62

731 37 20
                                    

Listen to this song :
https://youtu.be/dfiI5p_eQsE

🍃

"Kenapa dugaan ini datang kepadaku bertubi-tubi? Aku tak kuat. Kali ini aku betul-betul tak kuat!" Bisik hati Aulia. Pipinya masih dibasahi dengan air mata.

Dia duduk sendirian di ruang menunggu. Sehinggalah dia terdengar bunyi derapan kasut menghampirinya. Dia toleh perlahan.

Kelihatan Puan Byun berjalan sambil memimpin Lily. Apabila melihat kelibat mereka berdua, air mata Aulia semakin laju mengalir.

Dengan lemah Aulia bangun dari kerusi dan pergi memeluk ibu mertua dan anak kesayangannya.

"Mak...Baekhyun" Aulia menekup mulutnya, menahan sebak. Lily dilihat sekilas dengan pandangan penuh sayu.

"Sabar Aulia. Baekhyun baik-baik saja!" Pujuk Puan Byun sambil mengusap bahu Aulia.

"Tak. Baekhyun tak okay! Dia..dia mungkin dah-"

"Shhh!!" Puan Byun menarik Aulia dalam pelukan.

"Baekhyun akan selamat. Mak kenal anak mak, dia..kuat." Walaupun Puan Byun nampak tenang, tetapi jauh di sudut hati seorang ibu, dia sangat risau.

"Ibu? Mana papa?" Aulia meleraikan pelukan apabila mendengar soalan Lily. Dia duduk di hadapan Lily, rambut anak kecil itu dibelai.

"Papa sakit lagi ya?" Soalan demi soalan diajukan.

"Tak. Papa dah sihat, sayang. Sekarang ni doktor tengah rawat papa. Nanti bila papa dah sihat, dia boleh bawa kita pergi theme park macam hari itu." Ujar Aulia, senyuman kecil terpalit.

"Yeke?" Mata Lily mula bercahaya. Si kecil ini tidak tahu apa-apa. Dia terlalu suci.

🍂

Selepas satu jam menunggu. Akhirnya bayang doktor sudah kelihatan. Dengan perasaan takut Aulia menghampiri doktor itu.

"Doktor, macam mana..keadaan suami saya? dia okay kan? Boleh saya melawat dia sekarang?" Bertubi-tubi soalan diajukan. Seperti tiada noktah.

"Puan bertenang puan..."

"Aulia sabar, bagi peluang doktor cakap dulu." Puan Byun cuba menenangkan Aulia.

"Hmm baiklah."

"Hasil pemeriksaan mendapati, suami puan lemas, tambahan pula dia lumpuh jadi agak sukar untuk dia mengawal pergerakan.."

"Doktor. Saya just nak tahu keadaan suami saya, doktor bagi tahu je lah straight to the point! Tak perlu nak berkias. Saya risau!" Aulia mencelah. Suaranya sudah meninggi. Dia seperti sudah hilang sabar. Tidak dinafikan dalam keadaan sarat mengandung, emosinya mudah terganggu.

"Aulia..." Puan Byun menarik kedua-dua bahu Aulia.

"Kami sudah cuba sehabis baik tetapi setakat ini sahaja kami mampu. Kami minta maaf, suami puan.." Doktor itu terdiam sejenak sebelum menyambung ayat-ayat terakhir. "....tidak dapat diselamatkan."

Aulia terduduk di atas kerusi. Tangannya menggigil. Betul kah apa yang dia dengar itu?

Puan Byun kaku di situ. Dia seakan tidak percaya anaknya sudah tiada. Selama ini dia cuba kuat demi Baekhyun. Tapi hari ini dia kalah. Akhirnya air mata seorang ibu jatuh jua.

Lily ketika itu sedang tidur di ruang menunggu. Jadi dia tidak tahu apa yang berlaku.

"Tak mungkin.." Aulia ketawa kecil. "Doktor tipu, Baekhyun hidup lagi! Baekhyun!!!" Aulia bingkas bangun dan mengetuk pintu bilik pembedahan berulang kali.

"Baekhyun! awak ada dekat dalam kan? Awak janganlah bergurau macam ni. Tak kelakar. Baekhyun! Sayang?!"

Aulia sudah seperti orang hilang akal. Dia menangis sekuat hati. Nama Baekhyun dipanggil berulang kali.

"Aulia, sudah nak. Tak elok meraung macam ni. Kandungan tu.." Puan Byun memujuk Aulia walaupun dirinya sudah tidak terdaya.

"Ini semua salah Sehun dan perempuan sihir tu! Kalau bukan sebab mereka, Baekhyun masih-"

"Aulia, tak baik kita persoalkan takdir. Mungkin ajal Baekhyun sudah sampai. Walaupun hati ini berat. Kita kena terima. Sekurang-kurangnya dia dah tak sakit lagi. Dia boleh berehat." Tenang sungguh kata-kata seorang ibu.

🍂

"Ibu, papa dah sedar ke?"

Ketika keadaan Aulia kembali tenang, Lily datang menyapa.

"Doktor cakap, papa tengah tidur lagi."

"Aik tidur? Bila papa nak bangun?"

Aulia menutup mata rapat sebelum membukanya semula. Nafas berat dilepaskan lalu wajah kecil Lily ditenung.

Aulia, kau kena kuat.

"Papa, tidur buat selama-selamanya, sayang"
Aulia menahan suaranya yang terketar-ketar itu.

"Papa..."

"Papa..dah tinggalkan kita semua."

Aulia menarik Lily dalam pelukan. Dan memeluk tubuh kecil anaknya dengan erat.

🍃

Nota : Sabar, ni belum chapter last tau.

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now