5

650 54 0
                                    

Sudah lama Aulia tidak diganggui mimpi buruk seperti itu. Seram sejuk pula dibuatnya. Tiba-tiba saja Sehun itu muncul. Lagi membuatkan dia tidak senang duduk.

Tolonglah, kisah hitam itu tidak berulang kembali. Aulia takut.

"Teacher.."

Tiada respon.

"Teacher?"

Masih sama

"TEACHER!"

Aulia tersentak. Lalu dia melihat ke arah suara itu. Kelihatan salah seorang anak muridnya sedang menganggkat tangan.

"Teacher, boleh kami pergi rehat?"

Mata Aulia membutang. Lantas jam ditangan dijeling sekilas. Dah masuk waktu rehat. Lama betul dia termenung ni.

"Ohh hmm ok, kamu semua boleh pergi rehat ye."

Sejurus Aulia berkata demikian. Para pelajar melulu keluar dari kelas kecuali..

Lily.

Aulia menghampiri Lily yang sedang lena tidur di tempatnya.

"Lily.."

Lily mengangkat kepalanya dengan lemah. Wajah anak kecil itu nampak pucat. Aulia tergamam. Dia menyentuh dahi Lily. Panas teruk.

"Lily, kamu demam ni! Mari teacher bawa kamu ke klinik."

Lily hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

"Jangan macam ni. Badan kamu pan-"

"Nak papa" Ujar Lily seakan berbisik. Aulia terdiam sejenak.

"Hmm bagi nombor telefon ayah kamu. Biar teacher bagi tahu dia."

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now