Wajah Baekhyun terasa bahang. Dia membuka matanya perlahan. Cahaya matahari tepat terkena pada matanya. Silau.
Dia melihat sekeliling dan cuba untuk bangun namun terhenti apabila dia terasa sepasang tangan sedang memeluk pinggangnya.
Aulia?
Bagaimana mereka berdua boleh tidur di atas lantai? Bukan sepatutnya Aulia tidur di atas katil dan dia di sini?
Apa yang terjadi malam tadi?
Semalam hujan, lepas tu...
"Awak dah bangun?"
Sedang asyik Baekhyun berfikir, tiba-tiba suara Aulia kedengaran. Baekhyun melihat wajah isterinya itu dengan hairan.
"Hmm macam mana awak boleh tidur dekat sini?"
Aulia bangun membetulkan posisinya. Dia duduk bersila di hadapan Baekhyun yang masih terbaring.
"Awak takut kilat ye?"
"Ha?!" Baekhyun bingkas bangun dengan mengejut.
"Ye, awak kata awak takut kilat. Sebab tu saya tertidur dekat sini. Saya risau kalau apa-apa jadi dekat awak."
"Tapi awak sepatutnya risau tentang diri awak tu. Awak kan mengandung." Baekhyun rasa bersalah.
"Baekhyun.." Tangan Baekhyun dicapai perlahan. "Saya okay, awak tu yang sepatutnya jaga kesihatan awak. Saya nak awak lawan sakit tu."
"Apa..maksud awak?"
Aulia terdiam. Dia tidak tahu untuk memberi respon bagaimana. Takkan dia nak mention pasal kanser tu. Nanti Baekhyun hairan pula Aulia tahu dari mana. Lebih baik Aulia diam saja.
"Ohh saya kena sediakan sarapan ni. Saya pergi mandi dulu!" Aulia memberi elah lantas berlalu pergi meninggalkan Baekhyun penuh tanda tanya.
🍂
Hari Sabtu, Aulia lebih gemar tinggal di rumah saja. Tapi Baekhyun ajak dia keluar makan angin pula.
"Theme park?" Aulia seakan tidak percaya Baekhyun membawanya kesitu.
"Well, Lily nak main dekat sini. Kita temankan dia okay?" Baekhyun tersenyum kecil.
"Saya tak kisah Lily nak main, tapi awak pun..?"
"Ibu! papa ni dari dulu dia bawa Lily je. Dia mana boleh main benda macam ni. Nanti dia muntah." Ujar Lily sambil ketawa.
Baekhyun memberikan jelingan tajam ke arah Lily. Aulia tersenyum sambil menggeleng kepalanya.
"Sayang pergi main ye. Ibu dan papa tengok saja boleh?" Aulia mengusap rambut Lily.
Lily mengangguk tanda faham, lalu menarik kedua tangan Baekhyun dan Aulia bersama.
🍂
"Lily! Fighting!" Laung Baekhyun dari luar pagar. Lily yang berada di dalam platform Merry Go Round ketika itu melambaikan tangannya.
"Baekhyun! Macam budak-budak lah awak ni!" Aulia menepuk bahu Baekhyun.
"Alaa bukan selalu awak boleh tengok sisi childish saya ni" Jawab Baekhyun nakal.
Aulia melepaskan tawa.
Setelah habis 4 permainan, mereka bertiga duduk di bangku untuk berehat.
"Ibu, nanti lepas dapat adik kita datang sini lagi okay?"
"Boleh sayang. Seronok ye?"
"Seronok sangat. Tapi tulah Lily bosanlah asyik main sorang-sorang. Bawa papa pun jenis muntah saja kerja dia." Lily menjeling ke arah Baekhyun yang sedang berselera menikmati ais krim.
Dari pagi hingga petang, Lily tidak henti membahan Baekhyun. Budak ini.
"Amboi~ Kalau takda papa siapa nak bawa Lily nanti?"
Wajah Aulia yang pada mulanya tersenyum kini mula berubah apabila mendengar kata-kata Baekhyun itu.
Kata yang membawa maksud bahawa selepas ini Baekhyun tidak akan dapat lagi membawa mereka ke sini.
Tidak lagi.
YOU ARE READING
[C] PETALS [ BBH x OC ]
FanficTak semua orang boleh terima kisah silam kita. Apatah lagi bila ia melibatkan maruah. Aulia Nasuha, mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya setelah dia disahkan mengandung anak luar nikah. Oh Sehun, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab telah melar...