang dia lihat adalah gambar Amore yang di post olehnya beberapa jam lalu.Dia membaca kapsyennya pula.

i can't forget u

Ezekiel memejamkan matanya.Keluhan berat dilepaskan.

"Janganlah macam ni,Nerine.Jangan seksa diri kau disebabkan aku."Gumam Ezekiel.Air matanya dikesat perlahan.Dia sudah kesuntukan masa.Dia mungkin akan meninggalkan dunia ini bila bila masa saja.






"Bila Mum sampai Mexico?"Soal Amore.Dia hanya mengukir senyuman palsu tatkala melihat Melissa pun ada di sini.Sejujurnya,dia terkejut juga apabila Puan Ezery mahu berjumpa dengannya.

"Mum baru je sampai semalam.Hari ni Mum ingat nak jumpa Amore."

Amore hanya mengangguk.Puan Ezery tidak sanggup melihat anaknya terseksa begini.Amore harus tahu perkara sebenar!

"Mum nak bagitahu pasal Ezekiel."

Amore mengangkat kepalanya.Kenapa dengan Ezekiel?Dahinya dikerutkan.Buat apa nak bagitahu dia?Dia bukannya sesiapa.Dia hanya orang luar.

Eh....

hampir terlupa pula.

Dia adalah sebahagian daripada Fe Luenne.

"D-Dia sakit Amore."

Terbuntang luas mata Amore.Apa?!

"Ingat tak waktu Amore dibedah sebab cecair di dalam badan Amore?Pembedahan tu berjaya dilakukan tapi masa tu Amore hilang banyak darah.Darah kamu tak sama dengan darah kami.Darah kamu jarang ada dalam dunia ni.Kamu berdua ada darah H.Kalau ada pun,susah nak cari.Tak lama kemudian,kami dapat tahu yang Ezekiel jenis darah yang sama dengan kamu.Dia dermakan darah yang banyak kepada kamu Amore.Dan sekarang ni dia tengah ada kat hospital.Dia asyik pengsan sejak kebelakangan ni.Doktor cakap kalau dia tak jumpa penderma darah dalam masa terdekat dia akan mati."

Amore tersentak.Kenapa benda macam ini tak ada orang nak bagitahu dia?

-------

"Tak guna! Kenapa kau tak bagitahu benda macam ni kat aku?! Dah tak nak jumpa aku lagi ke sial?! Dah rasa excited nak mati ke?! Dah kahwin konon! Kau memang suka sakitkan hati aku ke?! K-Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku bila kau cakap yang kau dah kahwin?! Hati aku sakit tau!"Marah Amore.Ezekiel menggaru belakang lehernya yang tidak gatal itu.Dia mendakap tubuh Amore.

"Aku tak ada niat nak buat semua tu,sayang.Aku tak nak tengok kau menderita bila aku mati."

Amore mengeratkan pelukannya.Kepalanya digelengkan.

"Kau takkan tinggalkan aku! Aku tak benarkan."

Ezekiel mengeluh.Rambut Amore diusapnya perlahan.

Sooner or later....Dia akan pergi.

Puan Ezery hanya memerhati mereka berdua.Dia tersenyum.Sampai di Sepanyol,Amore terus ke sini.Dia belum rehat lagi.

EZEKIEL NERINETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang