19

556 42 0
                                    

Deringan telefon menyedarkan Aulia dari tidur. Dia bingkas bangun dan mencapai telefon di meja tepi katil.

Dia terus menekan butang hijau tanpa melihat nama di skrin terlebih dahulu.

"..Hello?"

"Tidur ke?" Soal suara dari dalam talian itu.

Mata Aulia terus terbuka luas lalu dia mengesat matanya berulang kali.

"Siapa ni?"

"Bakal suami awak."

What? suami?

Aulia masih terpinga-pinga.

"Ye lah suami. Bukan kita bakal berkahwin ke?" Usik lelaki itu lagi.

"Kau siapa? mana dapat nombor aku ni?!" Aulia mula berasa takut.

Lelaki tu ketawa besar apabila mendengar suara Aulia seakan mengiggil.

"Saya ni. Baekhyun"

Tatkala mendengar nama itu Aulia berasa lega.

"Mana awak dapat nombor saya ni?"

"Eh hari tu awak ada call saya kan? Masa Lily kurang sihat tempoh hari. Dah lupa?"

Ohhh damn. Lupa lagi!

"Hmm okay. So apa tujuan awak call saya pagi buta ni?"

"Saya..saya just nak kepastian. Betul ke awak nak berkahwin dengan saya? saya nak dengar dari mulut awak sendiri." Kali ni suara Baekhyun kedengaran sedikit dalam dan serius.

Aulia menelan liur.

"Baekhyun, ni untuk kebaikkan anak awak. Itu sahaja." Jawab Aulia ringkas seakan  cuba sembunyikan sesuatu dari Baekhyun.

"Itu sahaja?"

"Ye"

"Ok jom kahwin!" Balas Baekhyun tanpa berfikir panjang.

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now