33

640 34 2
                                    

Bagasi ditarik perlahan. Mata melihat alamat tertera di atas sekeping kertas kecil. Bola matanya bergerak kesana sini mencari arah.

"Dah jumpa!" Ujar Sehun, tersenyum puas.

"Ini alamat yang aku dapat dari orang kampung. Katanya Aulia tinggal di sini. Kau pergilah cari dia." Ibu Aulia meletakkan sekeping kertas di atas meja.

Sehun berdiri di hadapan rumah banglo 3 tingkat itu dengan mata bersinar. Dia seakan tidak percaya Aulia sudah menjadi orang kaya sekarang.

Jari menekan loceng dengan lembut. Kepala Sehun didongak sedikit. Kelihatan rumah itu seperti tiada orang.

"Mungkin dia tengah bekerja..Tidur dekat sinilah sekejap." Gumam Sehun. Lalu dia membuat keputusan untuk menunggu Aulia di luar pagar rumah tersebut.

🍂

Deruman kereta menyedarkan Sehun dari tidur. Dia mengangkat kepalanya dengan mata hanya terbuka sedikit.

Kelihat sebuah kereta mewah berwarna hitam milik Baekhyun berhenti dihadapan Sehun. Baekhyun turun dari kereta dan berjalan mendekati Sehun.

"Eh siapa pula mamat ni? Bukan ke ini rumah Aulia?" Bisik hati Sehun.

"Encik cari siapa?" Soal Baekhyun kepada Sehun.

"Hmm sa..saya cari Aulia. Aulia Nasuha?"

"Ohh isteri saya ke?"

Mata Sehun terus membulat. Isteri? Sejak bila Aulia berkahwin? So, lelaki di hadapannya itu ialah suami kepada Aulia?!

"Haa ye betul." Sehun menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Boleh saya tahu encik ini siapa? dan apa hubungan encik dengan Aulia?" Bertubi-tubi soalan diajukan. Tangan Sehun mula berpeluh.

"Saya sepupu Aulia. Saya datang ke sini sekadar nak melawat dia. Yelah, dah lama tak jumpa dia." Jawab Sehun dengan pelbagai elah.

"Ohh patut lah bawak beg. Ok! Marilah masuk."
Pelawa Baekhyun. Sehun tergamam seketika. Adakah tindakannya itu betul? Kalau kantoi matilah dia.

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now