Bunyi loceng memecah kesunyian di pagi hari. Aulia menuruni anak tangga dengan cermat lalu membuka pintu utama.
Kelihatan seorang wanita dalam linkungan 50-an berdiri di hadapannya sambil tersenyum. Aulia membalas senyuman.
"Ye? cari siapa?" Soal Aulia perlahan.
"Ini isteri Baekhyun ke?" Soalan berbalas soalan.
Aulia mengangguk.
"Saya ibu kepada Baekhyun." Wanita itu memperkenalkan diri.
Aulia terus mempelawa wanita itu masuk untuk berbual di dalam rumah.
🍂
"Jemput minum, mak" Secawan teh diletakkan di hadapan Puan Byun.
"Terima kasih, Aulia."
Aulia tersenyum kecil.
"Maaf, mak tak hadir ke majlis perkahwinan kamu berdua tempoh hari. Kurang sihat sikit."
"Tak mengapa. Aulia faham. Lagipun Baekhyun ada bagi tahu tentang itu.."
"Baekhyun sangat beruntung dapat isteri seperti kamu, Aulia. Jaga Baekhyun elok-elok." Suara Puan Byun kedengaran bergetar entah kenapa. Seperti menahan perit di dada.
"Semasa arwah isterinya masih hidup." Sambung Puan Byun. "Dialah yang jaga Baekhyun setiap malam. Bawa Baekhyun pergi check up, teman Baekhyun di hospital..Tapi bila isterinya dah pergi, dia tiada siapa. Dia tanggung sakit tu sorang-sorang." Air mata wanita itu mengalir membuatkan Aulia tergamam.
"Maaf, apa maksud mak? Aulia tak faham" Aulia mencelah dengan tiba-tiba.
"Aulia.." Kedua-dua tangan Aulia ditarik lembut. "Baekhyun..dia menghidap..kanser otak." Muka Puan Byun bertukar merah kerana menahan sebak.
Mata Aulia membulat. Mulutnya kaku untuk berkata. Baekhyun tidak pernah bercerita mengenai itu kepadanya. Lagipun, Baekhyun nampak sihat seperti orang lain. Tak mungkin!
"Tak..mak tipu Aulia kan? Baekhyun takda bagi tahu Aulia pun.." Air mata Aulia bertakung. Pipinya terasa bahang.
"Dia taknak kamu risau. Dia tak suka tengok isterinya sedih. Biarlah dia seorang saja yang tanggung semua itu."
"Kenapa? Aulia ni isteri dia. Aulia patut tahu! Dia tak boleh berahsia begini" Kali ini air mata Aulia mengalir.
"Dia sayang kamu Aulia, dia taknak kamu sedih. Dia kata, dia bersyukur sangat bila kamu hadir dalam hidupnya. Sebab nanti bila dia dah takda, ada orang boleh jaga Lily, tengokkan Lily, beri kasih sayang pada puterinya."
YOU ARE READING
[C] PETALS [ BBH x OC ]
FanfictionTak semua orang boleh terima kisah silam kita. Apatah lagi bila ia melibatkan maruah. Aulia Nasuha, mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya setelah dia disahkan mengandung anak luar nikah. Oh Sehun, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab telah melar...