59

910 41 1
                                    

Setelah hampir seminggu berada di hospital, hari ini Baekhyun dibenarkan pulang ke rumah. Kini dia hanya bergantung pada kerusi roda. Pergerakkannya sedikit terbatas berbanding dahulu.

Udara pagi meniup lembut ke pipi. Bola mata memandang pohon bunga yang sedang mekar.

"Papa.." Suara Lily mengalih pandangan Baekhyun. Puteri kecil itu duduk di atas bangku, bersebelahannya.

"Eh anak papa dah bangun" Baekhyun membelai rambut lurus Lily dengan lembut.

Lily tersenyum nipis. Riak wajahnya seperti ada sesuatu yang tidak kena dan Baekhyun turut perasan tentang itu.

"Kenapa ni? Pagi-pagi dah masam mencuka."

"Kenapa papa tipu Lily?"

Senyuman Baekhyun terus hilang di bibir.

"Ti—tipu apa pula ni?"

"Papa sakit kan?"

Baekhyun terdiam. Wajah Lily sudah kemerah-merahan. Anak kecil itu mengetap bibir kuat. Air mata jatuh.

"Lily..."

"Kenapa papa tak bagi tahu Lily! papa penipu!"

"Lily. Listen." Baekhyun menarik tangan anaknya.   "Papa taknak Lily sedih. Sebab tu papa lebih selesa rahsiakan semua ni. Papa tunggu masa yang sesuai untuk bagi tahu."

"Lily benci papa!" Lily menarik mukanya, lalu beredar dari situ sambil menangis teresak-esak.

Baekhyun semakin rasa serba salah. Dia hanya terduduk kaku di situ.

🍂

Dalam perjalanan ingin mendaki tangga, sisi mata Aulia ternampak suaminya sedang duduk di hadapan beranda. Dia cuba mendekati perlahan.

Kedua tangannya diletakkan di atas bahu Baekhyun dari arah belakang. "Termenung jauh nampak."

Baekhyun diam. Pandangannya dibuang jauh ke luar cermin.

Aulia melepaskan nafas.

"Awak okay?"

Tiba-tiba Aulia terdengar suara tangisan perlahan. Baekhyun, menangis.

"Sayang, kenapa ni?"

"Sa—saya bukan ayah yang baik.."

"Eh kenapa cakap macam tu pula?"

Aulia duduk di hadapan Baekhyun. Wajah cengkung suaminya direnung penuh sayu. Mata Baekhyun tergambar satu kesedihan.

"Lily marahkan saya sebab tak bagi tahu tentang penyakit ni. Saya sepatutnya jujur dengan dia dari awal lagi, tapi..."

"Sayang..." Aulia menarik tangan Baekhyun kemudian digenggam erat. "Saya faham awak buat semua tu sebab awak tak nak Lily sedih. Mungkin Lily perlukan masa untuk dia terima semua ni. Awak takda buat salah, sayang. Awak buat semua ni demi Lily. Awak berjuang lawan kanser ini pun demi Lily. You did well."

Aulia memberikan kata-kata semangat. Kerana dia tahu dalam keadaan begini emosi Baekhyun mudah terganggu.

"Tapi saya dah nak mati."

"Jangan cakap pasal tu. Please. Saya tak suka."

"Awak tak nampak lagi ke perubahan saya ni? Macam mayat hidup. Baekhyun tersenyum sinis.

"Tak, saya tahu awak kuat. Awak akan sembuh!"

"Dah terlambat. Penyakit ini tiada ubat. Kanser dalam badan ni takkan hilang...malahan makin-" Baekhyun tidak dapat teruskan lagi. Tekaknya terasa perit. Dia tertunduk, lalu air mata mengalir perlahan.

Aulia menarik Baekhyun dalam pelukan. "Saya yakin awak akan sembuh. Kuat ye,sayang."

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now