CHAPTER 62

5.2K 126 14
                                    

COLOURFUL

Ezekiel membuka pintu wad Amore perlahan.Amore sedang baring membelakanginya.Kedengaran esakan tangisan daripada Amore.Dia segera menghampiri gadis itu.

"Hey,hey.Kenapa ni?"

Amore lantas memeluk tubuh Ezekiel.Nasib baik lelaki itu datang kembali.Dia ingat Ezekiel dah tak nak jaga dia dah.

"A-Aku minta maaf."

Ezekiel hanya diam.Tangannya tidak berhenti mengusap belakang badan gadis itu.



"Sayang?"Panggil Amore.Ezekiel menoleh.Amore duduk di atas peha Ezekiel.

"Masih marahkan aku lagi?"

Ezekiel menggeleng.Badannya dirapatkan lagi dengan badan Amore.

"Habistu?Kenapa kau diam je dari tadi?"Tanya Amore lagi.Biasanya,ada saja nak dicakap.Tapi dia diam pula sejak dari tadi.

Ezekiel mengambil tangan Amore lalu diletakkan di dadanya.Pandangan redup dari Ezekiel menusuk ke dalam mata Amore.

"Dekat sini aku sakit."

Amore terdiam.Ini kali pertama Ezekiel mengaku tentang apa yang dia rasakan pada hari ini.Selama ini Ezekiel tak pernah pun mengaku pasal perasaan dia.

"Bukan sebab William.Tapi,sebab kau.Aku tak nak kehilangan kau."

Kata kata ini membuatkan Amore tersentak.Pilu hatinya mendengar kata kata daripada Ezekiel.Rambut lelaki itu diusapnya perlahan.

"Kau nak tahu kenapa aku panggil kau Nerine?"

Amore mengangkat kepalanya.Usapan pada rambut Ezekiel terhenti.

"Nerine adalah salah satu nama bunga.Maksudnya,colourful.Kau dah warnakan hidup aku,Nerine.Aku rasa happy sangat bila kau ada dekat dengan aku.Bila orang dengar perkataan Rose,mesti orang akan terbayang bertapa indahnya bunga Rose.Tapi tak bagi aku.Bagi aku,bunga Nerine adalah bunga yang paling indah.Sebab itu aku panggil kau Nerine."Kata Ezekiel.Kemudian,dia menyebamkan wajahnya di dada Amore.Amore tersenyum.Dia sendiri pun tak tahu maksud Nerine selama ini.Dia pun tak tahu yang Nerine itu adalah nama bunga.Dia tertanya tanya sama ada Ezekiel masih suka pada Rose.

"Kau masih ada perasaan dekat dia?"Soal Amore tiba tiba.

"Siapa?"

"Rose."

Ezekiel mengerutkan dahi.Dia segera mengangkat kepalanya kembali.

"Apa benda kau merepek ni?Aku tak ada apa apa perasaan kat dialah."Balas Ezekiel.Nadanya tegas.

"Janganlah marah.Aku tanya je."

Ezekiel hanya mendiamkan diri.Badan Amore dipeluknya erat.Dia tak suka Amore bercakap pasal Rose.

"Aku tahu apa yang kau tengah fikirkan sekarang ni.Kau nak suruh aku getback dengan dia kan?"

"Yeah.Tak adalah kau lonely nanti.Aku takut kau depress."Kata Amore.Ezekiel berhenti menghidu dada Amore.Badan gadis itu diangkat lalu diletakkan di atas katil.Alat bantuan pernafasan kembali diletakkan di hidung Amore.

"Aku takkan depress,sayang.Jangan risau pasal aku."

"Betul ni?"Soal Amore meminta kepastian.Ezekiel mengangguk.

"Kalau macam tu senyumlah.Dah lama tak nampak kau senyum."

Serta merta Ezekiel mengukir senyuman.Kepala Amore diusap perlahan.Dia tak tahulah kalau dia mampu mengukir senyuman lagi bila Amore sudah tiada nanti.

Tiba tiba nafas Amore tersekat sekat.Gadis itu cuba menstabilkan nafasnya namun tidak berhasil.

"Nerine...hey.Kenapa ni?"

Ezekiel menggoncang lengan Amore.Ezekiel menekan butang kecemasan.Amore mengenggam erat tangan Ezekiel.

"Jangan panik,sayang.A-Aku ada kat sini."

Amore tahu masanya sudah tiba.Dia akan pergi.Wajah Ezekiel yang sudah basah akibat air mata itu dilapnya perlahan.

"A-Aku sayang kau."Ucap Amore.Bibir pucatnya mengukir senyuman sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"N-Nerine!"

Ezekiel membawa badan Amore ke dalam pelukan.Sakit,hancur...semua perasaannya bercelaru sekarang ini.Inilah perkara yang paling dia takut.Dia rasa takut untuk kehilangan.

------

"Ez,dahlah tu."

Aiden merangkul bahu Ezekiel.Amore sudah selamat dikebumikan tadi.Amore meninggal sebab dia.Amore yang selamatkan dia.Sepatutnya dia yang berada di tempat Amore.

Jude tidak sanggup lagi berada lama lama di situ.Dia terus pergi.Dia rasa apa yang Ezekiel rasakan selama ini.Rasa sakit sangat.

Hector cuba menahan air matanya tapi dia tak mampu.

"Jom,balik."Ajak Aiden.Ezekiel mengeraskan badannya.Namun,Aiden tetap menarik tangan Ezekiel.Mata Ezekiel tidak lepas memandang kubur Amore.

"Dude,nanti balik eh.Dah nak hujan ni."Kata Aiden kepada Hector.Hector tidak mengangguk mahupun menggeleng.Dia hanya diam.


"Kau ambillah cuti dulu.Pasal hal nanti universiti aku akan uruskan."Kata Aiden.Ezekiel tidak membalas sebaliknya dia melihat gambar gambar Amore di dalam telefonnya.Baju Amore berada di dalam pelukannya.Masih ada bau badan Amore pada baju tersebut.

Ezekiel mengalirkan air matanya tanpa dia sedari.Aiden mengeluh.Ini kali kedua dia tengok Ezekiel macam ni.Mula mula dulu Rose.Sekarang Amore.

EZEKIEL NERINEWhere stories live. Discover now